Lembaga berbulu bertapa di Pulau Binai
Oleh Mordani Deni

DUA hari berturut-turut aku pergi memancing udang di Pulau Binai di Ulu Sungai Kemena bersama pakcikku iaitu Mahmud. Ketika itu cuti sernpena Maulidur Rasul. Keseronokan dan kepuasan memang terasa apabila hasil tangkapan semakin bertambah. Syukur Alhamdulillah aku panjatkan kepada Allah kerana memberi rezeki yang banyak.
Disebabkan keseronokan dan kepuasan aku dan pakcik bertekad datang lagi ke tempat itu keesokkan hari. Sejak jam 6 pagi aku dan pakcik sudah bersiap dengan kelengkapan memancing dan bekalan disediakan dalam bot panjang yang menggunakan enjin sangkut 15 kuasa kuda. Tepat jam 6.30 pagi bot kami berlepas ke tempat dituju (Pulau Binai) dengan harapan semoga mendapat rezeki yang banyak sepert semalam.
Perjalanan ke Pulau Binai mengambil masa satu setengah jam. Aku yang duduk di depan perahu bersiul-siulan menanti saat tiba ke tempat yang dituju. \par Manakala pakcik duduk di belakang sambil mengemudi bot dengan hati tenang dan sabar. Tepat jam 9 pagi kami sampai ke tempat dituju. Sauh pun dilabuh di depan dan di belakang dengan pantas. Tibalah masanya melabuhkan pancing. Aku mengambil semua peralatan memancing dan membubuh umpan pada mata kail dan melontarkannya satu persatu ke permukaan air. Pakcik Mahmud membaling pancingnya sambil tersenyum lebar berharap supaya mendapat udang lebih banyak kerana tempat itu adalah lubuk udang.
Setelah tiga jam kami memancing perut pun lapar. Kami berehat sebentar untuk makan tengah hari. Setelah setengah jam berehat kami pun menyambung memancing. Cuaca pada hari itu tidak begitu baik, hujan mencurah-curah. Aku dan pakcik basah kuyup tetapi hati gembira kerana banyak udang dipancing ketika itu. Jam di tangan menunjukkan angka 6 petang. Kami masih memancing dengan hati gembira. Matahari semakin condong ke barat. Bunyi unggas memecah kesunyian Pulau Binai. Tiba-tiba badanku merasa serarn dan sejuk seperti ada yang tak kena. Pakcik bertanya kepadaku dengan kehairanan. "Apa hal?" tanya pakcik. "Tidak ada apa-apa pakcik," kataku. Dengan sekelip mata pandanganku semakin mekar. Aku ternampak satu lembaga tiba-tiba muncul dari permukaan air. Aku terperanjat tidak dapat berkata apa-apa sedangkan Pakcik Mahmud terpingga-pingga tak tahu hendak buat apa-apa. Setelah lima minit lembaga itu muncul dengan badan yang besar dan berbulu-bulu semakin menghampiri bot kami. Dengan pantas aku dan Pakcik Mahmud terus memotong tali sauh dan terus beredar dari situ. Walaupun sayang dengan sauh itu, pakcik Mahmud menghidupkan enjin dan terus memecut sambil dikejar lembaga itu. Setelah beberapa minit aksi kejar mengejar barulah lembaga yang menyeramkan itu beralah.
Orang tua ada menceritakan bahawa tempat itu memang ada penunggu.
Mengikut cerita orang lama, tempat kami melabuhkan sauh itu adalah tempat pertapaan seorang pengamal ilmu hitam. Kerana sikapnya yang tamak sumpahnya hendak menjadi orang ditakuti memakan dirinya sendiri lalu bertukar menjadi lembaga berbulu diseluruh tubuhnya. Orang kampung berpakat lalu membunuhnya dan dibuang ke dalam air Pulau Binai tempat kami memancing. Sesiapa vang pergi memancing di situ mesti akan menempah maut kalau tidak berhatihati. Mulai hari itu, aku serik pergi memancing ke Pulau Binai. Kepuasan dan kegembiraan bertukar takut. Sedih dan hampa terukir di wajahku kerana dengan peristiwa itu tidaklah dapat kami memancing udang di lubuk itu lagi.
Nostalgia dan pengalaman itu tidak mungkin dapat kulupakan sampai ke akhir hayatku.