Surah Al-Fatihah
Surah ini diwahyukan di Makkah

Surah Al-Fatihah mempunyai sepuluh nama.
1. Al-Fatihah.
2. Ummul Quran.
3. Ummul Kitab
4. As-Sab'ul Mathani
5. As-Syafiah
6. Al-Hamdu.
7. Al-Wafiah.
8. Al-Kafiah.
9. Al-Kanzu.
10. Asasul Quran.

Pembicaraan umum surah ini ialah tiga perkara:
1. Tauhid.
2. Kerasulan (Risalah).
3. Pembalasan (Mujazah)

Di dalam Al-Quran terdapat dua jenis kandungan :
Pertama - Perkara-perkara kepercayaan (Iktiqadilah).
Kedua - Perkara-perkara ibadah (Ibadiah).

Dalam perkara-perkara kepercayaan termasuk pembicaraan mengenai:
1. Tauhid.
2. Kerasulan.
3. Pembalasan.
Sementara dalam perkara-perkara ibadah termasuk pembicaraan mengenai rukun Islam yang lima.
Al-Fatihah dinamakan "Ummul Quran" kerana semua kandungan Al-Quran diterangkan didalamnya..

Sumber ambilan keterangan bagi tauhid ialah :
Ayat 2 - Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekelian alam.

Sumber ambilan keterangan bagi risalah ialah :
Ayat 6 - Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.

Sumber ambilan keterangan bagi pembalasan ialah :
Ayat 4 - Yang menguasai pemerintahan hari pembalasan (hari akhirat).

Khulasah Al-Quran