Maruah di Sanggang
oleh Haizam

Pilihanraya DUN Sanggang telah pun berlalu dan ia adalah merupakan pertandingan di antara calun dari parti UMNO(BN) dan PAS(BA). Kita telah pun termaklum bahawa kedua-dua parti ini diwakili oleh sebahagian besar kaum Melayu. Pengelibatan penyokong-penyokong terutama daripada parti PAS memang hebat, mereka beramai-ramai berkampung dan berkempen disana. Tidak boleh dinafikan bahawa kedua-dua parti ini memang popular dikalangan pengundi-pengundi. Pembelaan kaum Melayu yang melibatkan maruah serta anutan Islam, merupakan isu utama daripada pemimpin kedua-dua parti ini.

Dihari penamaan calun, kita amat sedih diatas tindakan Menteri Besar Pahang yang menunjuk isyarat lucah kepada penyokong-penyokong PAS(BA). Terdengar suatu perbualan diantara seorang keturunan India dengan pak haji di Mentakab;
"Aji!, mana ada Melayu taruk ini kanan punye tangan, belakang punye tempat oi!, ini kanan punya tangan tau ka? " sambil ia mengayakan, "taruk mulut oi.... makan...." kata orang India tersebut. Pak haji terdiam membisu, kelihatan malu teramat.

Semasa hari pengundian kereta-kereta mewah mejalar disana sini, mereka parking di bahu jalan, malah ada yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas di beberapa pusat pembuangan undi. Hotel-hotel serta rumah-rumah tumpangan di Mentakab, Termeloh dan dipeserkitarannya fully booked, sehingga ada yang tidur di masjid-masjid. Gerai-gerai makan dibanjiri oleh pelangan-pelangan luar daerah, umpama dibanjiri oleh pelancung-pelancung berpesta.
Adakah dengan gambaran ini yang boleh dimaksudkan bahawa kaum Melayu telah mencapai kemajuan?
Kekayaankah yang menjadi ukuran kehebatan dan memertabatkan sesuatu kaum?

Turunlah para peminpin dari kedua-dua parti berkempen di Sanggang. Namun Sanggang tetap Sanggang, macam biasa sahaja. Janji tidak seberapa cuma hanya hadiah dan ceramah yang boleh disampaikan kepada pengundi-pengundi. Terdengarlah suatu suara perayu undi dari parti PAS(BA) di Seri Songsang sewaktu ia merayu undi kepada suatu kumpulan orang asli; "Abang nanti pangkah bulan ya."
"Ada duit? tanya salah seorang daripada orang asli tersebut.
"Berapa?" tanya si perayu.
"Sepuluh....." jawabnya selamba.
Termenung si perayu mungkin tak cukup duit kerana jumlah orang asli tersebut terlalu ramai baginya.

Ustaz lawan Ustaz, pertandingan bukan berbentuk persaingan siapa yang terbaik, tetapi berbentuk keji mengkeji antara mereka, tidak islammek lansung. Krebiliti calun dipersoalkan, maka diungkitlah cerita-cerita lama mereka sehinggakan kelulusan ustaz diperlekehkan. Kain pemidang berbentuk penghinaan digantung sana sini. Ramai pemimpin-pemimipin negara dijadikan bahan hinaan dan kejian, TPM dikata raja babi, MB Terengganu digelar penternak babi dan bermacam lagi sehingga tidak sanggup nak lihat........
Yang sedihnya pimimpin Islam negara dan Islam agama anutan kita dihina sehingga keperingkat dikatakan "ALLAH MENCARUT"
Ampunlah dosaku ya Allah
Namun demikian pilihanraya DUN Sanggang telah pun berakhir, menang, baik pun kalah sudah menjadi resam pertandingan. Kenangan yang tinggal semoga menjadi pengajaran untuk terus hidup.
Kita khuatir kemenangan yang cari dengan menggadaikan maruah dan Islam agama anutan serta terus menyemarakkan bibit-bibit perpecahan kaum Melayu.