Surah Al-Asr
Surah ini diwahyukan di Makkah

Pokok perbincangan surah ini ialah menerangkan kelebihan orang-orang yang beriman.

Intisari pengajaran bagi surah ini ialah :
Menerangkan bahawa satu-satunya golongan manusia yang beruntung ialah orang-orang yang beriman.
Sumber ambilan ialah :
Ayat 2 - Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Ayat 3 - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Khulasah Al-Quran