Melayu dan PDRM
Oleh Haizam

Berita bahawa tiga anggota Polis Di Raja Malaysia (PDRM) terlibat dalam beberapa kes rompakan dan peras ugut, benar-benar memberi tamparan hebat kepada imej PDRM Malah yang terlibat adalah yang berpangkat Chief Inspektor. Ramai dikalangan masyrakat tertanya-tanya, mengapa ianya boleh berlaku? "Harapkan pagar, pagar makan padi."
Masyarakat memahami bahawa PDRM bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang, memelihara ketenteraman awam, mengekalkan keamanan dan keselamatan, mencegah dan mengesan jenayah dan mengumpul maklumat keselamatan.
Apakah idealisme serta halatuju PDRM sekarang ini pratikal dan objektifnya boleh dicapai?
Benarkah PDRM masih membawa obor aspirasi agama, bangsa dan negara sebagai penaung serta penguatkuasa undang - undang dan keamanan negara?
Masyarakat juga tahu bahawa lebih daripada 80 peratus anggota PDRM di negara, penjawatnya adalah terdiri daripada kaum Melayu, sedikit sebanyak ianya melibat kredibiliti pemipin dari kalangan kaum Melayu. Kita juga sudah menerima rata-rata kaum Melayu di negara ini, beragama Islam. Memandangkan pengalaman dan tanggungjawab anggota PDRM kita mengharapkan lahirnya 'Model' kaum Melayu dari bekas anggota PDRM. Pada logiknya mereka yang berkhidmat dalam sesuatu bidang, semakin lama mereka berkhidmat, semakin ianya berpeluang menjadi insan yang mahir dan pakar, misalnya mereka yang bertugas di dalam PDRM ianya mampu menjurus kepada 'Model' yang penuh penghayatan pengaman atau pimimpin yang berupaya menjaga keselamatan manusia lain.
Persoalannya, apakah yang mendorong sehingga bekas pegawai tinggi PDRM sanggup menjadi ahli lembaga pengarah pusat perjudian?
Dan bagaimana pula ada yang bersikap samseng dan kaki pukul?
Mengapa anggota boleh terlibat dengan kes rasuah, kes rompak, kes peras ugut dan berbagai lagi?
Mengapakah ianya boleh terjadi dan apakah yang mendorongnya?
Mereka sepatutnya mempengaruhi pelanggar undang-undang/penganggu ketenteraman awan supaya tidak berbuat demikian, tetapi sebaliknya ada pula anggota yang terpengaruhi dengan sikap pelanggar undang-undang/penganggu ketenteraman awam.
Kita khuatir kuasa yang diberikan kepada setiap anggota PDRM tidak sejajar dengan nilai pertugas penjaga keamanan. Sejauh mana pihak mereka mengeducate masyarakat?
Paparan yang jelas diakhbar-akhabar dan media TV, tugasan yang berbentuk mencari kesalahan masyarakat, sembunyi dicerok-cerok pakai kamera, scan kenderaan di lebuh raya, buat sekatan mencari kesalahan pemandu, keluarkan surat saman kepada mereka salah parking dengan tidak mengambil kira tempat parking yang mencukupi dan berbagai lagi yang berbentuk mencari kesalahan masyarakat.
Dimanakah aplikasi motto 'Sedia Berkhidmat' dan 'Mesra Cekap & Betul' terhadap masyarakat? Sejauh mana kebenaran ini?
Adakah motto tersebut, hanya digunapakai terhadap pelanggar undang-undang dan penganggu ketenteraman awam?