Pengantin Tampar imam di majlis akad nikah
Mingguan Malaysia 2.4.2000

Kota Bharu 1.April - Seorang pengantin lelaki didakwa menampar seorang imam dalam majlis akad nikahnya yang diadakan di sebuah masjid disini, Khamis lepas.
Ketua Daerah Polis Kota Bharu, ACP Mohd. Fauzee Awang berkata, pengantin berusia dalam linkungan 20-an itu menampar imam berkenaan selepas disuruh menyucap dua kalimah syahadat sebanyak empat kali dan beliau gagal mengucapkannya.
Mohd. Fauzee memberitahu Bernama disini hari ini, dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu seorang lelaki yang menjadi saksi pada majlis itu turut ditumbuk oleh pengantin terbabit.
Beliau berkata akibat tumbukan lelaki berkenaan, saksi pihak pengantin terbabit lebam di muka dan kaki.
Selepas kejadian itu lelaki berkenaan terus meninggalkan masjid dan upacara akad nikah itu dibatalkan, katanya. - Bernama