Make your own free website on Tripod.com

Adakah kita perlu mempercayai semua manusia ?
Harus tidak........
Kita perlu berhati-hati, manusia boleh berpura-pura atau pun pandai berlakun.
Ali bin Abi Talib pernah berkata;
"Aku bukan penipu, tetapi penipu tidak boleh memperdayakan aku."
Kita perlu mendengar kata orang lain, disamping itu kita perlu juga menyelidik dan mengesahkan.
Terutamanya diketika membuat keputusan dan mengambil tindakan, dengan kata lain, kita perlulah memeriksa-balas terhadap maklumat yang diterima.

Kata Ahli Fikir
"Insan yang berfikiran besar memperkatakan ilmu.
Insan yang berfikiran sederhana memperkatakan peristiwa.
Insan yang berfikiran rendah memperkatakan manusia.
Insan yang berfikiran cetek memperkatakan dirinya sendiri"

Kata sahabat...
"Jika engkau berbakti kepadanya, Ia akan melindungi mu.
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya ia akan membalas baik persahabatan itu.
Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya ia akan membantu mu.
Jika engkau menghulurkan kebaikan kepadanya ia akan menerima dengan baik.
Jika ia mendapat sesuatu kebajikan dari mu ia akan menghargai atau menyebut kebaikan mu.
Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik dari mu, ia akan menutupnya.
Jika engkau meminta bantuan darinya ia akan mengusahakannya.
Jika datang bencana menimpa diri mu, ia akan meringankan kesusahan mu.
Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia kan membenarkannya.
Jika engkau merancang sesuatu nescaya ia akan membantu mu.
Jika kamu berdua beselisih faham nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan."

Kata teman...
"Berteman dengan mereka yang tahu dan sedar dirinya tahu,
mendorong kita meneladaninya dan selalu dinasihati.

Berteman dengan mereka yang tahu, tetapi tidak sedar dirinya tahu,
kita kena rajin bertanya kepadanya.

Berteman dengan mereka yang tidak tahu, tetapi berlagak tahu,
besar kemungkinan kita meniru sikap buruknya.

Berteman dengan mereka yang tidak tahu dan sedar dirinya tidak tahu,
mendorong kita supaya mahu belajar".

Kata penulis.....
"Budi bahasa adalah tindakan yang mempamerkan perilaku mulia atau akhlak manusia yang bertamadun dengan berbekalkan laras bahasa yang menyenangkan hati."

Kata penulis.....
"Kebaikan diri bermula dengan penyucian hati
dan keikhlasan budi yang berpangkalkan ilmu dan penyelidikan."

Maksud Hadis
Berkata Abu Dzarr RA: "Aku telah bertanya kepada Rasulullah SAW, katanya, "Ya Rasulullah, masjid manakah yang pertama-tama dibangunkan di bumi ini ?". Rasulullah SAW menjawab; "AL-Masjidul Haram." Aku bertanya lagi; "Setelah itu apa?" Rasulullah SAW menjawab; "Al-Masjidul Aqsa." "Berapa lama selang antara keduanya?" Rasulullah SAW menjawab; "Empat puluh tahun." Kemudian beliau bersabda lagi; "Maka di mana sahaja kamu berada di waktu masuk waktu solat, laksanakanlah solat di tempat itu. Itulah masjidnya."

Maksud Hadis
Rasullah saw bersabda yang bermaksud:
"Barang siapa ingin menjadi terkuat, hendaklah bertawakkal kepada Allah.
Barang siapa ingin dirinya menjadi orang yang paling mulia,
hendaklah bertawakkal kepada Allah.
Barang siapa ingin dirinya menjadi orang yang paling kaya,
hendaklah lebih mempercayai kekuasan Allah daripada kekuasaan dirinya."

Maksud Hadis
Riwayat Al-Termizi; "Orang mukmim yang sempurna imamnya adalah yang terbaik budi pekertinya dan lemah lembut kepada keluarganya dan sebaik baik kawan, ialah yang baik kepada isterinya"

Ucapan pertama Sayidina Abu Bakar RA ketika dilantik menjadi Khalifah:
"Sesungguhnya aku diamanahkan mengendali urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik dikalangan kamu. Maka tolonglah aku, kalau aku baik ikutilah. Tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku."

Berkata Saidina Umar Al-Khatab:
"Aku telah lihat berbagai-bagai jenis perisai,
tetapi tidak ada satu pun yang sekukuh perisai lidah.
Aku telah lihat semua jenis pakaian,
tetapi tidak ada satu pun yang seindah pakaian wara.
Aku telah lihat semua jenis kekayaan,
tetapi tidak ada satu pun yang setanding dengan kekayaan hati.
Aku telah lihat semua kebajikan,
tetapi tidak ada satu pun yang lebih utama daripada memberi nasihat.
Aku telah rasa semua jenis makanan,
`tetapi tidak ada satu pun yang lebih lazat daripada sabar."

Berkata Abu Darda:
"Aku cintakan kemiskinan agar dapat merendahkan diri, "Aku cintakan kesakitan agar dapat dosa-dosaku diampunkan, Aku cintakan kematian agar dapat bertemu Allah."

Berkata Ibnu Mas'ud:
"Kebinasaan itu berlaku pada dua perkara:
Putus asa dan Bangga diri."

Berkata Ulamak
"Bila malas melakukan ibadah tanda diri telah dibelenggu dosa
Bila solat tidak khusyuk tanda hati terpaut dengan dunia"

Berkata Ulamak
"Bersahabat dengan Tuhanmu, taati perintahnya
Bersahabat dengan manusia, turuti nasihatnya
Bersahabat dengan nafsu, jauhi keinginannya."

Berkata Ulamak
"Iman sentiasa selamat dan sempurna hanya kepada insan yang bertawakkal kepada Allah swt."