FITNAH - Minta Direnungi Bersama
oleh Haizam

Sedar atau tidak, bila kita rancak berbual dan didengari oleh insan lain, berkemungkinan kita telah pun terlibat sebagai penyebar fitnah. Berwaspada, ianya amat mudah berlaku, inilah padah dan akibatnya apabila bercakap seenak-enaknya tanpa memikirkan resiko dan bahayanya. Fitnah boleh di ertibahasakan sebagai penyebaran/menyampaikan keburukan atau mengada-adakan keburukan sesaorang kepada orang lain dengan tujuan supaya mereka membenci atau memusuhinya. Ada juga yang memfitnah bertujuan mempromosikan diri disamping memburukan pihak lawan.

Islam menganggap fitnah merupakan suatu sifat yang amat keji, dosa besar malah ia tergolong sebagai sifat orang-orang munafik. Ini diterangkan dibeberapa ayat Al-Quran. Malah baginda Rasulullah saw melarang akan perbuatan ini. Perbuatan fitnah lebih berbahaya daripada pembunuhan kerana boleh menyebabkan masyarakat hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan permusuhan. Beberapa petikan:

Pada adatnya memfitnah boleh berlaku kepada setiap insan, kerana didorong oleh perasaan irihati, tamak, mementingkan diri sendiri dan lainlain yang bersifat negatif. Berkemungkinan juga ianya berlaku akibat kepentinagan kedunian (harta-benda) sesaorang lebih utama daripada kepentingan beragama. Ini boleh mendatangkan kesan yang amat buruk malah boleh menjatuhkan keaiban seseorang yang menghalangnya dari berbuat kebajikan seterunya. Islam membenarkan jika keaiban sesaorang itu diceritakan bertujuan memberi manafaat kepada orang lain, atau ianya dapat menolak kejahatan yang menimpa orang lain.

Dicertakan konon pada zaman dahulu ada seorang lelaki pergi ke pasar hendak membeli hamba, kemudian ditawarkan kepadanya seorang budak yang tidak ada aibnya kecuali ia gemar memfitnah, kerana aib itu dianggap ringan, maka jadi dibelinya budak itu

Dan setelah beberapa lama dirumah mulalah budak itu berkata kepada isterinya majikannya, bahawa suaminya ingin kahwin dengan isteri muda, kerana itu lebih baik berusaha menggagalkan perkahwinan suaminya dengan guna-guna, iaitu dengan mengambil beberapa helai bulu roma leher suaminya. Ini harus menggunakan pisau cukur yang tajam agar tidak terasa jika diambil sewaktu tidur. Oleh kerana si isteri ini benar-benar percaya lantas ia berusaha mendapatkan pisau cukur yang tajam.

Kemudian si budak bicara pada suami majikannya bahawa isterimu akan membunuhmu diketika kamu sedang tidur, kerana itu tuan harap berhati-hati dan tuan boleh buktikan pura-pura tidur.
Maka benarlah ketika si suami berpura-pura tidur, tiba-tiba si isteri datang membawa pisau cukur, dan diketika memegang lehernya, si suami segera bangun dan merampas pisau cukur dari tangan isterinya lalu disembelihnya. Maka pada keesokan harinya keluarga si isteri menuntut kematian tersebut dengan bunuh-membunuh di antara kedua famili.

Abul-Laits As-Samarqandi berkata: "jika ada orang memberitahu kepadamu bahawa Fulan memfitnhkanmu, maka harus menghadapinya dengan enam perkara:

  1. Jangan percaya, kerana tukang memfitnah itu tidak dapat diterima persaksiannya.
  2. Engkau harus mencegah dari fitnah itu, sebab nahi munkar itu wajib.
  3. Engkau harus membenci kepadanya, sebab telah berbuat maksiat.
  4. Engaku jangan bersangka jahat terhadap saudaramu yang difitmah itu, sebab jahat sangka terhadap sesama muslim itu haram hukumnya.
  5. Jangan kamu selidik keadaan orang yang difitnah itu, sebab Allah melarang menyelidik kejahatan orang.
  6. Apa yang tidak engkau sukai dari perbuatan orang yang memfitnah itu maka jangan sampai berbuat seperti itu, yaitu engkau jangan memberitahu kepada sesiapa apa yang dikatakan oleh pemfitnah itu.

Perbuatan memfitnah ini dilarang oleh Islam. Namun kita harus beringat bahawa, dalam kita menolak fitnah tersebut, jangan pula kita turut memfitnah terhadap si pembawa/pembuat fitnah. Kita harus jaga perpaduan Islam dan bangsa.