Realiti Kehidupan
Suatu Renungan
Oleh Haizam

Hidup ini melibatkan perbuatan dan amalan harian yang berbentuk budaya atau cita rasa tersendiri. Percayalah setiap perbuatan tidak lari dari pengetahuan dan kehendak diri. Kita juga tidak lepas daripada kehendak tertentu, seperti kehendak undang undang atau peraturan, kehendak ibu bapa atau keluarga, kehendak akhlak insan sejagat atau pegangan agama dan sebagainya. Masih ramai insan yang melakukan perbuatan salah laku yang bercanggah dalam kehidupan ini. Realitinya insan masih terus melanggari peraturan kehidupan, ianya terus berulang ulang, lebih lebih lagi jika ianya dapat dirashiakan didalam kehidupan seharian mereka.
Gambar lucah misalnya, peraturan dan agama tidak bersetuju wujudnya didalam kehidupan ini, tapi ianya berjaya menarik minat ramai. Kita khuatir pengelibatan dalam menuntun gambar tersebut, ianya boleh mendorong insan lupa akan batas kehidupan berakhlak mulia dan beragama. Setelah menuntunnya, adakah anda berterusan berminat hingga ketagih atau ianya merupakan sesuatu yang menjijikkan. Adakah anda sedar akan keburukannya dan tahu batas-batasnya terhadap kehidupan ini?
Sanggupkah anda menjadi insan berakhlak si pelucah yang boleh menerima akhlak sedemikian?
Misalnya, pernah berlaku bahawa tujuh lelaki merogol satu wanita disebuah rumah bujang, dan tidak ada seorang pun diantara tujuh lelaki tersebut yang menjadi insan pencegah yakni membimbing agar yang lain kearah kehidupan berakhlak insan (beragama)?
Ingatlah pesanan tok nenek kita:

YANG BAIK DIJADIKAN TELADAN
YANG BURUK DIJADIKAN SEMPADAN