KELUARGA SI DUGUNG KEMBALI LAGI.

Pada 10 Mac 1999 satu peristiwa yang mengemparkan telah berlaku di Kampung Pasir Puteh, Pasir Gudang, Johor di mana seorang penternak kupang, En.Atan Husin telah menemui seekor anak dugung, satu spesis mamalia yang telah hampir pupus di perairan Malaysia.
Anak dugung tersebut dipanggil Si Tenang dan dipelihara oleh Pak Atan selama 41 hari sebelum ianya dilepaskan kelaut semula kerana didesak oleh Jabatan Perikanan dan beberapa badan lain. Setelah 40 jam dilepaskan SiTenang telah dijumpai mati berhampiran dengan tempat tinggal Pak Atan. Peristiwa ini sungguh memilukan sehingga ada yang menanggis terlalu bersedih.
Sejak peristiwa tersebut beberapa ekor dugung lain ditemui mati di kawasan pantai tempat Si Tenang dilepaskan; iaitu pada 14 Mac 1999 seekor dugung betina, beberapa hari kemudian diikuti pula dengan tiga ekor lagi di kawasan yang sama. Pada 23 Mac 1999 pula seekor dugung jantan telah ditemui mati oleh En. Azmi Bujang di peraiaran Telok Sengat, Pengerang, Kota Tinggi, Johor.
Pada 25 Mac 1999 dalam satu tinjauan dari udara oleh pegawai-pegawai dari Jabatan perikanan telah dapat mengesan tiga ekor dugung yang masih hidup diperairan Johor.

Dalam pada itu di Zoo Melaka pihak berkuasa Zoo telah meminta bantuan pakar dari Australia (Erroy Vogelpoel) bersama-sama dengan Dr. Razeem Mazlan Abdullah dan sekumpulan pelajar kursus Diploma kesihatan haiwan, UPM Serdang, untuk mengawit bangkai Si Tenang supaya ianya dapat dipamerkan kepada orang ramai. Kematian dugung bukanlah satu satu kejadian baru malah pada tahun 1995 dilapurkan lima ekor dugung telah dijumpai mati di Sekakap, Mersing manakala pada tahun 1996 seekor lagi mati di Pulau Sibu, Mersing, Johor. Pada tahun 1998 juga seekor lagi telah dijumpai mati di perairan dekat Tanjung sedili, Johor.Walaupun cerita Si Tenang sudah berakhir ibarat sebuah cerita lagenda Si-Duyung, namun harus perlu diberi perhatian oleh pihak bertanggungjawab apatah terhadap spesis yang sudah hampir pupus.

Abdullah Abd. Majid

aam9992@pd.jaring.my
155,Lorong Kantan,Kem UPP\Imigresen
Padang Besar, Perlis, 02100
Malaysia

Lagenda Si Duyung: Satu Kisah Misteri.
Album Of Save Dugong.
The Dugong Aquarium.
aam9992 Homepage.