Bagaimana mengatasi konflik jiwa remaja
oleh Rozieta Shaari

Peringkat umur remaja dikatakan banyak terdedah kepada tekanan sama ada dari segi fizikal dan mental yang boleh menyebabkab konflik jiwa. Persoalannya, adakah mestinya setiap remaja menghadapi konflik jiwa? Adakah remaja yang tidak lansung menghadapi konflik jiwa.
Untuk menjawab persoalan ini, pertama kita mestilah menjawab apakah yang menyebabkan konflik jiwa wujud pada remaja. Konflik jiwa terjadi apabila tiada keseimbangan di dalam diri individu. Dalam diri remaja, keadaannya menjadi lebeh tenat kerana pada peringkat usia ini, banyak perubahan berlaku yang menambah lagi keruncingan keadaan.
Usia remaja adalah usia di mana seseorang individu itu mencari identiti diri. Jika sejak kecil dia sering dihargai dengan apa yang wujud dalam dirinya, dia akan terus mempunyai hormat diri yang tinggi. Dia menghargai keunikan diri dan mengambil identiti diri yang menyokong perasaan hormat diri yang tinggi itu. Remaja sebegini akan berusaha memperkukuhkan gambaran positif dirinya itu dengan membabitkan diri di dalam kegiatan memperkukuhkan identiti dirinya.
Jika sebaliknya yang berlaku, iaitu sejak kecil remaja itu tidak berasa dirinya istemewa atau dihargai, dia akan berasakan kekeliruan wujud dalam dirinya. Teutama jika remaja itu hanya mendapat perhatian apabila dia melakukan kesalahan atau kejahatan dan dikecam kerana itu.
Disebabkan anggapan dan harapan yang diletakkan ke atasnya, lama-kelamaan remaja itu mengambil identiti tidak baik. Apabila ini digambarkan dalam minda megenai dirinya, dia akan melakukan perbuatan memperkukuhkan tanggapan itu. Maka wujudlah dia sebagai remaja, beridentiti tidak sehat itu.
Baru-baru ini, saya mengadakan kursus motivasi di sebuah sekolah menengah. Hati saya tersentuh melihat tingkah laku setengah pelajar itu terutama mereka yang baru masuk sekolah menengah. Mereka ini baru masuk alam remaja. Mana tidaknya, kerana ternyata pelajar itu cuba berlagak seperti budak nakal dan mengambil identiti itu kerana terlalu jelas, mereka menyangkakan tingkah laku itu hebat dan bijak atau cool.
Ternyata mereka keliru dengan apa sebenarnya baika dan apa yang buruk. Tekanan daripada kawan (peer pressure) menyebabkan mereka berlagak seperti itu. Ini terjadi kerana sedari kecil, mereka tidak dikaitkan dengan 'jelas' mengenai indentiti yang baik.Kekeliruan mungkin wujud dalam mencari identiti diri, ini ditambah dengan perubahan fisiologi yang membabitkan peningkatan hormon, sedikit sebanyak menimbulkan kesan pada diri remaja terbabit. Ketika peringkat ini perasaan yang sebelum ini tidak pernah wujud pada jiwa remaja mula bertapak.
Salah satu contoh kesan peningkatan hormon ini ialah perasaan meminati jantina yang berlawanan serta perkara yang bersangkut dengan sek.
Jika ibu bapa bijak, remaja akan dipimpin dalam menangani perasaan yang asing ini. Ibu bapa matang akan membantu remaja berkenaaan, menerima perasaan itu sebagai sesuatu yang lumrah dan tidak sepatutnya berasa bersalah atau malu.. Kemudiannya ibu bapa akan membantu nenunjukkan jalan untuk memahami, mengawal dan menanganinya. Jika ibu bapa kurang bijak menangani perkara ini, disinilah satu punca tekanan yang menghasilkan konflik jiwa remaja.
Untuk mewujudkan keseimbangan pada diri induvidu, kekuatan dan kemantapan perlu dalam tiga aspek iaitu segi fizikal, mental dan emosi (termasuk rohani). Apabila salah satu atau lebihdaripada ketiga-tiga aspek initidak stabil maka tekanan akan berlaku. Seperti kes remaja prodigi yang memberontak, kemungkinan beliau mengalami tekanan jiwa hasil daripada perasaan perlu mencapai tahap kecemerlangan yang sentiasa tinggi. Mungkin ketika tekanan itu berlaku beliau tidak mendapat sokongan emosi berpadanan dengan tekanan yang diterima.
Lagi tinggi pencapaian perlu dicapai, algi tegap perlunya kemantapan sokongan emosi yang menjadi tunjang atau dasar kepintaran itu. Cara didikan ibu bapa penting dan utama dalam kewujudan konflik diri anak terutama remaja.
Ibu bapa dominan, alpa dan leka menyebabkan anak tertutup jiwa mereka. Hati mereka luka dan menunggu saat saja seperti gunung berapi untuk meletup. Remaja tidak dihargai keunikan dan identiti mereka akan berasa tertekan.
Remaja dilayan seperti kanak-kanak kecil akan menyebabkan mereka berasa ibu bapa tidak bijak. Ibu bapa dominan sering memaksa anak mengikut saja arahan mereka. Hasilnya, anak terutama remaja mencari jalan untuk keluar dari genggaman kuku besi itu.
Untuk menjadi ibu bapa yang bijak perlukan seseorang itu banyak mencari ilmu. Banyak berfikir dengan matang. Cara terbaik, sentiasa merapati diri dengan anak sejak masih kecil dan hormatkan mereka sebagai seorang induvidu yang mempunyai harga diri, hormat diri dan ruang mereka sendiri.
Anak bukan hak kita tetapi tanggungjawab kita! Selain itu adalah amat penting untuk kita melengkapkan diri untuk contoh yang baik untuk diikuti.

Remaja yang tiada konflik diri akan:

Sementara remaja yang penuh konflik diri pula akan:

Memang tidak dapat dinafikan bahawa membesarkan anak dan mengasuh mereka bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu adalah amat penting kita sebagai ibu bapa sentiasa mencari jalan, menembah ilmu dan kebijaksanaan kita di dalam mengharungi kemelut ini.