Surah Az-Zalzalah
Surah ini diwahyukan di Madinah.


Pokok pembicaran surah ini ialah menerangkan peristiwa gempa bumi pada hari Qiamat dan peraturan timbangan amalan manusia pada hari itu.

Intisari pengajaran yang pertama bagi surah ini ialah :
Menerangkan peristiwa gempa bumi pada hari Qiamat.
Sumber ambilan ialah:
Ayat 1 - Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
Ayat 2 - Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
Ayat 3 - Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"
Ayat 4 - Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
Ayat 5 - Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).

Intisari pengajaran yang kedua bagi surah ini ialah :
Menerangkan bahawa manusia akan ditimbang amalannya sesudah dibangkit dari kubur.
Sumber ambilan ialah:
Ayat 6 - Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
Ayat 7 - Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Ayat 8 - Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Khulasah Al-Quran.