Surah Al-Qadr
Surah ini diwahyukan di Makkah

Pokok perbincangan surah ini memperkatakan kebesaran malam Lailatul-Qadar.

Intisari pengajaran yang pertama surah ini ialah :
Menerangkan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul-Qadar.
Sumber ambilan ialah :
Ayat 1 - Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam "Lailatul-Qadar."

Intisari pengajaran yang kedua bagi surah ini ialah :
Menerangkan kelebihan malam Lailatul-Qadar.
Sumber ambilan ialah :
Ayat 2 - Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam "Lailatul-Qadar".
Ayat 3 - Malam "Lailatul-Qadar" lebih baik daripada seribu bulan.
Ayat 4 - Pada malam itu, turun malakat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut).
Ayat 5 - Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.

Khulasah Al-Quran