Masjid oh masjid
Oleh Haizam

Globalisasi dan dunia tanpa sempadan serta kedatangan alaf baru membawa berbagai cabaran bagi kita. Cabaran dan rintangan yang tidak mungkin dapat dielakkan. Setiap insan harus sedar ianya merupakan sunatullah yang mesti dilalui untuk terus maju. Dalam menghadapi dan mengharungi arus ini, kita amat memerlukan ilmu, pertunjuk dan nasihat yang seragam serta sepadu bagi mendapat kesempurnaan hidup di dunia dan juga di alam akhirat, Insyallah. Kita juga yakin bahawa Islam merupakan satu cara hidup yang benar dan pasti mendapat petunjuk serta pertolongan Allah swt. Rata-rata kaum Melayu di negara ini menganuti agama Islam dan realitinya kehidupan masyarakat Islam biasanya dikaitkan dengan masjid untuk beribadat dan pusat membudayakan jamaah kariah (perpaduan), komunikasi Islam, nasihat menasihati, kerjasama, memupuk sifat toleransi yang tinggi sesama kariah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Peranan masjid dan kariah telah diperkenalkan oleh baginda Rasullulah saw sejak kurun ke 4 masehi. Masyarakat Islam berjamaah dengan sifat harmoni bagi mengimarahkan masjid yang beteraskan:

  1. Beribadat, terutamanya untuk mendirikan solat lima waktu dan solat Jumaat serta membudayakan hidup cara Islam secara menyeluruh.
  2. Pusat kegiatan agama Islam dan penyebaran dakwah dengan menerima nasihat atau ceramah agama.
  3. Pusat sumber maklumat kariah dengan tujuan meningkatkan komunikasi, kemesraan, persaudaraan serta semangat toleransi yang tinggi sesama kariah.
  4. Menderma dan tolong menolong, bantu membantu meringankan sesuatu masalah sesama kariah.
  5. Melahirkan rasa terima kasih sesama kariah, bergotong-royong menguruskan/mengadakan kenduri kesyukoran dan bertahlil.

UMNO dan PAS merupakan parti politik bagi kaum Melayu di negara ini. Malah kewujudannya saling berkait antara satu sama lain sejajar dengan kehendak majoriti kaum Melayu. Pada awal penubuhannya, persaingan diantara kedua parti ini sehat dan aman, pengikut-pengikutnya boleh duduk semeja, bermesra berjemaah dimasjid dan sebagainya. Tetapi kini telah mula wujud persaingan yang menjurus kepada perpecahan kaum Melayu. Mengapa ianya boleh berlaku? Adakah ini merupakan malapetaka yang menimpa di dalam kehidupan kaum Melayu di negara?
Memanglah pentadbiran masjid-masjid di negara ini dahulu kebanyakkannya ditadbirkan oleh mereka dari kalangan penyokong-penyokong PAS. UMNO merasakan aktiviti-aktiviti masjid di dalam negara berupaya menghapuskan sokongan kaum Melayu terhadapnya, seperti disarankan oleh beberapa pemimpin UMNO. Fanomina ini mengakibatkan banyak masjid-masjid di dalam negara menjadi rebutan diantara penyokong kedua-dua parti ini.
Pada awal Jun 2000 Kerjaan Negeri Selangor pimpinan UMNO telah mengugurkan mereka penyokong-penyokong PAS dari menjawat sebarang jawatan AJK atau pegawai masjid-masjid di seluruh Selangor dan digantikan dengan mereka penyokong-penyokong UMNO. Kerajaan Negeri Terengganu pimpanan PAS turut berbuat demikian, peyokong-penyokong UMNO digugurkan dari menjawat sebarang jawatan AJK atau pegawai masjid-masjid di seluruh Terengganu dan digantikan dengan mereka penyokong-penyokong PAS.
Sejak negara merdeka, tahun demi tahun masjid-masjid diimarahkan, pentadbirnya (AJK dan pegawai) dilantik secara suara/sokongan ramai kariah bagi setiap masjid. Secara amnya pemilihan/lantikan berdasar kepada mereka mahir khusus dibidang agama Islam, iaitu yang arif mengenai hukum-hakam Islam, baik tartil Al-Qurannya (tajwid dan makhraj) dan berakhlak baik (sukar menyakitkan hati insan lain). Adab dan budaya ini dipratikkan sejak zaman kebangkitan Islam pada kurun ke 4 Masehi, bagi menjamin sesebuah masjid beterusan diimarahkan.
Sengketa UMNO dan PAS, pemilihan serta perlantikan AJK dan pegawai masjid dibuat atas dasar mereka yang penyokong setia parti layak dilantik. Abad dan budaya memilih/melantik mereka yang arif di bidang agama Islam bukan kretiria utama. Akibatnya timbullah dua imam di masjid, pulau memulau oleh ahli kariah dan berbagai lagi yang bercanggah dengan Islam.
Kaum Inggeris diterima sebagai kaum yang termaju di dunia. Di Amerika kaum ini ada dua parti, iaitu parti Democratic dan Republican begitu juga kaum Inggeris di United Kingdom ada dua parti iaitu parti Labour dan Conservatives. Kaum Melayu punyai dua parti sejak 1951 iaitu UMNO dan PAS, maka kaum Melayu bolehlah dianggap sudah maju setara dengan mereka. Sepatutnya dengan adanya dua parti bolehlah check and balance bukannya menerbitkan penyingkiran.