PAS DAN MELAYU
Oleh Haizam

    Sejak akhir-akhir ini, PAS semakin popular dikalangan kaum Melayu. Ramai yang dahulunya UMNO kini berubah ke PAS. Malah berkemungkinan besar PAS dapat mengugat UMNO dipilihanraya akan datang.
Sejauh manakah PAS benar-benar menjadi alternitif kepada kaum Melayu?
Apakah perubahan yang telah berlaku di dalam politik PAS sehinggakan tiba-tiba sahaja ianya menjadi sedemikian?
Dasar PAS terhadap kaum Melayu masih seperti dahulu, cuma perubahannya pada dasar terbuka dan boleh berkerjasama dengan kaum Cina, India dan lain-lain (daripada parti DAP, Keadilan dan PSRM) diatas tiket BA.
   

    Pilihanraya ke 10 negara dibuat pada 29.11.1999. Kerajaan berura-ura bagi mengadakan pilhanraya ini sejak awal bulan September 1998, namun PAS terus berkempen walau pun tarikh sebenar belum diumumkan. Bendera-bendera PAS dipasang, ceramah-ceramah umum dibuat hampir setiap malam di seluruh negara. Nah lihatlah hasilnya, sesuai dengan kegigihan terhadap usaha mereka dalam tempuh kurang lebih setahun itu. UMNO yang dikatakan punyai ramai pemimpin berwawasan, terlepas pandang perkara ini, malah ada yang berkata, "Biarkan bendera-bendera mereka sehingga reput."  Ini membuka ruang PAS untuk terus berkempen dan meningkatkan jumlah penyokongnya dari kalangan kaum Melayu. Parti UMNO hanya berpeluang berkempen kira-kira sebulan sahaja, ditambah pula dengan ucapan-ucapan yang memburuk serta memperlekehkan pemimpin PAS. Ini membangkitkan kemarahan kepada UMNO sambil meraeh simpati terhadap PAS oleh orang-orang Islam kaum Melayu.


    Kita juga sedia maklum bahawa perkara ini berpunca dengan pemecatan TPM sdr. Anwar oleh PM. Ia dituduh bermoral rendah, meliwat lalu ditangkap dan disumbatkan ditahanan polis bagi menunggu hari penbicaraan. Tapi sebelum penbicaraan dibuat, ia telah dikatakan bersalah oleh PM "saya ada bukti kukuh," katanya. Ini diikuti pula dengan penderaannya sehingga lebam-lebam dimata dan di muka oleh Ketua Polis Negara semasa di dalam tahanan, dan PM menuduh pula bahawa penderaan ini dibuat  olehnya sendiri. Ramai kalangan daripada kaum Melayu sangsi terhadap keadilan dan kejujuran PM. Populariti sdr. Anwar telah berjaya menyaingi kedudukan PM. tiba-tiba jatuh tersungkur dituduh meliwat, kes ini sukar diterima umum. Ramai dari kalangan kaum Melayu mengharapkan keadilan ini dituntuti dan harapan mereka kepada parti PAS.
   

   Agenda pemimpin-pemimpin negara ialah untuk meningkatan ekonomi, menjamin keamanan serta kestabilan kaum-kaum di negara ini. Mengikut sejarah dan teorinya siasah atau politik Islam yang disarankan oleh PAS dapat menjamin perkara tersebut. Cuma keberkesanannya maseh kabur dan kurang jelas, kita maseh ternanti-nanti model ini. Kalau kita lihat akan politik Islam Pakistan sudah lama kecundangnya, bagitu juga politik Islam Afghanistan, sehingga sekarang kestabilan dan keamanan tidak tercapai.

   Ketika inilah masanya  PAS  sepatutnya menumpukan serta memberi penerangan terhadap  panduan-panduan dan kaedah-kaedah siasah/politik Islam di dalam ceramah-ceramah PAS. Keadaan ini membuka peluang bagi PAS untuk terus maju. Kita dapat saksikan beribu-ribu orang hadir disetiap ceramah PAS. Cuma yang sedihnya syarahan yang disampaikan berbentuk "mematah kata" pemimpin kerajaan, bukannya berbentuk panduan serta kaedah kearah peningkatan ekonomi, kestabilan kaum dan menjamin keamanan. Kaum Melayu telah ramai berminat kearah ini, semoga panduan-panduan yang disampaikan dijadikan 'homework' serta membuka minda apabila pulang dari ceramah-ceramah PAS tersebut. Sudah sampai masanya PAS berusaha, gunakan peluang yang ada bagi membangun raayat kearah kerajaan Islam Malaysia. TAKBIR!!!