BLACK HOLE

Black hole?? Lubang hitam. Menurut para pengkaji bintang, black hole ini terdapat banyak di universe. Dari hasil pemerhatian mereka, ia berbentuk kepulan gelap yang besar di dalam galaksi-galaksi. Kelihatan padat dan mempunyai ketumpatan yang amat tinggi - yang dapat dilihat hanyalah kesan adanya black hole itu - objek yang dipanggil "debu" diorbit. Kita dapat melihatnya pada jarak yang amat jauh - menurut para saintis jaraknya ialah 50 juta tahun cahaya. Tidak boleh nampak apa yang ada di dalamnya, amat black (gelap). Tarikan gravitinya amat kuat dan menyedut debu-debu disekelingnya masuk ke hole (lubang) sehingga hilang lesap.

Black hole - di "tawaf" atau diorbit , dikelilingi oleh "debu" yang banyak - mungkin sehingga menjangkau 300 kali berat sistem suria ini yang mengelilinginya - sebagaimana planet mengelilingi matahari. Bezanya black hole ini lebih kuat dan hebat kuasa tarikannya daripada tarikan matahari terhadap planet-planetnya.
Ada di kalangan para saintis yang berpendapat jika matahari itu boleh dipadatkan menjadi satu objek yang memiliki garispusat satu batu panjangnya maka ia akan menjadi benda bercirikan "black hole" - dimana semua planet masih lagi mengelilinginya. begitulah "padat dan tumpatnya "black hole itu".

Kita tahu cahaya bergerak dalam gerakan yang lurus dan tiada yang boleh membengkokkannya melainkan bila perantaraannya bertukar , misalnya antara air ke udara - tetapi cahaya itu tetap bergerak lurus dalam perantaraan tersebut. Kuatnya tarikan graviti black hole ini sehingga ia boleh melencongkan arah laluan cahaya ke arahnya.

Black hole adalah satu fenomena yang cuba dihuraikan oleh ahli sains - termasuk soalan mengapa "debu-debu" kelihatan mengorbit satu titikatau pusat, termasuk sistem suria kita ini sedang mengorbit satu pusat sentiasa bergerak merentasi angkasaraya yang maha luas. Perkara ini disebut dalam Quran sebagai "al-buruj" iaitu kumpulan bebintang di langit. Sebarang kumpulan bebintang yang kelihatan di langit dipanggil buruj.