Make your own free website on Tripod.com

Kesihatan yang sempurna berperanan bagi mencorak gaya kehidupan kita.
Perlakuan didalam kehidupan manusia ini, ada hubung kaitnya dengan aspek-aspek kecergasan sosial, mental, fisikal, emosi dan rohani bagi setiap individu. Ini bermakna kesihatan yang baik boleh mendorong kecergasan perlakuan yang baik.
Ianya merupakan tanggungjawab setiap individu dan perlu diusahakan secara serius.Malah tahap kesihatan yang baik merupakan harta yang amat bernilai dan tidak boleh ditukarganti dengan wang ringgit.
Kita khuatir dalam manusia mengejar kemajuan keduniaan, mereka boleh lalai terhadap hakikat tersebut, seperti makan berlebihan, kurang bersenam, habit merokok, tidak cukup rehat dan sebagainya.
Ada beberapa kaedah bagi menjaga kesihatan ini, seperti pemakanan seimbang, senaman, urut refleksology, madetasion dan berbagai lagi.
Kesihatan insan juga melibat kelancaran peredaran darah didalam anggota tubuh. Jika darahnya lancar maka insyaallah sehatlah ia. Gangguan peredaran darah boleh mengakibatkan terganggunya kesihatan anda.