Melayu dan Islam
oleh Haizam

Di negara kita ini, sudah menjadi sinonim pula, bila sebut sahaja kaum Melayu, ramailah yang beranggap sudah tentu ianya penganut Islam. Sejak bila perkara ini berlaku?
Menurut sejarah, agama Islam diperkenalkan kepada kaum Melayu sejak abad ke 15 oleh pedagang-pedagang kaum Arab di Melaka. Di ketika itu kerajaan Islam di tanah jajahan Arab telah mula mengalami keruntuhan dan kegelapan, seolah-olah ia merupakan detik peralihan pusat kerajaan Islam kepada kaum Melayu pada zaman tersebut. Sejak daripada itu, kaum Melayu amat berpegang kuat terhadap agama Islam yang dianutinya. Ini dapat dibuktikan semasa penjajahan kaum Barat keseluruh dunia dan berjaya mengkafirkan beberapa kaum yang sebelumnya beragama Islam seperti kaum Sepanyol, tetapi mereka tidak berjaya mengkafirlkan kaum Melayu semasa penjajahan mereka di rantau ini.
Islam mula disebarkan di negara Arab oleh baginda Rasulullah saw pada tahun 610 masehi dan mendapat cabaran/tentangan yang amat hebat dari kaum kafir Quraisy diketika itu. Nabi saw dan penganut-penganut Islam diseksa, dihina, dikeji, diboikot dan diserang. Namun diatas kegigihan mereka, Islam terus tersebar luas dan dapat anuti oleh manusia hampir tiga suku dunia. Kita harus sedar bahawa penyebaran Islam kepada kaum Melayu di abad ke 15, penganut-penganutnya tidaklah menerima cabaran sedemikian rupa, mereka bebas berdakwah, menuntut ilmu dan melaksanakan aktiviti Islam kerana ianya disokong oleh pemimpin (raja pemerintah).
Kini kita berada di era 2000, dan telah pun termaklum bahawa rata-rata penganut Islam, hampir diseluruh dunia diserang, dihina, diboikot dan ditindas. Kita lihat apa yang telah berlaku terhadap penganut-penganut Islam seperti Palestin, Algelria, Iran, Bosnia, Chechen, Afghanistan, Pakistan dan baru-baru ini, Indonesia, Timur Timur pula.
Persoalannya apakah serangan ini akan berlaku terhadap penganut-penganut Islam kaum Melayu?
Cuba renung sejenak dan lihat apa yang sedang berlaku di negara ini, pemimipin-pemimpin Islam negara (para ustaz) telah ada pun yang diseksa(penjara), dihina. Senario politik negara mengakibatkan penganut Islam dan penyokong parti pembangkang telah tidak dapat dibezakan oleh kerajaan. Dalam memboikot pembangkang, penganut Islam juga turut diboikotkan. Aktiviti masjid disekat dengan alasan aktiviti Islam di negara ini, menentang kerajaan. Seolah-olah Islam tidak sesuai lagi bagi kerajaan. Aktiviti Islam yang dibenarkan hanya berbentuk lambang Islam, hebat keduniaan orang Islam dan pemerintahan demokrasi barat, tidak seperti yang disunnahkan oleh Baginda saw. yakni mentauhidkan Allah, membentuk akhlak insan sejagat dan pemerintahan Khalifah.
Pemimpin-pemimpin kaum Melayu berkemelut dengan agenda pepecahan kaum Melayu, malah ada yang membenarkan mencarut dan menunjuk syarat lucah di khalayak ramai!!!
Siapakah pemimpin yang layak bagi memimpin penganut-penganut Islam kaum Melayu di era ini?
Adakah ini merupakan serangan/cabaran terhadap penganut Islam kaum Melayu seperti yang berlaku kepada kaum Arab di zaman Arab jahilliah dahulu berulang kembali?
Bilakah kemelut ini akan berakhir?