Make your own free website on Tripod.com

Benarkah PAS selewengkan fatwa
A. R. RIZUAN
JIKA benar terdapat kesungguhan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paduka Dr Hamid Othman untuk menghadapkan parti PAS ke mahkamah seperti yang dilaporkan oleh media massa. pada 8 Febari 2000 lalu kerana kesalahan mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan akidah dan syariat Islam, maka ia pasti akan menjadi satu lagi detik hitam kepada perjalanan Sistem demokrasi di Malaysia.
Manakala parti PAS akan mencatat sejarah sebagai parti politik pertama menghadapi pendakwaan mahkamah semenjak Malaysia merdeka kerana fatwa yang menyeleweng dari hukum Islam dan ajarannya. Peristiwa yang hampir sama sebelum ini pernah berlaku kira-kira 52 tahun lalu apabila Hizbul Muslimin diharamkan oleh pihak berkuasa British kerana dituduh menggunakan dasar Islam yang ekstrein bagi memperjuangkan pembebasan Tanah Melayu daripada belenggu penjajah.
Tetapi dari sudut kajian sejarah, sebab sebenar ia diharamkan adalab bertujuan untak memberi ruang dan peluang secukupnya kepada British mendidik orang Melayu Islam menubuh serta memantapkan organisasi mereka yang berteraskan ideologi sekulur Barat sebelum menyerahkan kemerdekaan kepada kerajaan yang dibentak oleh rakyat tempatan.
UMNO yang ditubuhkan pada tahm 1946 dan berideologi nasionalisme sekular menepati cita-cita British tersebut. Strategi British menjadi lebih berjaya apabila tokoh-tokoh agarna Hizbul Muslimin yang tiada pilihan lain untak memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu menyertai UMNO dan menerima prinsip perjuangmya.
Tetapi pada awal 1950an, akibat pencanggahan besar kehendak tokoh-tokoh agama ini yang ingin mendaulatkan hukum-hukum Islam sebagai sebahagian daripada undang-undang Malaya sebelum dan selepas merdeka yang tidak dipersetujui oleh kepimpinan UMNO, maka sebahagian besar daripada mereka meninggalkan, parti itu.Mereka menubuhkan Persatuan Islam Se-Tanah Melayu pada 1951 yang kemudian menukar namanya kepada Parti Islam Se-Malaysia atau pun PAS.
perpaduan
Dekad demi dekad selepas itu, tidak seperti lambang dan benderanya yang berwarna putih dan hijau menyegarkan, perjuangan PAS lebih banyak diwarnai dengan darah dan tragedi dahsyat. Lima puluh tahun setelah versi pertama PAS, Hizbul Mushmin diharamkan, kini pada tahun pertama Alaf baru, agenda untak menyekat perjuangannya berulang kembali.
Tuduhan ke atasnya juga hampir serupa: ekstremis agama, penyebar ajaran sesat dan memecah-belahkan perpaduan masyarakat. Andainya PAS didapati bersalah melakukan perkara-perkara tersebut serta melanggar undang-undang syariah kerana menyelewengkan akidah Islam maka ia pasti akan diharamkan. Para pemimpinnya juga akan dibicara di atas pelbagai tuduhan yang mungkin menerima hukum denda atau pun penjara
Untuk mengharamkan sesebuah pertubuhan Islam bukanlah usaha yang sukar. Lebih-lebih lagi jika kerajaan tidak mengingininya untak terus aktif. Kerajaan separa tentera di Turki menggunakan peruntukan Perlembagaan sekular Turki bagi mengharamkan parti Refah yang beridelogi Islam pada 1997 dan menyingkirkan dari terus memerintah Turki dengan alasan pelaksanaan sistem Islam tidak sesuai dan mencabul perlembagaan
Di Algeria, kerajaan tentera dengan sokongan Perancis membatalkan keputusan pilihan raya pada pertengahan tahun 1990-an yang memenangkan parti Islam FIS lalu menghalang tokoh tokohnya dari menjadi pemerintah serta memenjarakan mereka dengan tidak mengemukakan sebarang alasan.Walau bagaimanapun, kerajaan Barisan Nasional (BN) di Malaysia mustahil akan bertindak sebegitu tegas. Tindakan secara kediktatoran hanya akan memusnahkan suasana ekonomi Malaysia yang sedang berkembang subur. Atau menyebabkan pelabur-pelabur industri 'kebebasan mutlak maklumat' di MSC melarikan diri.
Kemusuahan ekonomi pasti akan dituruti kekecewaan yang amat sangat kepada etnik Cina yang dijanjikan terus-menerus menikmati suasana ekonomi terbaik sekiranya mereka kekal menyokong BN. Akibat yang mengerikan adalah pembelotan undi etnik Cina dari BN pada pilihan raya yang akan datang
palsu
Dari segi membuktikan tuduhan pula, kerajaan BN tetap menghadapi kesukaran untak mengenakan hukuman berat be atas PAS dan menghujahkan kewajaran tindakannya. Setakat ini apa yang dituduh fatwa palsu dari PAS boleh dibuktikan sebagai pendapat biasa para ulama dalam menerangkan hukum-hukum Islam.
Sebahagiannya bersumber daripada hukum-hakam yang sahih terdapat di dalam al-Quran dan yang lain adalah fatwa-fatwa yang diwartakan atau diterima oleh Majlis Fatwa Malaysia sejak dahulu lagi. Misalnya berkenaan hukum hudud, dosa. dan pahala, batas-batas di antara, iman dan kufur dan sebagainya
Sekiranya pendakwaan diteruskan juga dan berlaku perdebatan di mahkamah dikhuatiri ia hanya akan memalukan UMNO dan mendedahkan hujah tokoh serta parti mana sebenamya yang lebih relevan serta sesuai dengan landas hukum Islam dan syiarnya.
Strategi terbabit terlalu berbahaya kepada UMNO dan menghakis habis-habisan kredibiliti tokoh-tokohnya yang berpendidikankan agama. Ada kemungkinan strategi lain yang lebih waras dan banyak diamalkan dalam percaturan politik UMNO akan digunakan di dalam situasi ini. Imej PAS setelah tragedi Memali pada 1985 yang mengorbankan 13 orang aktivisnya berjaya dihitamkan oleh kerajaan bukan melalui perbicaraan mahkamah tetapi propaganda kebencian yang ditanam pemerintah ke daIam jiwa rakyat yang menyamakan orang PAS sebagai pembunuh, fanatik ajaran sesat dan pemberontak sayap kiri yang berjuang secara subversif.
Strategi ini memperlihatkan keberkesanannya ketika krisis dalaman UMNO tercetus pada 1987 yang mengakibatkan Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Partl Melayu Semangat 46 (S46). Sama ada Tengkul Razaleigh mahu pun partinya tidak dapat pergi jauh di dalam politik serta pilihan raya tahun 1990 apabila ia bergabung dengan PAS
Biarpun setelah sedemikian banyak keburukan kerajaan pimpinan Dr Mahathir didedahkan di dalam ceramah-ceramah politik mereka. Strategi yang sama jika digunakan secara bijak mungkin berupaya. menghitamkan sekah lagi imej PAS dan menjauhkan sokongan rakyat tanpa bersusah-payah mendakwanya di mahkamah
Namun terdapat pelbagai faktor penting lain yang membantu UMNO melepasi ujian getir tahun-tahun 1990an itu. Faktor utama adalah kekuatan pengaruh politik aliran Islam yang diterajui oleh Anwar Ibrahim di dalam UMNO.
nasionalis
Islam ala Anwar atau ala UMNO dilihat jauh lebih sederhana berbanding Islam PAS serta menarik sokongan sebahagian besar orang-orang Melayu-Islam yang prokemodenan. Parti PAS pula belum pulih dari kelemahan dalamannya yang masih dikuasai saki-baki golongan nasionalis agama dan kepimpinan ulama belum sepenuhnya menjadi penggerak parti
Pada tahun 2000 kelebihan tersebut tidak lagi memihak kepada UMNO. Malah imej kredibiliti serta akauntabiliti UMNO pula yang jatuh ke tahap krisis akibat dari pendedahan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa tokoh-tokoh parti tersebut secara berterusan oleh pembangkang. Adalah terlalu sukar melalui langkah pendakwaan atau memburuk-burukkan imej PAS yang diusahakan oleh para pemimpin UNNO kali ini mampu menghasilkan kesan sama jayanya. terhadap rakyat seperti tahun tahun 1985 hingga 1990 lalu
Para pemimpin UMNO wajar insaf agar tidak berterusan dibuai mimpi dan kegemilangan silam. Juga. tidak sekali-kali cuba menghidupkan kembali strategi masa lalu yang berjaya mencipta kebencian umum terhadap PAS yang kaedah serata pendekatannya sudah tidak lagi diterima rakyat. Tetapi malangnya parti yang mengakui pemimpinnya memiliki daya intelek bertaraf antarabangsa serta berfikiran melampaui zaman itu tetap juga menggunakan strategi-strategi lapuk sejak berpuluh-puluh tahun lalu.
Slogan-slogan lama dosa-dosa. PAS ke atas UMNO diungkit-ungkit dan diberi nafas baru menjelang pilihan raya ke-10 lalu. Misalnya : PAS kafirkan UMNO, PAS anti pembangunan. Kemudian selepas pilihan raya dicipta pula slogan baru yang tidak jauh beza dan tujuannya seperti PAS itu Islam, Islam itu PAS, Undi PAS masuk syurga.
Pemikiran orang Melayu sudah jauh berubah dan matang. Mereka berubah mengikut arus zaman dan kemajuan pesat ilmu pengetahuan serta teknologi. Keputusan pilihan raya ke-10 adalah bukti nyata. UMNO parti terbesar bangsa. Melayu memiliki 2.7 juta ahli hanya mendapat 900 ribu undi manakala PAS yang ahlinya sekitar 800 ribu sahaja mendapat 1.2 juta undi.
Ia menunjukkan secara mudah kehilangan kepercayaan orang Melayu kepada UMNO. Orang Melayu tidak lagi yakin dengan hujah-hujah ketinggalan zaman para pemimpin UMNO dan media arus perdana yang mendukungnya sama ada dalam isu ekonomi, politik atau sosial.
Dalam erti kata yang lebih tegas, UMNO sudah tidak terlalu diharapkan Iagi untuk memerintah negara dan membawa. kesejahteraan kepada rakyat. Ia juga sudah tidak boleh memperkecilkan rekod PAS mahu pun parti pembangkang lain dan kekuatan yang ada pada mereka. Kempen-kempen PAS diterima sebagai hujah intelek, canggih dan menepati cita-rasa politik rakyat yang terkini.
Sementara propaganda UMNO dan strategi mereka yang hilang keampuhannya. dengan gaya dan pedekatan tahun-tahun 60-an hingga 70-an yang memaksa rakyat mempercayai hujah bulat-bulat tanpa sebarang bukti atau dalil yang rasional telah gagal.
Tuduhan demi tuduhan serta tindakan undang-undang ke atas PAS yang tidak henti-henti hanya. akan mendedahkan sikap pembuli dan kebudak-budakan pemimpin UMNO yang akan menyemarakkan lagi rasa tidak puas hati rakyat kepada parti itu. la tidak langsung berguna untuk memulihkan imej UMNO yang telah sedia tercemar.
Adalah lebih baik UMNO menumpukan perhatian bagaimana menguatkan kembali organisasinya yang cedera parah daripada mencuba bermati-matian untuk melumpuhkan lawan yang semakin membesar dan perkasa.UMNO perlu berundur buat sementara dari medan perang dan menyusun kekuatan. Malangnya, sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini ia kekal meneruskan serangan dan seorang demi seorang tenteranya gugur.
Tidak kurang yang lari dari pasukan dan meletakkan terus senjata atau berpaling menyertai pembangkang. Satu soalan yang menarik Berapakah lagi jumlah tentera/ahli UMNO yang masih tinggal ketika pilihan raya ke-11 diadakan kelak?