Martabat Melayu
oleh Haizam

Menurut sejarah, kehidupan kaum melayu di dunia ini bermula sejak pemerintahan Kerajaan Melaka di abad ke 15. Kini tahun 2000 telah pun menjelang, namun kaum melayu maseh ketinggalan dari segi jumlah kaumnya, ilmu pengetahuan dan pengalaman jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain seperti kaum arab, inggeris, cina,india dan lain-lain di dunia ini. Jumlah penyertaan kaum melayu diperingkat Antara Bangsa, seperti di bidang perniagaan, teknoloji pelayaran/penerbangan, kedoktoran, saintis dan lain-lain masih kurang. Juga ketrampilan pemimpin kaum melayu diperingkat dunia masih diperingkat rendah. Nilai-nilai inilah, yang dijadikan pengukuran terhadap nilai memertabat sesuatu kaum di dunia.
Usaha bagi memertabatkan kaum melayu diberi perhatian oleh Y. B. Perdana Menteri Malaysia. Kearah ini pendedahan-pendedahan berbagai bidang dipertingkatkan, seperti bidang perindastrian automobil, kedotoran, angkasawan, pelayaran/penerbangan dan berbagai lagi. Ekonomi kaum melayu juga diselaraskan dengan kaum-kaum lain di negara ini. Jatidiri beracuan sendiri dan wawasan 2020 disarankan terhadap kaum melayu agar kaum ini setara atau setanding dengan kaum-kaum lain di dunia.
Pemimpin-pemimpin Islam kaum melayu juga turut berusaha kearah ini, saranannya, memertabatkan kaum melayu ialah dengan mendaulatkan ciri-ciri Islam di dalam kehidupan mereka. Ciri-ciri yang menurut sunnah Nabi SAW seperti akhlak, pendidikan, perundangan, sistem ekonomi dan lain-lain. Penerangan serta ceramah-ceramah kearah ini hebat dan giat dilaksanakan.
Lantaran perbezaan ini berserta dengan senario politik negara, kaum melayu telah berpecah, ini dapat dilihat pada keputusan pilihan raya ke10 di negara baru baru ini. Tidak dapat dinafikan kerana sejarah ada mencatitkan, bahawa dalam proses ketamadunan kaum-kaum di dunia ini, ianya tidak terlepas daripada fenomena perpecahan. Kesan pepecahan di dalam kaum tersebut mengakibatkan perang saudara, berpuak-puak kecil, negara berpecah dua dan sebagainya.
Kaum Arab di zaman jahiliahnya, berpecah kepada puak-puak yang bagitu banyak, permusuhannya menimbulkan kekejaman antara puak sehingga berlakunya pembunuhan sesama sendiri dan keluarga, terutama anak-anak perempuan mereka. Di dalam suasana pepecahan ini lahirlah Nabi SAW yang mengislamkan serta memertabat dan menyatupadukan kaum Arab, menjadi kaum yang berupaya mentadbir hampir tiga suku dunia.
Kemelut pepecahan kaum melayu amat dirasakan, seperti pemecatan pekerja, penyinkiran AJK masjid dan sebagainya. Suasana lebih keroh dan menimbulkan perasaan benci membenci antara mereka yang berbeza parti. Kita khuatir ianya terus menular kearah perperangan saudara di dalam kaum melayu.
Atau pun adakan ini merupakan detik-detik pepecahan dan berulang buat kali keduanya, kelahiran pemimpin Islam (Imam Mahadi) akhir zaman dikalangan kaum melayu, yang mendaulatkan Islam serta memertabat dan menyatupadukan kaum melayu di dunia ini.