Make your own free website on Tripod.com

Surah Al-'Adiyat
Surah ini diwahyukan di Makkah

Pokok perbincangan surah ini menerangkan bahawa manusia amat kufur kepada Allah dan amat kasih kepada harta..

Intisari pengajaran yang pertama surah ini ialah :
Menerangkan kemulian kuda perang.
Sumber ambilan ialah :
Ayat 1 - Demi kuda perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya.
Ayat 2 - Serta mencetuskan api dari tapak kakinya.
Ayat 3 - Dan meluru menyerbu musuh dengan kencang pada waktu Subuh.
Ayat 4 - Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu.
Ayat 5 - Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh.

Intisari pengajaran yang kedua bagi surah ini ialah :

Menerangkan umat manusia itu amat kufur dan amat kasihkan harta.
Sumber ambilan ialah :
Ayat 6 - Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.
Ayat 7 - Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian.
Ayat 8 - Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).

Khulasah Al-Quran