Surah Ar-Rahman
Surah ini diwahyukan di Makkah.


Pokok pembicaraan surah ini ialah penguman nikmat-nikmat Allah yang agung dan perincian nikmat-nikma di dalam syurga.

Intisari ruku' (1) bagi surah ini ialah :
(1.) Menerangkan nikmat Al-Quran
(2.) Menerangkan nikmat kewujudan manusia.
(3.) Menerangkan nikmat kepandaian mengungkapkan isi hati dengan jelas.
(4.) Menerangkan hakikat bahawa matahari dan bulan beredar mengikut kiraan yang tepat.
(5.) Menerangkan seluruh bintang dan pokok-pokok sujud kepada Allah.
(6.) Menerangkan nikmat buah-buahan, biji-bijiran dan bunga-bungaan yang harum.
(7.) Menerangkan asal-usul kejadian manusia dan kejadian jin.
(8.) Menerangkan
keanehan bagaimana air sungai dipisahkan dari air laut dengan pemisah yang tidak ketara.
(9.) Menerangkan nikmat batu-batu yang mulia dan kapal besar.
(10.) Menerangkan nikmat keadilan
Sumber ambilan ialah:
Ayat 1 - (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
Ayat 2 - Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
Ayat 3 - Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
Ayat 4 - Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
Ayat 5 - Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
Ayat 6 - Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
Ayat 7 - Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
Ayat 8 - Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
Ayat 9 - Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
Ayat 10 - Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
Ayat 11 - Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
Ayat 12 - Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
Ayat 13 - Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
Ayat 14 - Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,
Ayat 15 - Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;
Ayat 16 - Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;
Ayat 19 - Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
Ayat 20 - Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
Ayat 21 - Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ayat 22 - Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;
Ayat 23 - Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ayat 24 - Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;
Ayat 25 - Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Intisari ruku' (2) bagi surah ini ialah :
(1.) Menerangkan hakikat bahawa seluruh makhluk berakhir dengan kemusnahan.
(2.) Menerangkan bahawa Allah setiap waktu menguruskan pentadbiran alam.
(3.) Menerangkan tiada jalan bagi manusia dan jin untuk melepaskan diri dari Allah.
(4.) Menerangkan kemusnahan alam angkasa ketika berlakunya Qiamat.
(5.) Menerangkan balsan orang-orang yang berdosa.
Sumber ambilan ialah:
Ayat 26 - Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:
Ayat 27 - Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
Ayat 28 - Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ayat 29 - Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
Ayat 33 - Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
Ayat 34 - Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ayat 35 - Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
Ayat 37 - Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;
Ayat 41 - Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);
Ayat 42 - Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ayat 43 - (Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".
Ayat 44 - Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!

Intisari ruku' (3) bagi surah ini ialah :
Menerangkan kehidupan orang-orang yang bertaqwa di dalam syurga.
Sumber ambilan ialah:
Ayat 46 - Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -
Ayat 48 - (Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -
Ayat 50 - Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -
Ayat 52 - Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).
Ayat 54 - Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
Ayat 56 - Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
Ayat 58 - Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
Ayat 62 - Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);
Ayat 64 - Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;
Ayat 66 - Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:
Ayat 68 - Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,
Ayat 70 - Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;
Ayat 72 - Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;
Ayat 74 - (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;
Ayat 76 - Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.

Khulasah Al-Quran.