AL-HADIS
Oleh HAIZAM Islam

Biasa juga dikenali sebagai al-Sunnah. Merupakan sebagai ucapan, perbuatan , pengakuan, akhlak dan sifat-sifat kejadian Rasulullah saw. yang diriwayatkan. Sumber yang terpenting selepas Al-Quran dalam pegangan dan kepercayaan Islam.Telah diterima sejak lebih seribu tahun yang lalu secara menyeluruh iaitu semenjak kewujudan Islam itu lagi.

Bentuk-bentuk Al-Hadis & Al-Sunnah
Kedudukan Rasulullah saw dan tugasnya terhadap manusia
Perbuatan/Amalan Rasulullah saw
Perbezaan diantara Al-Hadis dengan Al-Hadis Qudsi
Pembahagian Al-Hadis yang diriwayatkan

BENTUK-BENTUK AL-HADIS & AL-SUNNAH

1. Ucapan Rasulullah saw.Mengandungi berbagai-bagai bentuk pengajaran dan nasihat. Contoh: "Sesungguhnya amalan itu dikira dengan niat dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seseorang itu mengikut apa yang diniatkan.

2. Perbuatan Rasulullah saw. Megandungi jenis-jenis perbuatan/amalan yang dapat dilihat pada solat, puasa dan lain-lain ibadat \tab \tab \tab yang dilakukan oleh Nabi saw sebagai menerangkan hukum dan diperhatikan oleh para sahabatnya.Contoh: solat.

3. Takrir
Mengandungi kebenaran Nabi saw dengan keadaan berdiam diri terhadap apa yang dibuat oleh sahabat dengan tidak mencegah atau menyalahkan serta tidak pula menunjuk keredhaannya.

KEDUDUKAN RASULULLAH DAN TUGASNYA TERHADAP MANUSIA

1. Kewajiban mentaati Rasulullah saw.
Ayat suci Al-Quran yang bermaksud: "Sesiapa mentaati Rasul sesungguhnya ia mentaati Allah

2. Pentafsir Al-Quran.
Ayat suci Al-Quran yang bermaksud: "Dan kami turunkan kepada engkau Al-Quran supaya kamu menjelaskan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka mudah-mudahan mereka berfikir." An-Nahl, 16:43.

3. Penggubal Undang-undang
Ayat suci Al-Quran yang bermaksud: "Mereka yang mengikuti Rasul, Nabi yang Ummi, yang mereka dapatinya tertulis disisi mereka dalam Injil dan Taurat. Dia menyuruh mereka dengan kebajikan dan melarang mereka membuat kemungkaran, dan menghalalkan untuk mereka barang-barang yang baik, dan mengharamkan atas mereka barang-barang yang buruk, dan menghilangkan dari mereka keberatan-keberatan dan belenggu-belenggu mereka yang membebankan. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya dan menolongnya, serta mengikuti cahaya yang diturunkan bersamanya, mereka itu orang-orang yang mendapat kemenangan. Katakanlah hai manusia sesunguhnya aku seorang utusan Allah kepada kamu semua, yang mempunyai kerajaan langit dan bumi, tidak ada Tuhan melainkan Dia. Dia yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu maka berimanlah kepada Allah dan perintahNya dan ikutilah \tab dia mudah-mudahan kamu mendapat petunjuk Al-A'raaf, 7:157-158.

4. Sumber Al-Quran dan Al-Sunnah.
Ayat suci Al-Quran yang bermaksud: "Dan tidaklah dia bercakap dari kemahuannya melainkan ia adalah wahyu yang diwahyukan." An-Najm, 53:3-4.

PERBUATAN/AMALAN RASULULLAH SAW
Ahli usul Fiqh membahagikan kepada 4 bahagian:

1. Perbuatan yang biasa dilakukan oleh Rasulullah saw dan umatnya, seperti cara makan, minum, tidur dan sebagainya Hukumnya, harus melakukan atau meninggalkan.
2. Perbuatan yang diamalkan secara khusus bagi Rasulullah saw. seperti mewajibkan atas dirinya solat sunat dhuha, sunat tahajjud dan lain-lain. Hukumnya, amalan tersebut khas untuk Nabi sahaja, kecuali hal-hal yang ada nas yang melibatkan umatnya.
3. Perbuatan Rasulullah saw yang wajib diikuti oleh umatnya yang ditetapkan hukumnya berdasar nas-nas Al-Quran, seperti solat fardhu, puasa, zakat, haji dan lain-lain.
4. Perbuatan-perbuatan yang tidak jelas hukum sunat atau wajib bagi diri nabi saw atau sahabatnya.

PERBEZAAN DIANTARA AL-HADIS DENGAN AL-HADIS QUDSI
Menurut penyelidikan oleh para penyelidik Al-Hadis Rasulullah saw, terdapat dua bentuk al-Hadis iaitu;
1. Al-Hadis Al-Qudsi iaitu Al-Hadis yang bersandarkan kepada Allah swt
2. Al-Hadis ia-itu Al-Hadis yang bersandarkan kepada Rasulullah saw. (Al-Hadis Al-Nabawi)

PEMBAHAGIAN AL-HADIS YANG DIRIWAYATKAN
Pada awal perkembangan Islam Al-Hadis telah diriwayatkan secara lisan/ingatan, dan selepas kira-kira 100 tahun kemudian ianya dikumpulkan dan dibukukan oleh para penyelidik Al-Hadis. Hasil daripada pengumpulan tersebut Al-Hadis terbahagi pula beberapa bahagian mengikut riwayat/periwayatnya:
[1.] Al-Hadis Mutawatir
Al-Hadis yang diketahui/diriwayatkan oleh beberapa bilangan orang yang sampai meyampai perkhabaran (Al-Hadis) itu, dan telah pasti dan yakin bahawa mereka yang sampai menyampai tersebut tidak bermuafakat berdusta tentangnya
[2.] Al-Hadis Mashyur
Al-Hadis utama yang diriwayatkan dari berbilang periwayat Al-Hadis.iaitu sekurang-kurangnya tiga sanad (jalan kepunca Al-Hadis) atau dari tiga periwayat Al-Hadis yang berbeza.
[3.] Al-Hadis Sahih
Al-Hadis yang berhubung/bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat berikut:
i. Adil
ii. Kuat Ingatannya.
iii. Sejahtera dari keganjilan dan
iv. Sejahtera dari Kecederaan yang memburukkan.
[4.] Al-Hadis Hasan
Al-Hadis yang berhubung/bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat seperti Al-Hadis Sahih, tetapi mereka tidak mempunyai ingatan yang kuat.
[5.] Al-Hadis Dho'if
Al-Hadis yang tidak diketahui periwayat atau pun periwayatnya tidak bersifat seperti periwayat Hadis Sahih atau Hasan.
[6.] Al-Hadis Marfuk'
Al-Hadis yang diriwayatkan bersandarkan kepada keinginan Nabi saw sendiri, sama ada ucapan,perbuatan atau pun takrirnya.
[7.] Al-Hadis Mauquf
Merupakan kepatuhan atau perkataan sahabat sendiri yang diriwayatkan kepada kita.
[8.] Al-Hadis Mursal
Merupakan perkataan yang diucapkan oleh tabi'ie (mereka yang tidak pernah bertemu Nabi saw) secara lansung atau terus kepada Nabi saw dengan tidak melalui perantaraan sahabat.
[9.] Al-Hadis Muttasil
Al-Hadis yang berhubung/bersambung sanadnya dan setiap mereka yang meriwayatkannya mendengar terus dari orang yang meriwayatkan kepadanya sehingga sampai kepada Nabi saw atau kepada para sahabat.
[10.] Al-Hadis Mahfuz
Al-Hadis yang terpelihara, iaitu mereka yang meriwayatkan Al-Hadis tersebut, adalah mereka mempunyai kepercayaan yang tidak bertentangan kepercayaan dengan kepercayaan terhadap gulungan lainnya (tidak ada kepentingan peribadi).
[11.] Al-Hadis Jaiyid
Al-Hadis yang dikatakan baik dan Sahih oleh ahli atau para penyelidik Al-Hadis.
[12.] Al-Hadis Mujawwad dan Tsabit
Merupakan nama lain bagi Al-Hadis Sahih dan Hasan.
[13.] Al-Hadis Maudhuk'
Al-Hadis yang diriwayatkan oleh mereka dengan mendustakannya dari Nabi saw pada halnya nyata tidak. Juga dikenali sebagai Al-Hadis Palsu.(Diriwayatkan berdasar kepentingan tertentu).