KEJADIAN OBJEK DI LANGIT

Peristiwa ini berlaku pada awal bulan Syawal 1991/1412H. Dirakam oleh seorang nelayan Mohd. Isa Abdullah dari Kampung Agusan di Pulau Mindanau, Filipina ketika beliau menemani saorang bisaya (kristian Filipina) menaiki bot melihat pandangan tepi pantai pulau itu. Menjelang Maghrib, bisaya itu nampak cahaya aneh berwarna puti/merah di kaki langit lalu mengacukan kameranya untuk mengambil gambar. Kerana tidak tertahan panahan cahaya tersebut, lalu bisaya meminta Mohd. Isa mengambilkan/memetik kamera untuknya. Setelah beberapa hari, gambar itu dicuci, kelihatan gambar kepulan awan membentuk huruf jawi dan bisaya menunjukkan gambar tersebut kepada Mohd. Isa. Lantas dijelaskan bahawa gambar tersebut adalah kalimah "La Illah hail lalwah Muhammad-dur Rasulullah" bisaya itu terus memeluk Islam.