Make your own free website on Tripod.com

Majlis Kesihatan Mental Malaysia (MHM)

Talian Bantuan: Untuk maklumat lanjut dan bantuan, sila e-mail kepada: mhm@quantumcomp.com

STIGMA DAN PENYAKIT JIWA

Stigma bermakna satu tanda yang memalukan, tidak diterima, disisihkan atau dibuang oleh orang lain. Ia berlaku apabila individu merasa malu atau enggan bercakap secara terbuka tentang keadaan mereka kerana bagi mereka ia berbeza atau ganjil. Sedikit sebanyak stigma dikaitkan dengan penyakit jiwa. Sudah berkurun penyakit jiwa ini dilihat sebagai sesuatu yang memalukan, merbahaya, tidak menyenangkan, lemah, tidak boleh diubati – sesuatu yang harus disembunyikan!!

Stigma yang melingkungi penyakit jiwa kadang-kala begitu kuat sehingga orang menjadi jahil, takut dan menyepi terhadap isu ini. Sikap ini menimbulkan kesengsaraan yang amat. Ia tidak sahaja merosakkan individu terlibat tetapi juga keluarganya, rakan dan masyarakat.

KENAPA KITA HARUS MELIBATKAN DIRI?

Penyakit jiwa secara tradisinya dipenuhi oleh salah faham, ketakutan dan stigma. Stigma terhadap penyakit jiwa mempunyai kesan keatas kemampuan mereka mendapatkan rawatan, pemulihan, dan sokongan yang diterima, disamping penerimaan masyarakat.

Pada masa lalu, individu yang mempunyai simtom-simtom penyakit jiwa yang teruk tidak mempunyai banyak pilihan dan kerapkali diasingkan di institusi psikiatri. Tumpuan masa kini ialah membantu dan merawat mereka didalam masyarakat mereka sendiri, dekat dan hampir dengan keluarga, kawan mereka dan persekitaran yang tidak asing kepada mereka.

Bagaimanapun, diskriminasi dan salah faham masyarakat masih merupakan halangan yang paling besar yang dihadapi oleh pesakit jiwa untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan yang diperlukan dan melibatkan diri secara aktif dalam masyarakat.

Dengan itu, jika kita ingin pesakit jiwa hidup dan memberi sumbangan kepada masyarakat, bebas daripada stigma dan diskriminasi kita harus mengubah sikap masyarakat dengan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang penyakit jiwa.

APA YANG PERLU DILAKUKAN TENTANG STIGMA?

  • Membincangkan penyakit jiwa secara terbuka dan belajar berfikir mengenainya seperti penyakit lain.
  • Mendidik masyarakat untuk mengatasi sikap yang berasakan salah tanggapan.
  • Memajukan kesihatan mental dengan mengalakkan sikap sihat dari kanak-kanak hingga ke alam dewasa, dan belajar cara-cara mengendalikan masalah hubungan, situasi dan kejadian.
  • Menolong kawan dan keluarga yang mengalami penyakit jiwa untuk mendapat rawatan.
  • Berbincang mengenai penyakit jiwa secara terbuka dengan orang yang anda temui, atau orang yang anda sayangi – adalah memeranjatkan berapa ramai yang menghadapi penyakit jiwa tapi takut berbincang mengenainya secara terbuka kerana bimbang tidak diterima.
  • Memberi sokongan berkualiti tinggi dan perkhidmatan rawatan yang membolehkan pesakit jiwa melibatkan diri dengan penuh dalam semua aspek kehidupan bermasyarakat.
  • Menghapuskan diskriminasi dalam setiap kawasan kehidupan – termasuk pekerjaan, pelajaran dan pemberian barang-barang, perkhidmatan dan kemudahan.
  • Mengalakkan kajian mengenai penyakit jiwa untuk menolong memahami bagaimana penyakit ini memberi kesan kepada manusia dan bagaimana ianya boleh dibendung.