Make your own free website on Tripod.com

Kesihatan mental

   Kesihatan mental adalah berhubungkait dengan minda seseorang. Biasanya keadaan minda yang baik akan menunjukkan kesihatan mental yang baik. Keadaan fizikal seseorang tidak selalu mempunyai hubungan terus dengan kesihatn mental. Seseornag yang mempunyai badan yang sihat tidak semestinya mempunyai kesihatan mental atau keadaan minda yang baik.Kesihatan mental seseorang menunjukkan keadaan minda orang itu berdasar sikap dan sifat yang ditonjolkan oleh orang itu. Mereka yang mempunyai mental yang sihat akan mempunyai sikap yang positif dalam semua daya usahanya. Merka mempunyai keyakinan diri, berdikari, tabah dan sabar apabila menghadapi sesuatu masalah. Mereka akan berfikir secara rasional dan mengawal emosinya ketika menghadapi rintangan.   Mereka juga tahu tentang kebolehan diri, tidak malu meminta pertolongan jika perlu dan menolong orang lain. Semua nilai ini mesti dipupuk sejak kecil lagi melalui tunjuk ajar ibu bapa, pendidikan agama dan pendidikan moral.

    Sebaliknya mereka yang mempunyai kesihatan mental yang kurang baik akan bersikap yang negatif. Mereka tidak berani menghadapi masalah dan cepat mengaku kalah kerana kurang yakin terhadap dirinya. Mereka juga cepat marah dan menyalahkan orang lain apabila melakukan sesuatu kesilapan. Mereka sentiasa gelisah dan menglami tekanan hidup.

Ciri kesihatan mental