Make your own free website on Tripod.com

AYAT SUCI DALAM BALAK DITEMUI DI TURKI



KUALA LUMPUR, SELASA (07 MAC 1990)
SEBATANG BALAK DARI JENIS "OKOUME" DIDAPATI
MENGANDUNGI AYAT-AYAT AL-QURAN, DITEMUI DISEBUAH KILANG PAPAN DI ANKARA, TURKI.
APA YANG MENAKJUBKAN AHLI SAINS DAN PAKAR AGAMA IALAH AYAT-AYAT YANG TIMBUL DARIPADA URAT KAYU ITU DIDAPATI PADA SETIAP LAPISAN BALAK YANG DIBELAH. ANTARA LAIN, TULISAN YANG JELAS DIBACA DALAM BENTUK "CUFIC ARABIC" ITU IALAH "BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM MUHAMMAD".
TULISAN "CUFIC ARABIC" SAMA BENTUKNYA DENGAN AL-QURAN TULISAN SAIDINA OMAR AL-KHATAB YANG DIANGGAP AL-OURAN BERTULIS PERTAMA DI DUNIA.TULISAN BENTUK ITU WUJUD SEJAK 1,400 TAHUN LALU.
BEBERAPA SAINTIS DAN PAKAR AGAMA SEPENDAPAT BAHAWA AYAT YANG WUJUD PADA KEPING PAPAN LAPIS ITU, MENGKAGUMKAN.
PENGUSAHA KILANG ITU, SENER AYKUL TELI BERKATA AYAT-AYAT AL-QURAN ITU DITEMUI OLEH SEORANG PEKERJANYA SEWAKTU MFNGAWASI PROSES PEMOTONGAN PAPAN LAPIS UNTUK DIJADIKAN PERABOT, PERTENGAHAN TAHUN LALU. SALAH SATU DARIPADA BATANG KAYU ITU MENGHASILKAN TULISAN AYAT BERKENAAN. SEWAKTU DIBAWA KE KILANG, PANJANG BALAK ITU IALAH 12 METER, MANAKALA DALAM BENTUK ASALNYA, IA BERUKURAN 35 HINGGA 40 M ETER. TULISAN ITU TIMBUL SELEPAS KAYU ITU DI POTONG SEPANJANG 4 METER DENGAN MESIN OUTOMATIK.
ENCIK AYKUL TELI YANG MENJADI ORANG KEDUA MELIHATNYA, BERKATA TULISAN AYAT AL-QURAN ITU BERUKURAN KIRA-KIRA 3.4 METER PANJANG DENGAN LEBAR KIRA-KIRA 0.7 METER. KATANYA, SEKUMPULAN SAINTIS MENGESAHKAN BENTUK PERMUKAAN PAPAN ITU ADALAH ASLI DAN TIDAK MUNGKIN DILAKUKAN OLEH MANUSIA. URAT PADA TULISAN BERKENAAN TIMBUL DI PERMUKAAN PAPAN DAN BOLEH DIRASAI DENGAN TANGAN. ENCIK AYKUL TELI BERKATA, KAJIAN AWAL PADA BATANG KAYU "OKOUME" ITU BERUSIA 60 TAHUN DAN BERASAL DARI GABON, AFRIKA YANG DIEKSPORT UNTUK DIPROSES DI TURKI.
TURKI BERHARAP UNTUK MFNDERMA PADA NEGARA-NEGARA ISLAM TERMASUK MALAYSIA UNTUK DIJADIKAN BAHAN PAMERAN.SETAKAT INI ARAB SAUDI, KUWAIT DAN EMIRIYAH ARAB BERSATU SUDAH MENERIMA KEPINGAN PAPAN LAPIS BERKENAAN. SEKEPING LAGI DIPAMERKAN DI MUZEUM TOPKAPI, ISTANBUL.