PERMATA

Sebutir batu permata jenis Chantoyant Quarts ( Cat's Eye) telah mengejutkan pemiliknya baru-baru ini.  Batu permata tersebut apabila dipancari cahaya, 'Star'nya mengukir Kalimah Allah.   Apa yang menghairankan ialah ketika mana permata tersebut yang dibeli dari Negeri Myammar,dahulunya tidak memperlihatkan sebarang perbezaan dari permata yang sejenis dengannya.  

Menurut pemiliknya yang juga merupakan Pengasas dan Pengurus muzium persendirian Koleksi Nurul A'la, Safuan Abu Bakar , beliau berkunjung ke Myammar  pada 13 Jun 1998 bagi menjejaki sejarah kedatangan agama Islam di negara tersebut.

Setelah menziarahi makam-makam para Wali dan peninggalan sejarah yang lain di sekitar Yanggon, beliau di bawa membelibelah di Bazar Yanggon.  Di bazar tersebutlah beliau membeli beberapa butir batu permata.   Sebagaima yang diketahui umum bahawa Myammar merupakan pengeluar batu permata yang bermutu tinggi, terutama permata yang diperolehi dari daerah Mogok.  

" Apa yang  kelihatan ialah Kebesaran Allah yang menyata pada ciptaan-Nya", ujar Safuan yang amat bersyukur terhadap kurniaan Allah tersebut.

Berita penemuan ajaib itu telah disiarkan dalan warta berita Bulitin Utama T.V. 3 bertarikh 19 Jun 1998.  Permata Kalimah Allah yang bersaiz 1.5 x 1 cm itu kini di pamerkan untuk tatapan umum di muzium Koleksi Nurul A'la .

Muzium Koleksi Nurul A'la
3842, Lorong Beringin Batu 17,
Kuang 48050
Selangor Darul Ehsan Malaysia.