Perpecahan Kaum Melayu
Suatu perbincangan
Kehidupan beragama Islam berperanan bagi membentuk perpaduan serta keamanan di dalam sesebuah masyarakat. Islam mula disebarkan di negara ini sejak kurun ke 14 Masehi, ianya terus dihayati oleh hampir keseluruhan masyarakat Melayu. Kini telah 500 tahun berlalu, Islam bagi masyarakat Melayu telah berpecah, seperti Islam PAS, Islam UMNO, Islam Tabgligh, Islam Tarikat, Islam Syiah, Islam Arqam(dulu-dulu) dan lain lain. Ditambah pula dengan keruntuhan- keruntuhan akhlak kaum Melayu, seperti penglibatan dalam pengalahan penggunaan dadah, bosia, bohjan, perogol, sex bebas, membuang bayi dan lain-lain. Kini diancam pula dengan perpecahan kepada gulungan antihadis dan gulungan murtad. Perpecahan ini telah mula keperingkat mencemaskan. Malah pertubuhan-pertubuhan Islam yang terkemudian juga tidak mahu bergabung dengan Islam masyarakat Melayu yang telah lama bertapak di negara ini, seperti Indian Muslin dan PERKIM.
DIMANA SILAPNYA ????? MELAYU atau ISLAMNYA ?????
Firman Tuhan yang bermaksud:
...Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagimu.. Al-Maidah 5:3
Ayat ini turun lebih 1000 tahun yang lalu. Kesempurnaan serta perpaduan masyarakat Islam telah terbukti di zaman Baginda Rasullullah SAW dahulu. Islam terjamin kesempurnaannya dan perpaduan penganut-penganutnya, kita hanya ambil dan pakai sahaja, tetapi mengapa boleh terjadi sebaliknya terhadap perpaduan masyarakat Melayu ?????
Firman Tuhan yang bermaksud :
...Sesungguhnya Allah tiada merubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka merubah keadaan diri mereka sendiri...... Ar-Rad 13:11
Jelasnya masyarakat Melayulah punca perpecahan. Masyarakat Melayu yang harus dibangun/ubahkan. Ayoh Bangsa ku kita perjuangkan MARTABAT BANGSA!!!!! BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH
Bersatu menjunjung ISLAM agar nilai masyarakat Melayu setara/setanding dengan masyrakat lain yang telah maju di dunia.

HAIZAM<
haizam1@yahoo.com>

Assalamualaikum,
Saya sokong dengan pendapat saudara Haizam yang mengatakan bahawa perpecahan di kalangan Melayu ada lah dalam tahap yang mencemaskan. Beliau ragu dan hairan kenapa ianya berlaku sedangkan Islam itu menyokong kepada perpaduan dan ini telah terbukti di zaman Rasulullah dahulu. Beliau menyalahkan masyarakat Melayu itu sendiri yang menyebabkan perpecahan itu dan meyoalkan kenapa mesti ujud itu Islam PAS, Islam UMNO, Islam Tabligh, Islam Syiah dan bermacam-macam lagi.
Sebenar nya masaalah perpecahan dikalangan umat Islam itu bukan lah sindrom masyarakat Melayu itu sahaja ianya juga berlaku didalam masyarakat lain juga saperti dalam masyarakat Yahudi, Arab dan juga Kristian dinegara barat saperti Amerika.
Pendapat umum menyatakan adalah satu perkara yang baik jika sesuatu masyarakat atau negara itu dapat bersatu kerana akan menjadikan negara itu kuat.
Jadi macam manakah kita dapat bersatu didalam satu masyarakat atau negara itu?
Perlu lah adanya sikap menghormati setiap angota masyarakat, sikap tolong menolong dan berkerja sama didalam setiap tugasan yang perlu dilaksanakan.
Perlu diingatkan makna bersatu tidak semesti lah bermakna tiada perbezaan pendapat. Malah perbezaan pendapat adalah sesuatu yang bagus kerana ini akan menimbulkan perbincangan dan dari perbincangan ini biasa nya isu satu satu masaalah itu dapat dikupas dengan lebih terperinci dan kebiasaan nya keputusan yang lebih tepat dapat diambil. Maka apabila keputusan telah telah dibuat dengan mengambil kira dengan menghormati pandangan orang lain kebiasaan nya tentulah kita bersatu menyokong keputusan itu.
Mungkin didalam isu itu keputusan tidak memihak kepada pandangan tapi mungkin didalam isu lain keputusan memihak kepada kita maka kita biarkan. Pepatah mengatakan rambut sama hitam tapi hati lain lain. Setiap manusia itu unik tetapi ia juga mempunyai persamaan dengan maknusia lain.
Jadi didalam negara kita ada bermacam macam parti politik. Ada PAS, DAP, MCA, MIC, PPP, UMNO dan lain lain lagi. Masing masing ada pandangan masing masing dan selagi parti-parti ini mengeluarkan pandangan dengan ikhlas dan menghormati parti lain dalam kontek sebagai angota masyakat di bumi yang tercinta ini saya rasa tidak ada masaalah. Dan saya bersyukur negara kita membenarkan perbagai parti ujud dinegara ini.
Wassalam. Kamal Mohammad
kamal_kl98@mailexcite.com

Assalamu'alaikum wbt.
Perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam tidak lain tidak bukan kerana kelainan kefahaman tentang Islam hasil dari perancangan musuh Islam melalui penjajahan. Kita semua maklum walupun penjajah telah lama berambus tetapi keberambusan mereka itu berlaku selepas mereka berjaya melahirkan bangsa melayu yang berfikiran barat. kumpulan ini kemudian meneruskan peninggalan penjajah. Inilah yang menjadi masalah dan punca kepada perpecahan yang berlaku.
Berpecah bangsa melayu kepada dua - UMNO dan PAS - sekular dan Islam. Hasil dari perpecahan ini bangsa melayu dipecahkan lagi dengan kelahiran perbagai kumpulan dengan prinsip masing-masing seperti tabligh, jim, abim, islah, yang tidak berminat tentang politik kerana mereka memandang politik itu kotor (kononnya). Sedikit sebanyak kehadiran mereka menyumbang kepada keparahan perpecahan orang melayu. Mereka turut memberi saham kepada perpecahan yang di- rancang oleh musuh-musuh umat Islam. Umat Islam diingatkan, jika berlaku perpecahan hendaklah kembali kepada al-Quran dan sunnah. Namun demikian, walaupun ada di kalangan umat yang beriya-iya menyahut seruan ini masih terdapat golongan yang memandang remeh kepada peringatan Rasulullah saw. Maka perpecahan itu tidak berkesudahan.
Dalam hubungan ini siapa yang menolak peringatan ini?
Siapakah sebenarnya yang menyebabkan perpecahan?
Bukankah mereka yang mempertahankan perlembagaan negara yang toghut dan memberi berbagai sebab untuk tidak melaksanakan Islam.
Apabila ditegur mereka melenting, mereka menuduh mereka susah payah membentuk kerajaan, golongan Islam senang- senang nak laksanakan hudud dan sebagainya. Mereka menghina para ulama. Kelantangan mereka tidak lain kerana di kalangan mereka juga terdapat ulama yang telah menyumbang kepada keegoan mereka.
Rasulullah saw telah bersabda bahawa di akhir zaman ulama terbahagi kepada dua - ulama baik dan ulama jahat.
Hanya keimanan kepada Allah swt dan Rasulullah saw boleh membezakan di antara keduanya. Semoga kita dipelihara Allah dari tertipu dengan keadaan ini. Dan dari tipuan musuh umat di sepanjang zaman - yahudi dan nasrani - yang tidak akan berdiam diri selagi umat Islam tidak mengikuti mereka! Dan merekalah - melalui penjajahan fikiran - yang mendalangi perpecahan umat Islam di mana-mana sahaja sehingga akhir zaman.
Hanya dengan kembali kepada Al-Quran dan sunnah umat ini akan bertemu dengan titik penyatuan! Yang berupaya menghancurluluhkan segala tipu daya musuh hingga ke akar umbinya.
....keangkuhan dan kesombongan terhadap Allah tidak sedikitpun menjejaskan kedudukanNya dan percayalah, Islam pasti menang!
Tidak akan berlaku kiamat selagi umat Islam tidak membunuh yahudi! Dan sebelum ia boleh berlaku sudah tentu umat Islam perlu terlebih dahulu menghancurkan
halangan dari kalangan ejen-ejen yahudi di negara masing-masing.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Wallahu'alam. Wassalam.
Ahmad Chukari<
achussin@tm.net.my>

Saudara Ahmad Chukari
Kita tidak menafikan adanya pengaruh penjajah/Barat terhadap masyarakat Melayu di negara ini. Jati diri dan keupayaan pemimpin-pemimpin negara ini telah mula menggugat pengaruh tersebut, sebagai tindakbalas dan kurang senangnya pihak Barat terhadap pengaruh negara kita, mereka menggugat mata wang negara. Malah pengaruh pihak Barat juga tidak dapat membendung kewujudan persatuan Islam di negara mereka. Banyak gereja-gereja di negara Barat dijadikan Masjid oleh orang-orang Islam. Ini melibatkan juga di beberapa buah daerah di Eropah dan Amerika, ramai di kalangan rakyat-rakyat negara tersebut memeluk Islam dan telah pun timbulnya pendakwah-pendakwah Islam dikalangan orang-orang Barat seperti Ahmad Didad, Yusof Islam dan lain-lain.
Kalaulah dilihat dengan pengaruh Barat, pengaruh Amerika dan pengaruh budaya serta sosial masyarakat tersebut, seperti sex bebas, tayangan gambar lucah, pantai-pantai bogel dan lain-lain, memang sukar bagi kita untuk meyakinkan wujudnya masyarakat Islam di negara tersebut. Alhamdullilah, ianya dapat diujudkan dan secara tidak lansung telah berjaya mengatasi pengaruh negara (Barat) itu sendiri.
Masyarakat Islam tersebut bersatu tidak seperti masyarakat Islam di negara kita.
HAIZAM<
haizam1@yahoo.com>

Assalamualaikum,
Ini hanyalah pandangan saya. Walaupun bertambah ramainya penganut Islam di Barat dan pembelian gereja untuk dijadikan masjid adalah satu petanda baik bagi umat Islam keseluruhannya tetapi jika dilihat dari sudut lain, umat islam di barat tidak mempunyai kuasa politik, mereka hanya mampu menjalankan aktiviti rituals sahaja.
Mungkin dengan yang demikian masyarakat barat tidak bimbang tentang perkembangan ini.Mereka lebih bimbang dan menumpukan serangan terhadap Islam di sebelah Timur kerana berpandukan kepada satu hadis (maaf kalau tersilap dan harap tolong betulkan) iaitu 'akan bangkit Islam itu dari sebelah timur" lebih kurang gitulah maksudnya iaitu bangkitnya isalm nanti dari kawasan sebelah kita kerana sinilah Orang Islam memegang tampuk pemerintahan, oleh itu mereka bimbang sekiranya kita menjalankan politik islam sepenuhnya dan menjalankan penyebaran Islam seperti di zaman kegemilangan islam dahulu.
Selagi kita hanya bertumpu pada ibadah sembahyang, puasa, zakat dan haji mereka tak bimbang dan memang itulah yang mereka mahu. Sabda Nabi s.a.w lagi (lebih kurang maksudnya) "Orang islam akhir zaman ramai tapi seperti buih-buih di lautan iaitu terapung-apung dan tak punya kekuatan.
Dengan itu saya menyeru supaya kita semua bersembahyang jamaah di masjid setiap waktu sebagai titik permulaan untuk menyatupadukan kita semua.
Ada juga orang membuat andaian bahawa mereka jual gereja disana dan gunakan
duit itu untuk menyerang akidah kita di sini.
Wallahualam. Sekadar pandangan saya.
Rahimi B A Wahab A<
rahimiw@gateway2.Petronas.Com.My>

Saudara Rahimi
Pada dasarnya segala perkara yang menyentuh bidang kehidupan ini ianya bermula dari diri kita atau pun daripada setiap individu, ini termasuklah kuasa politik. Baginda Rasullulah saw membentuk Islam bermula pada dirinya, isterinya Saidatina Siti Khotijah, seterusnya diminati oleh para shahabat dan sehingga diminati ramai dan berjaya membentuk rakyat/kerajaan (politik) Islam di zamannya. Kalau kita ambil contoh seperti peniaga-peniaga makanan yang baik, mereka beramai-ramai berniaga di gerai makanan, mereka bersatu dalam menentukan harga tetapi di bidang perniagaan mereka bersaing hebat, sehat bagi mendapatkan minat ramai pelanggan. Parti politik juga terdiri dari gabungan setiap individu dan seharusnya bertujuan sedemekian, bersatu atas nama Islam atau Negara, masing-masing mewakili pengikutnya bagi mengkaji, membincang dan menyusun kehendak rakyat. Masing-masing perlulah bersaing sehat membentuk bidang kehidupan yang setara/setanding antara satu sama lain agar dapat menyakinkan ramai, malah boleh dijadikan satu alternitif/pilihan bagi semua raayat di negara ini. Bukannya caci mencaci, mencari kesalahan diantara satu dengan yang lain, mengaku diri/partinya hebat, memencilkan diri dan lain lain yang berunsur perpecahan, sehingga melupakan agenda pembanguan raayat. Jika jatidiri berbeza dan perpaduan sesama Islam itu rendah, memanglah mudah bagi meruntuhkan akidah Islam oleh musuh-musuhnya.
HAIZAM <
haizam1@yahoo.com>