Kesan merokok terhadap kesihatan
Mengapa merokok
Nampak lebih dewasa ...........
Matang..........
Dapat menenangkan fikiran.......
Mencari ilham...........
Mungkin itu antara jawapan oleh mereka yang merokok. Kesemua jawapan
yang tersebut nampak positif dan memihak kepada kesan baik. Namun, para perokok sebenarnya
lebih daripada mengetahui dan menyedari akan kesan buruk di sebalik merokok.
Malahan sudah banyak kajian perubatan dan bukti nyata yang
menunjukkan kesan merokok kepada kesihatan manusia. Tetapi semuanya masih tidak
cukup menginsafkan perokok, sebaliknya dari masa kesemasa perokokk kian bertambah dan
lebih menyedihkan kerana melibatkan para remaja yang masih bersekolah. Kepada para remaja
yang bersekolah dan cuba-cuba menghisab rokok, hentikanlah tabiat itu. Anda bukan sahaja
mensia-siakan pengorbanan wang ringgit ibu bapa, tetapi juga menipu diri sendiri! Anda
sepatutnya berasa malu!
Apakah kesan buruk daripada merokok?
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelang tahun
2020 dianggarkan 10 juta orang perokok di dunia akan mati dalam setahun. Daripada jangkaan
itu, lebih 200 juta kanak-kanak dan remaja yang hidup sekarang akan mati akibat tembakau,
dan seramai 500 juta yang lain mati disebabkan serangan penyakit yang berkaitan dengan
tembakau.
Di negara kita, dianggarkan satu perempat daripada kematian akibat
penyakit ada kaitannya dengan tabiat merokok. Kadar ini dijangka meningkat dari setahun ke
setahun. Malahan, menurut beberapa kajian, menunjukkan bahwa seorang daripada dua orang
pengguna tembakau akan mati akibat merokok atau terdedah kepada penggunaan tembakau.
Dengan kata lain, separuh daripada jumlah perokok akan mati sebelum mencecah usia tua.
Apakah penyakit yang bakal dihidapi oleh perokok?
Tabiat merokok sering dikaitkan dengan penyakit seperti koronari
jantung, kanser peparu, brokintis kronik dan emfisima. Ini disebabkan kerana asap rokok
atau tembakau mengandungi 4000 bahan kimia beracun. Tembakau menjadi penyebab bagi 90% kes
kenser peparu, 75% kerosakan bronkitis kronik dan emfisima, serta 25% serangan penyakit
koronori jantung.
Merokok boleh mengurangkan kecergasan fizikal manusia dan daya
tahan. Ini disebabkan asap rokok yang mengadungi karban monoksida akan bergabung dengan
hemogolobin dalam darah. Keadaan ini mencegah oksigen bergabung dengan hemogolobin.
Akibatnya darah tidak mampu mengedarkan oksigen ke seluruh badan dengan efisen,
terutamanya kebahagian kaki yang saiz arterinya semakin mengecil.
Kesan merokok juga boleh meracuni sistem pernafasan. Asap rokok
daripada hanya setengah batang rokok boleh menghalang laluan udara yang melalui bronkus.
Halangan ini boleh menyebabkan pengurangan isipadu udara yang ditarik dan dihembus pada
setiap kali pernafasan. Setiap kali perokok menghisap rokok, kadar degutan jantung mereka
akan meningkat.
Perokok juga lebih mudah menghadapi tekanan darah tinggi
dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.
Kesan atau risiko lain akibat merokok
Merokok boleh melesukan tubuh dan fikiran, bukannya menenangkan
fikiran. Bau asap mengganggu dan menyakiti orang yang tidak merokok. Perokok bukan sahaja
membahayakan kesihatan diri sendiri tetapi juga membahayakan mereka yang terdedah kepada
asapnya.
Kesan jangka pendek kepada mereka yang terdedah dengan asap rokok
ialah berbau busuk, kerengsaan mata, hidung serta kerongkong, pening kepala dan batuk.
Kesan jangka panjang pula, mereka akan mengalami gangguan fungsi paru. Bagi mereka yang
mempunyai masalah kesihatan seperti alahan, asma, penyakit jantung dan paru-paru,
risikonya lebih teruk. Turut terbukti bahawa merokok membahayakan janin yang
dikandung ibu. Oleh itu, ibu bapa yang merokok hendaklah berhenti merokok untuk menjaga
janin di dalam kandungan.
Seperkara lagi yang patut disedari perokok ialah merokok
membazirkan wang, disamping menjadi punca kebakaran daripada puntung rokok yang dibuang
sewenang-wenangnya, serta menjadi faktor penyebab kepada pencemaran udara daripada asap
rokok.
Kesimpulannya, ketagihan merokok bukan sahaja membahayakan
kesihatan tubuh dan rihani malah menjadi punca kepada pelbagai penyakit. Hal ini
sememangnya telah dibuktikan dan terbukti candu rokok dan nikotinnya boleh membawa maut.
Kepada anda dan juga para remaja dinasihatkan agar tidak mencuba mendekati rokok apatah
lagi menghisapnya. Sayangi diri anda.