Make your own free website on Tripod.com

KOMET

    Juga dikenali sebagai tahi bintang. Komet terdiri daripada tiga bahagian iaitu:

  1. Nukleus.
  2. Koma.
  3. Ekor.

    wpe1.jpg (15497 bytes)
   

    Kepala komet terdiri daripada nukleus dan koma.
Nukleus mengadungi batu-batan kecil yang dipegang bersama oleh ais, metana, karbon dioksida, ammonia dan air.

    Koma terdiri daripada habuk dan gas yang mengelilingi nukleus. Komet hanya mempunyai ekor apabila ia mendekati matahari. Ada setengah-setengah komet yang mempunyai lebih daripada satu ekor. Ekor komet mungkin berbentuk lurus, bengkok, tipis atau lebar. Apabila komet menghampiri matahari, bahan beku di dalam nukleus mencair dan mengewap. Ini menyebabkan bahagian koma kelihatan lebih besar dan nekleus lebih jelas. Tekanan sinaran matahari yang kuat akan menolak habuk dan gas di dalam nukleus ke arah belakang. Akibatnya ekor komet menjauhi matahari.
    Koma kelihatan terang kerana:

  1. Cahaya matahari dipantulkan oleh zarah-zarah nukleus.
  2. Zarah-zarah komet akan mengion dan memancarkan sinaran.

    Komet tidak wujud selama-lamanya. Apabila nukleus komet diwapkan dan serpihan batu-batan tertinggal di belakang, komet akan kehilangan sebahagian daripada serpihan batu-batan kecilnya. Lama kelamaan komet itu akan semakin menyusut sehingga ia hilang, contohnya komet Biela telah lenyap akibat penyepaian komet.

komet.2.gif (6039 bytes)
    Komet-komet beredar mengelilingi matahari mengikut orbit-orbit yang tertentu. Biasanya bentuk orbit sebuah komet adalah lebih panjang dan sempit berbanding dengan orbit planet. Bentuk-bentuk orbit komet ialah:

  1. Elips.
  2. Parabola.
  3. Hiperbola.

    Komet-komat mengambil masa yang lama untuk membuat satu orbit yang lengkap iaitu daripada beberapa tahun sehingga berjuta-juta tahun. Komet Enke mempunyai masa peredaran yang paling singkat iaitu 3.3 tahun.
    Komet Halley yang merupakan komet yang terkenal mengambil masa 76 tahun untuk membuat satu peredaran lengkap menglilingi matahari.