Telur berdiri ketika gerhana matahari

20.08.98. Menajubkan.. pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Jasin, Melaka cuba membuktikan teori guru astronomi mereka, bahawa kuasa graviti bulan dan matahari terhadap objek di bumi akan meningkat apabila berlaku gerhana matahari.Pelajar itu (dari kiri) Nurulhuda Jamaludin, Asniza Suriati Borhan, Noraziah Mokhtar dan Farah Suhana Mohamad Sani, yang juga ahli Kelab Astronomi MRSM mencuba teori itu dengan meletakkan beberapa telur ayam di padang tenis maktab berkenaan. Menurut guru astronomi itu, Kassim Bahali, pelajar begitu riang apabila melihat telur ayam itu benar-benar menegak dan tidak rebah sewaktu gerhana matahari berlaku di negeri ini. "Telur itu mulai menegak apabila gerhana matahari bermula pada jam 7.11 pagi dan berakhir kira-kira jam 9.45 pagi," katanya. Bagaimanapun, Kassim berkata, telur ayam itu rebah semula sebaik saja gerhana matahari berakhir.
Gambar oleh IBRAHIM JUSOH.