Pengenalan Kepada Kalendar

   Kalendar adalah suatu sistem yang dicipta untuk menentukan masa. Pada zaman purba, perubahan atau kejadian yang berlaku di sekitar digunakan mengetahui bilangan hari yang telah berlalu. Kejadian-kejadian yang digunakan untuk menetukan masa ia-lah:
    (a) perubahan kedudukan bulan, bintang dan matahari.
    (b) musim hujan dan musim kemarau.

    Orang-orang Sumeria di Babylon telah mencipta kalendar pertama yang berdasarkan kepada perubahan fasa yang berlaku pada bulan. Orang Mesir pula merupakan orang pertama yang menggunakan kalendar yang berasas matahari.

Kalendar Berasaskan Bulan - (Kalendar Qamari).
    Kalendar Qamari adalah berdasarkan kepada perubahan fasa bulan. Perubahan fasa dari satu rembulan muda kepada yang berikutnya mengambil masa 29½ hari. Dalam satu tahun luna (bulan), terdapat 12 kejadian fasa bulan. Ini bermakna   terdapat 12 bulan dalam satu tahun luna. Oleh kerana setiap fasa bulan mengandungi 29½ hari, maka satu tahun luna mengandungi 354 hari. Dalam setiap empat tahun, satu hari ditambah kepada kalendar supaya bersesuaian dengan perubahan musim berlaku.
    Kalender Islam, Cina dan Yahudi moden adalah contoh-contoh kalendar Qamari. Dalam kalendar Islam pula, satu hari adalah ditambah kepada bulan terakhir selepas tiap-tiap 3 tahun iaitu dikenali sebagai tahun lompat.

Kalendar Berasaskan Matahari
    Satu tahun solar ditakrifkan sebagai masa yang diambil oleh bumi untuk beredar mengelilingi matahari. Kalender yang digunakan pada masa kini berasal daripada kalender Rom. Julies Caesar telah menyatakan bahawa terdapat 365¼ hari dalam satu tahun. Kini satu tahun dikira ialah 365 hari dan satu hari ditambah pada setiap empat tahun, iaitu tahun lompat (366 hari). Kalendar Julius adalah tidak tepat kerana sebenarnya dlam satu tahun terdapat 365.24219 hari.

Kalendar Gregory
    Kalender Gregory ialah yang popular masa kini ianya mengandungi 12 bulan. Nama bagi setiap bulan yang telah diberikan oleh orang Rom digunakan sehingga kehari ini.

Bilangan hari Bulan
28/29 Febuari
30 April, Jun, Septembar
dan November.
31 Januari, Mac, Mei, Julai, Ogos,
Oktober dan Disember


Perbezaan antara Kalendar Gregory dan kalender Qamari

Kelendar Gregory. Kalendar Qamari
* Berasaskan peredaran bumi mengelilingi matahari
* Dibahagikan kepada 12 bulan yang mengandungi 30
   atau 31 hari sebulan kecuali bulan Februari
   yang mengandungi 28 hari - tahun biasa dan 29
   hari - tahun kabisat.
* Satu tahun mengandungi 365 hari - tahun biasa
   atau 366 hari - tahun kabisat.
* Berasaskan peredarn bulan mengelilingi.
* Dibahagikan kepada 12 atau 13.
* Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari.
* Kalender Qamari mempunyai bilangan hari yang
   berlainan setiap bulan dan setiap  tahun.