PAS vs UMNO
Satu analisis
Oleh Abdullah bin Abdul Karim

Apabila kita membicarakan tentang politik Melayu moden pasca-merdeka, maka kita tidak boleh mengelak bagi membincangkan tentang dua parti siasah Melayu yang terbesar iaitulah PAS dan UMNO. Orang Melayu di negara ini seolah-olah sudah mempercayai bahawa kalau ingin berjuang di medan politik maka pilihan yang ada hanyalah PAS dan UMNO.
Parti yang ketiga yang cuba bertindak selaku alternatif biasanya tidak boleh survice dan akhirnya akan mati begitu sahaja.Inilah yang terjadi pada beberapa buah parti lain, antaranya Parti Negara yang diasakan oleh Dato' Onn Jaffar yang hanya sempat bertanding dua kali dalam Pilihan Raya Umum.
Bagitu juga yang menimpa pada Parti Melayu S46 yang diasakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Selepas melalui dua pilihan raya, akhirnya terpaksa dibubarkan, walaupun pada zahirnya PMS46 punyai pimpinan yang berkelibar dan berpengaruh.
Tulisan ini bukanlah bermaksud untuk melihat secara lansung senario yang berlaku dalam politik Malaysia sekitar kebelangan ini tapi ianya lebih berupa kupasan terhadap perjuangan PAS dan UMNO dan menelusuri sejarah pertentangan keduanya disamping mengkaji punca utama konflik di antara kedua parti ini.
UMNO ditubuhkan dalam tahun 1946 hasil daripada keputusan Kongres Politik Melayu yang pertama di Kuala Lumpur. Penubuhan ini kemudian disahkan di dalam kongres Melayu yang kedua yang diadakan di Istan Johor Bahru pada bulan Mei 1946 dengan hasrat untuk mempertahankan ketuan Melayu dan mendapat kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
Pimpinan UMNO pada ketika itu adalah dari kalangan bagsawan Melayu dan juga golongan cerdik pandai Melayu yang berkhidmat dengan kerajaan British.
Pas boleh dikatakan sebagai sebuah parti serpihan dari UMNO apabila segelintir ulama yang berada dalam UMNO yang tidak berpuas hati dengan UMNO, khususnya dalam isu mewujudkan judi loteri. Ketegasan tokoh ulama menolak kewujudan judi yang diharamkan oleh Islam, mendorong mereka meninggalkan UMNO.
Lantas hasil dari Persidangan Alim Ulama Tanah Melayu kali kedua yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur, pada 15 Ogos 1951 telah bersetuju untuk menubuhkan Persatuan Ulama yang terpisah dari UMNO.
Beberapa bulan kemudian ianya menjadi Persatuan Islam Se-Tanah Melayu dan Tuan Haji Ahmad Puad selaku bekas ketua Biro Agama UMNO menjadi Peridennya yang pertama.
Sebenarnya penubuhan PAS ini adalah merupakan kesinambungan dan perjuangan Hizbul Muslimin yang ditubuhkan pada tahun 1948, tetapi diharamkan oleh British tidak lama kemudian.
Sejak dari pilihan raya yang pertama dalam tahun 1955, UMNO selaku parti yang mewakili orang Melayu tidak pernah tewas dalam setiap pilihan raya umum, meskipun pertandingan diatas tiket Perikatan yang menggabungkan UMNO-MCA-MIC (selepas 1974 dikenali sebagai Barisan Nasional).
Sungguh oun demikian UMNO pernah kehilangan kuasa di Terengganu (1959-1962 dan 1999-kini) dan di Kelantan (1959-1977 dan 1990-kini). Kesemuanya ditangan PAS, UMNO dan juga PAS pernah bergabung dalam kerajaan campuran selepas peristiwa 13 Mei 1969 diatas dasar kepentingan Melayu. Selepas PAS 'ditendang' dari BN pada 1977, PAS terus meneruskan perjuangan Islamnya hingga ke hari ini.
PAS tidak pernah berpeluang memenangi pilihan raya di peringkat persekutuan tetapi diberi mandat untuk memerintah Kelantan dan Terengganu. Atas sebab dasar perjuangan yang berteraskan Islam, PAS bertapak kukuh di negeri-negeri 'the malay heartland' seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu.
Pokok pertentangan PAS-UMNO sejak dari dahulu lagi untuk membuktikan siapa yang paling mampu memperjuangkan Islam dan membela kepentingan Melayu. Biasnya kecaman PAS keatas UMNO ialah sekitar isu UMNO tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam dan tidak mampu membela nasib orang Melayu.
Dalam membincangkan mengenai komitmen PAS dan UMNO dalam perjuangan menegakkan Islam, saya lebih suka merujuk kepada perlembangaan kedua-dua parti selaku undang-undang dasar yang menjadi asas halatuju perjuangan kedua mereka.
Fasal 5 Perlembagaan PAS menyatakan bahawa tujuan PAS adalah untuk memperjuangkan sebuah masyarakat dan pemerintahan di dalam negara ini yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Isalam dan juga mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Selanjutnya di dalam Fasal 6 dinyatakan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk merealisasikan tujuan diatas, antaranya dengan menyeru umat manusia kepada Syariat Allah dan Sunnah Rasul-Nya sama ada melalui lisan, tulisan dan amalan.
Manakala di dalam perlembagaan UMNO pula perkara-perkara berkaitan dengan tujuan penubuhan UMNO yang berkaitan secara lansung tentang usaha memperjuangkan Islam ada diperuntukkan di dalamFasal 3(2) dan (3). Fasal 3(2) menyatakan bahawa UMNO menyokong Perlembagaan Persekutuan dan negeri serta mempertahankan prinsip yang terkandung di dalamnya terutamanya mengenai Agama Islam.
Dalam Fasal 3(3) pula, UMNO akan berusaha mempertahankan, menegak dan mengembangkan Islam selaku agama resmi negeri dan membenarkan kebebasan beragama.
Kalau di buat perbandingan disini, PAS secara jelas menyatakan bahawa tujuan PAS ditubuhkan adalah untuk memperjuangkan agar tertubuh sebuah negara yang terkandung didalamnya pemerintahan berasaskan Islam dan Islam yang dimaksudkan disini ialah Islam yang syumul dan tafsirannya tidak terbatas kepada takrif Islam didalam perlembagaan Islam.
Tambahan pula Fasal 3 Perlembagaan PAS menyebut bahawa dasar PAS adalah Islam. Berbeza dengan UMNO yang menyokong peruntukan Perlembagaan Persekutuan terutamanya Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan.
Di sini timbul satu persoalan besar, apakah maksud Islam sebagai agama Persekutuan? Apakah ini bererti Islam menjadi undang-undang utama dalam negara dan meliputi setiap aspek kehidupan? Ataupun hanyalah sekadar menjadi agama yang utama dalam majlis-majlis rasmi sahaja?
Persoalan berhubung dengan maksud Islam sebagai Agama Persekutuan ini telah pun dijawab bila mana Mahkamah Persekutuan telah memberi taksiran terhadap perkataan 'Islam' tersebut.
Tun Salleh Abbas selaku Ketua Hakim Negara, pada tahun 1988 di dalam kes Che Omar Che Soh v. Pendakwaraya, telah memutuskan maksud peruntukan dalam Perkara 3(1) sebagaimana yang diniatkan oleh Reid Commission selaku pengubal Perlembagaan Persekutuan ialah terbatas kepada perkara-perkara dan majlis-majlis rasmi sahaja dan bukanlah bererti bahawa agama Islam menjadi undang-undang tertinggi di dalam negara.
Kalau dilihat dari perspektif ini, seolah-olah UMNO hanya memperjuangkan Islam sebagaimana yang dibataskan oleh Perlembagaan Persekutuan dan bukanlah untuk dijadikan Islam sebagai peraturan yang tertinggi yang merangkumi seluruh aspek kehidupan.
Namun sepanjang 43 tahun pemerintahan BN telah banyak agenda Islam yang dilaksanakan kerajaan seperti perlaksanaan Penerapan Nilai-Nnilai Islam, penubuhan Universiti Islam Antarabangsa, pengenalan sistem perbankan Islam dan lain-lain lagi.
Sungguhpun begitu ia masih lagi mendapat kecaman di kalangan tertentu terutama PAS yang beranggapan bahawa UMNO tidak mempunyai political will dalam soal melaksanakan Islam secara menyeluruh, bahkan segala yang dilaksanakan hanyalah untuk political milage dan political survival bagi UMNO sendiri dan bukanlah kerana ingin melihat Islam didaulatkan.
PAS walaupun tidak pernah berpeluang memerintah negara ini, PAS seolah-olah cuba membuktikan bahawa mereka lebih bersungguh-sungguh menegakkan Islam terutama bila berjaya memerintah Kelantan selepas pilihan Raya 1990. Contihnya pada tahun 1993 Dun Kelantan telah meluluskan Enakmen Undang-undang Islam (II) Negeri Kelantan yang mengandungi hukuman kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan selaku undang-undang tertinggi dalam negeri.
UMNO kalau dilihat perjuangan disekitar tahun 1960-an dan 70-an, lebih banyak mecanangkan agenda perjuangan nasionalsme Melayu dan agak kurang memperkatakan tentang komitmen untuk menegakkan Islam walaupun ianya dijalankan secara beransur-ansur.
PAS pada era tersebut, sunguhpun mengaku sebagai sebuah Jemaah Islam yang mempertahankan Islam juga tidak begitu jelas agenda Islamnya dan lebih banyak bersaing dengan UMNO untuk membuktikan bahawa mereka lebih mampu mempertahan ketuanan Melayu.
Pimpinan utama PAS ketika itu bukanlah terdiri daripada kalangan ulama tetapi golongan yang berpendidikan sekular dan berjiwa nasionalis yang bersendikan Islam seperti Dato' Asri Muda dan Dr. Burhanuddin Al-Helmi.
Ini telah menyebabkan golongan ulama dalam PAS memberi tekanan terhadap Dato' Asri selaku YDP PAS hingga menyebabkan Dato' Asri meletakkan jawatan dalam tahun 1983 dan selepas itu muncullah 'Era pimpinan Ulama' dalam PAS hingga ke hari ini.
Sesetengah pengkaji politik berpendapat keadaan ini timbul hasil dari kegelisahan ahli PAS sendiri yang merasakan PAS akan tersudut dalam era kebangkitan Islam (Islamic Resurgence) jika PAS tidak mengubah corak pendekatannya. Tambahan pula UMNO di bawah kepimpinan Dr. Mahathir Mohamad kelihatan begitu bersungguh melaksanakan penerapan nilai Islam yang sekaligus merupakan ancaman terhadap PAS.
Kemasukan bekas Presiden ABIM, Anwar Ibrahim ke dalam UMNO cukup mengecewakan ahli PAS dan tambah memeritkan PAS. Oleh itu reformasi kepimpinan PAS adalah tepat pada waktunya untuk terus melayakkan PAS bersaingan dengan UMNO. Peranan Anwar dalam UMNO, selaku bekas peminpin gerakan Islam terkemuka telah dimanafaatkan sepenuhnya untuk menampilkan citra Islamik, di dalam UMNO sendiri.
Tambah malang bagi PAS bilamana ABIM yang sebelum ini kelihatan condong terhadapnya, telah mula bersifat lunak terhadap kerajaan. Bagitu juga dengan JIM (dahulunya dikenali sebagai IRC) juga telah bersikap positif terhadap kerajaan.
Walaupun PAS bersaorangan, ia tidak menghakis sokongan masyarakat terhadap PAS, tambahan pula PAS mempunyai pimpinan berwibawa yang bukan sekadar the puppet leadership.
Walaupun UMNO kelihatan kuat, tetapi UMNO mengalami krisis yang berpanjangan hasil dari the jostling of power yang berlaku di dalam kewujudan team atau faction di dalam UMNO telah menjadi an open secret walaupun sentiasa dinafikan oleh mereka. Kekuatan UMNO ialah sikap pragmatik UMNO sendiri yang sentiasa berubah mengikut kesesuaian.
Suasana politik negara masakini terutama selepas pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan pasca pilihan raya 1999 merupakan detik yang sukar buat UMNO kelihatan terhakis pengaruhnya dikalangan orang Melayu. Sokonagn orang Melayu terhadap UMNO hanya tinggal sekitar 36 peratus sahaja.
Kumpulan Islam seperti JIM dan ABIM yang sebelum ini banyak membantu UMNO dalam menghadapi PAS telah kembali bergabung dengan PAS. Majoriti orang Melayu mungkin melihat senario-senario yang berlaku sebelum dari pilihan raya tersebut sebagai indicator bahawa agenda Islam yang dibawa oleh UMNO hanyalah sebagai tempelan dan bukanlah melambangkan kesungguhan UMNO untuk memertabatkan Islam.
Ulama-ulama terkemuka yang luas pengaruhnya di dalam masyarakat telah turun ke medan untuk menentang UMNO. Dalam suasana yang wujud sekarang UMNO seolah-olah bersaorangan untuk menjayakan aspirasi Islamnya. Tentulah yang paling mendapat mendapat keuntungan dari situasi ini ialah PAS selaku seteru politik UMNO.
PAS sekarang sudah berjaya memperlihat imejnya selaku gerakan Islam yang dinamik dan progressif bilamana berjaya mengabungkan para ulama dan kalau UMNO ingin terus menjadi tunjang dalam pmerintahan negara, UMNO perlu berubah dan membuang segala macam elemen negatif yang menjauhkannya dari rakyat.
Rakyat terutamanya umat Islam di negara ini tidak lagi sangguh untuk terus melihat perselisihan dan perpecahan disebabkan berbezaan fahaman politik. Kedua-dua pihak; PAS dan UMNO harus mencari formula penyelesaian dengan merujuk kepada ajaran Islam sebenar agar umat Islam di negara ini bersatu dan mendapat keredaan dari Allah Taala.