Make your own free website on Tripod.com

Surah Al-A'la
Surah ini diwahyukan di Makkah

Pokok perbincangan surah ini ialah menerangkan sifar-sifat Rububiah Allah disamping menerangkan golongan manusia yang menerima pengajaran Al-Quran dan golongan manusia yang menolak.

Intisari pengajaran yang pertama surah ini ialah :
Menerangkan peristiwa-peristiwa kemusnahan seluruh kejadian alam pada hari qiamat.
Sumber ambilan ialah :
Ayat 1 - Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap).
Ayat 2 - Dan apabila bintang-bintang gugur berserak.
Ayat 3 - Dan apabila gunung-gunung diterbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu).
Ayat 4 - Dan apabila unta-unta yang bbunting terbiar.
Ayat 5 - Dan apabila binatang-binatang liar dihimpinakan.
Ayat 6 - Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur.
Ayat 7 - Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya.
Ayat 8 - Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: Ditanya,
Ayat 9 - Dengan dosa apa ia dibunuh?.
Ayat 10 - Dan apabila surat-surat amal dibentangkan.
Ayat 11 - Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya.
Ayat 12 - Dan apabila neraka dinyalakan menjulang.
Ayat 13 - Dan apabila surga didekatkan.
Ayat 14 - (Setelah semuanya itu berlaku), mengetahuilah tiap-tiap diri akan amal yang telah disediakan.

Intisari pengajaran yang kedua bagi surah ini ialah :
Menerangkan bahawa Al-Quran itu adalah disampaikan menerusi malaikat Jibril yang mempunyai sifat-sifat yang tinggi di sisi Allah.
Sumber ambilan ialah :
Ayat 19 - Sebenarnya A-Quran itu, sungguh-sungguh kalam Allah (yang disampaikan oleh Jibril) utusan mulia.
Ayat 20 - Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy.
Ayat 21 - Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai.
Ayat 22 - Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menetang Islam), bukanlah ia seorang gila (seperti kamu tuduh).
Ayat 23 - Dan (Nabi Muhammad) yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahi dari Tuhan, kerana demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata.
Ayat 24 -Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh ditohmah dan disangka buruk terhadap penyampaikan mengenai perkara-perkara yang ghaib.
Ayat 25 - Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan syaitan yang kena rejam.
Ayat 27 - Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam.
Ayat 28 - Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.

Khulasah Al-Quran