KAABAH

Apabila Nabi Adam AS dan Hawa diturunkan ke muka bumi, Allah memerintahkannya membina sebuah tempat/rumah untuk berzikir kehaderat Ilahi sebagaimana Malaikat di langit melakukannya, dan ini pernah disaksikan oleh Nabi Adam. Bagi menyahut perintah ini, Nabi Adam pun membina Kaabah bertempat seperti yang terdapat sekarang iaitu di kota Mekah.

Di zaman pemerintahan Syeth anak Nabi Adam Kaabah di perbaiki semula binaannya.

Semasa tenggelam banjir besar, di zaman Nabi Nuh, kedudukan Kaabah tidak jelas kelihatan, cuma yang nampak bertanda merah disekelilingnya. Air banjir tidak mengalir melintasi Kaabah. Sebelum banjir surut, bahtera Nabi Nuh telah tawaf menggelilingi kawasan Kaabah selama 40 hari sambil berdoa ke hadrat Ilahi. Meski pun Kaabah telah musnah akibat banjir. namun tempat tersebut amat mustrajab berdoa. Ramai manusia yang datang berdoa dan diperkenankan permintaannya di tempat asal Kaabah itu.
Nabi Ibrahim berkahwin dengan dua orang isteri dan tinggal di Juruselam, menurut ceritanya Siti Sarah isteri pertama nabiamat cemburu dan meminta agar madunya Siti Hajar yang berbadan dua dipisah/pindahkan jauh. Susulan permintaan tersebut setelah Siti Hajar melahirkan anaknya Nabi Ismail, maka Nabi Ibrahim menghantarkannya ke Mekah. Di ketika itu Kaabah telah pun roboh akibat banjir besar zaman nabi Nuh.

Maka tinggallah Siti Hajar seorang diri di Mekah dengan penuh sabar dan redha Semasa bekalan dan air minumannya habis suatu peristiwa yang menyayatkan hati berlaku dimana Siti Hajar telah meninggalkan anaknya yang menanggis kehausan di tapak Kaabah untuk mencari air. Beliau berlari ke bukit Safa bagi meninjau kawasan yang berair sambil melihat anaknya di tapak Kaabah kemudian berlari pula ke Bukit Marwa bagi meninjau lagi kawasan berair di sana sambil juga melihat anaknya di tapak Kaabah, begitulah seterusnya berulang-ulang di antara kedua-dua bukit tersebut. Setelah penat beliau berulang alik dengan takdir Allah swt keluarlah air dari pasir tempat gesekan tumit kaki anaknya ditapak Kaabah tersebut. Air ini lah di kenali sebagai air Zam Zam sehingga kini. Nabi Ibrahim datang ke Mekah bagi menemui keluarganya dan seterusnya membina semula Kaabah. Dari keturunan-keturunan Nabi Ismail inilah lahirnya Nabi Muhammad saw.

Seterusnya Kaabah dibaiki/ bina semula oleh beberapa pemimpin di zamam pemerintahan mereka iaitu: Amaliqah, Jurhum, Qusoyi bin Kilab, Abdul Muttalib, Al-Walid bin Al-Mughirah (Quraisy), Abdulah bin Al-Zubir (cucu Saidatina Abu Bakar), Hajjaj bin Yusuf Assaqafi, dan Sultan Murad Khan (Raja Turki). Pada masa pemerintahan Jelalat Al-Malik Saud bin Al-Malik Abdul Aziz Al-Saud (kurun 14) Kaabah diperelokkan seperti memasang marmar, membaiki dinding, atapnya dan lain-lain.

Sehingga kini Kaabah dikunjungi ramai oleh umat Islam dari seluruh dunia.