25 Rasul
Pada prinsipnya semua Rasul
memeluk dan mengajar agama tauhid atau Islam.
Nabi Adam (rasul pertama) yang diperkirakan hidup lebih
kurang 930 tahun merupakan manusia pertama yang bergelar khalifah
Allah dimuliakan dan ditinggikan darjatnya menjadi nabi yang
pertama. Baginda diutuskan kepada anak cucunya agar menyembah
Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Maka diantara mereka ada yang taat
dan adapula yang membangkang.
Nabi Idris as. (rasul ke 2) merupakan keturunan Nabi
Sits as. Diutus oleh Allah kepada anak cucu Qabil agar bertaubat
dan menyembah Allah SWT, namun mereka terus menerus membangkang
perintah Allah SWT. Begitu juga
Nabi Nuh as. (rasul ke 3) merupakan keturunan Nabi Idris
as. yang diutus Allah kepada kaum kafir. Baginda menyeru supaya
semua manusia menyembah Allah, tetapi ajakan Nabi Nuh ditolak,
akhirnya orang-orang yang ingkar atau kafir itu tenggelam dalam
banjir yang besar.
Nabi Hud as. (rasul ke 4) adalah keturunan Yafit bin
Nuh, bertempat tinggal di Hadharal Maut Utara. Baginda diutus
Allah kepada kaum Aad kerana bangsa itu menyembah patung.
Kemudian Nabi Nuh menyuruh mereka supaya menyembah Allah, tetapi
mereka ingkar, akhirnya mereka menerima seksaan dengan ditimpa
badai dan udara yang sangat dingin selama tujuh hari lapan malam.
Begitu juga
Nabi Saleh as. (rasul ke 5) merupakan keturunan Sam bin
Nuh yang diutuskan Allah kepada bangsa Tsamud disebelah selatan
Palastin. Kebudayaan mereka sudah tinggi tetapi mereka menyembah
dewa dan patung, kemudian Nabi Saleh menyuruh kepada mereka agar
menyembah Allah, sebahagian besar bangsa Tsamud menolak untuk
memeluk agama Allah. Mereka ingkar kepada larangan Nabi Saleh.
Pada hari pertama muka mereka berwajah kuning, hari kedua menjadi
merah,hari ketiga menjadi hitam, akhirnya mereka disambar petir.
Nabi Ibrahim as. (rasul ke 6) juga keturunan Sam bin Nuh
yang diutuskan Allah kepada kaum Namrud di negeri Babilon lebih
kurang 4000 tahun sebelum Masehi. Kaum Namrud menyembah berhala
bahkan akhirnya Namrud menganggap dirinya sebagai Tuhan. Nabi
Ibrahim juga menyerukan ajaran tauhid atau Islam kepada mereka
namun mereka tetap ingkar, akhirnya Allah mendatangkan kepada
mereka tentera nyamuk sebagai balasan, maka musnahlah kaum yang
ingkar. Begitu halnya dengan
Nabi Luth as. (rasul ke 7) adalah bersaudara dengan Nabi
Ibrahim yang diutuskan kepada kaumnya di negeri Sadum, supaya
kaumnya menyembah Allah SWT, namun mereka ingkar. Allah SWT
membalas keingkaran mereka dengan dibalik bumi Sadum sehingga
musnah negeri tersebut.
Nabi Ismail as. (rasul ke 8) adalah anak Nabi Ibrahim
melalui perkahwinannya dengan Siti Hajar. Baginda diutus kepada
bangsa Arab di negeri Yaman, kerana mereka belum kenal dengan
agama tauhid atau Islam. Mereka juga diperintahkan supaya
berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji. Baginda mempunyai
12 orang anak lelaki yang seluruhnya disebut dengan Bani Ismail
atau Adnanniyun. Dari keturunan inilah lahirnya suku Quraisy yang
melahirkan Nabi Muhammad SAW.
Nabi Ishaq as. (rasul ke 9) adalah anak kandung Nabi
Ibrahim melalui perkahwinan dengan Siti Sarah. Baginda diutus
oleh Allah di negeri Kan'an untuk menyembah Allah, mengajarkan
tauhid, menyuruh membayar zakat, berpuasa dan menunaikan haji.
Nabi Ishaq berkahwin dengan Rifka dan mendapat anak kembar iaitu
ish dan Ya'kub. Nabi Ishaq wafat dalam usia 170 tahun dan
dimakamkan di Baitul Maqdis daerah Palastin. Begitu juga dengan
Nabi Ya'kub as. (rasul ke 10) diutus oleh Allah SWT di
negeri Kan'an kerana penduduknya telah ramai menyembah berhala.
Nabi Ya'kub mengajar kaumnya supaya menyembah Allah, Tuhan Yang
Maha Esa. Baginda wafat dalam usia 148 tahun dan beliau mempunyai
12 orang anak lelaki.
Nabi Yusuf as. (rasul ke 11) anak Nabi Ya'kub as yang
diutus sebagai nabi kepada bangsa Mesir untuk mengajarkan agama
tauhid iaitu agar menyembah Allah, Tuhan yang Maha Esa. Disamping
baginda seorang nabi ia juga seorang raja dengan dasar
pemerintahannya adalah Islam. Beliau
wafat dalam usia 120 tahun dan dimakamkan ditepi sungai Nil.
Nabi Ayyub as. (rasul ke 12) anak Amus bin Tarikh bin
Rum bin Ish yang diutuskan oleh Allah SWT ke negeri Rom untuk
mengajarkan agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT. Beliau wafat
dalam usia lebih kurang 93 tahun dan dimakamkan di suatu tempat
di daerah Itali.
Nabi Dzulkifli as. (rasul ke 13) adalah anak Nabi Ayub
as. diutus oleh Allah SWT ke negeri Rom. Disamping beliau seorang
nabi juga seorang raja yang tetap mengajarkan agama tauhid iaitu
supaya menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Beliau menyeru
kepada kaumnya supaya meninggalkan penyembahan berhala dan
melaksanakan syariat Islam supaya solat dan membayar zakat.
Beliau wafat dalam usia 95 tahun dan dimakamkan di Napoli, daerah
Rom Selatan.
Nabi Syu'aib as. (rasul ke 14) keturunan Nabi Luth as,
diutus oleh Allah ke negeriá Madyan, Palastin Selatan agar
mengajar agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT. membayar zakat
dan berlaku jujur kepada kaumnya. Ramai kaumnya yang tidak
beriman, akhirnya ditimpa bencana daripada Allah berupa gempa
bumi dan kepingan awan panas daripada langit.
Nabi Musa as. (rasul ke 15) dan Nabi Harun as.
(rasul ke 16) diutus oleh Allah SWT kepada kaumnya Bani Israil
supaya menyembah Allah, membayar zakat, berpuasa dan berlaku
jujur. Bani Israil ramai yang ingkar sehingga mereka menyembah
patung anak sapi yang dipelopori oleh Samiri. Nabi Musa as.
mendapat kitab Taurat daripada Allah SWT dan diberi mukjizat.
Nabi Daud as. (rasul ke 17) dibekalkan oleh Allah dengan
kitab Zabur mengajarkan kepada kaumnya agar menyembah Allah dan
mengerjakan ibadah puasa. Nabi Daud as. wafat dalam usia lebih
kurang 100 tahun, lalu dimakamkan di Palastin.
Nabi Sulaiman as. (rasul ke 18) adalah anak Nabi Daud
as. Beliau seorang nabi dan raja. Nabi Sulaiman berdoa kepada
Allah SWT agar diberikan kepadanya kerajaan yang tidak akan
diperolehi sesaorang pun sesudahnya. Doa beliau dikabulkan Allah,
sehingga beliau dapat menguasai semua makhluk termasuk jin dan
haiwan. Nabi Sulaiman mengajak semua kaumnya agar menyembah Allah
dan menghindari daripada mensyirikkannya.
Nabi Ilyas as. (rasul ke 19) merupakan keturunan Nabi
Harun diutus Allah sebagai rasul di negeri Balbik di Lebanon
Selatan kerana orang Balbik ramai yang telah menyembah berhala.
Patung terbesar sembahan mereka bernama "Ba'al" dibuat
dari emas. Nabi Ilyas as. mengajak kaumnya agar menyembah Allah
SWT iaitu agama tauhid, namun ramai yang ingkar, sehingga
kebanyakan mereka ditimpa musibah gempa yang dahsyat. Nabi Ilyas
wafat dan dimakamkan di daerah Lebanon Selatan.
Nabi Ilyasa' as. (rasul ke 20) diutus Allah SWT kepada
Bani Israil, agar mengajarkan agama tauhid berdasarkan kitab
Taurat dan kitab Zabur. Kerana kederhakaan dan pembangkangan
mereka terhadap Allah dan Rasul-Nya akhirnya orang-orang yahudi
dijajah oleh raja dari Babil bernama Nebukad Nezar. Kemudian
Nebekud Nezar dikalahkan oleh Cyrus raja dari Persia. Pada tahun
70 Sebelum Masehi raja Rom bernama Titus memasuki Palastiná dan
merosak seluruh kota Jerusalam, kecuali Baitul Maqdis. Begitulah
bangsa Yahudi mendapat kutukan dan laknat daripada Allah dan
Rasul-Nya sehingga bertebaranlah mereka ke seluruh pelosok,
dikutuk dan dihina oleh bangsa-bangsa lain di dunia.
Nabi Yunus as. (rasul ke 21) keturunan Nabi Ya'kub as.
diutus oleh Allah kepada bangsa Ninawa didaerah Mansul dalam
kerajaan Babil. Beliau mengajak kaumnya agar menyembah Allah ,
namun ajakan beliau ditentang bahkan diejek. Akhirnya Nabi Yunus
meninggalkan kaumnya dan berdoa kepada Allah agar diturunkan azab
kepada mereka. Ketika tanda-tanda azab akan turun, maka seluruh
penduduk mencari nabi Yunus kerana ingin bertaubat, namun nabi
Yunus telah meneruskan pelayarannya. Mereka semuanya beriman
kepada Allah serta menyesal kerana melawan Rasul Allah. Nabi
Yunus diuji Allah ketika berada didalam perut ikan Nun. Setelah
kembali ke Ninawa dilihatnya mereka semua telah beriman, maka
nabi Yunus meneruskan dakwahnya, sehingga
negeri tersebut menjadi aman dan makmur.
Nabi Zakaria as. (rasul ke 22) dan Nabi Yahya as.
(rasul ke 23) diutus kepada bangsa Yahudi, agar mereka menyembah
Allah SWT, berlaku jujur, adil dengan memegang petunjuk yang ada
dalam kitab Allah. Kemudian nabi Yahya dibunuh, kepala baginda
dipenggal. Begitu juga dengan
Nabi Zakaria dibunuh ketika itu juga. Kedua nabi tersebut telah
mati syahid. Begitu sombong bangsa Yahudi sehingga hati mereka
menjadi tertutup dalam menerima kebenaran. Hanya seksa Allah yang
sesuai bagi mereka yang ingkar.
Nabi Isa as. (rasul ke 24) adalah insan yang lahir dari
tubuh Maryam tanpa ayah, kemudian diangkat martabatnya menjadi
nabi dan Rasul. Sedangkan Hawa dilahirkan dari tubuh Adam tanpa
ibu di dalam syuga. Kemudian ditakdirkan oleh Allah SWT menjadi
ibu dari seluruh umat manusia. Maka agar tidak keliru dalam
beriman atau beriktikad,
Firman Allah SWT maksudnya: "Sesungguhnya perbandingan
kejadian Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti kejadian Nabi
Adam, Allah telah menciptakan Adam dari tanah, lalu berfirman
kepadanya: 'Jadilah engkau! maka menjadilah ia' ". (Ali
Imran:59)
Nabi Isa as. diutus oleh Allah kepada kaumnya sendiri iaitu Bani
Israil di daerah Palastin agar tetap taat kepada Allah SWT.
Belaiu diberi kitab Injil yang melengkapi kitab Taurat dan Zabur.
Segala firman Allah yang diwahyukan kepada beliau ditulis oleh
pengikut-pengikutnya dengan tulisan Ibrani (Hebrew bahasa Ibrani
Yahudi).
Dapatkah kita menemukan kembali kitab Injil peninggalan Nabi Isa
as. itu? Untuk meyakinkan diri kita mari kita perhatikan
ayat-ayat Allah dibawah ini:
Firman Allah SWT maksudnya: "Ia menjawab:
"Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan
kepadaku Kitab Injil dan ia telah menjadikan daku seorang
Nabi". (Maryam:30)
Firman Allah SWT maksudnya: "Dan sesungguhnya Allah
ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia,
inilah jalan yang betul atau lurus". (Maryam:36)
Ayat-ayat diatas membuktikan dengan jelas bahawa Nabi Isa as.
Hanyalah seorang nabi dan Rasul bukanlah sebagai anak Tuhan
seperti yang didakwakan sesetengah pengikutnya. Kitab Injil yang
asal dengan tegas dan jelas menyuruh para pengikutnya agar
menyembah Allah semata tidak menyekutukannya dengan yang lain.
Namun kebanyakan pengikut nabi Isa telah merubah Kitab Injil yang
asli itu menurut selera mereka sendiri, maka lahirlah
beratus-ratus kitab Injil bahkan beribu-ribu jumlahnya. Kerana
terlalu keras tentangan kaumnya terhadap ajaran tauhid, bahkan
beliau diancam akan dibunuh, maka nabi Isa dibawa hijrah oleh
bondanya ke negeri Mesir selama 12 tahun. Kemudian berpindah lagi
ke negeri Nazarth daerah Palastin. Di negeri ini beliau mulai ada
pengikut yang membenarkan ajarannya iaitu Mengesakan Allah SWT.
Di antara orang-orang Yahudi tersiar berita nabi Isa yang
mempunyai ibu tanpa bapa itu sudah ditangkap oleh Yudas Iskariot,
lalu diserahkan kepada penguasa Romawi, kemudian disalib di bukit
Golgota. Ada pula yang berkata bukan Isa yang ditangkap tetapi
Yudas kerana dia berkhianat. Sebahagian orang meyakinkan diri
berkata bahawa bukan Nabi Isa, bukan Yudas tetapi orang lain yang
serupa dengan benar dengan beliau. Nabi Isa sendiri selamat dari
bencana malapetaka dunia. Sesungguhnyaá Allah telah
mengangkatnya ke atas langit.
Memang banyak sekali pendapat manusia bahkan antara satu dengan
yang lainnya bertentangan. Maka sebaiknya beriman sesuai dengan
ketentuan didalam Al Quran. Firman Allah maksudnya: "Demi
sesungguhnya, telah kafirlah orang-orang yang berkata;
bahawasanya Allah ialah Al Masih Ibni Maryam. Padahal Al Masih
sendiri berkata: "Wahai Bani Israil, sembahlah Allah,
Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan
Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan
kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah
seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.
Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata:
Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada
Tuhan yang berhak disembah melainkan Tuhan Yang Maha Esa. Dan
jika tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu
orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab
seksa yang tidak terperi sakitnya". (Al Maidah:72-73)
Nabi Muhammad SAW (nabi dan rasul ke 25 yang terakhir)
dilahirkan pada tahun 571 Masehi melalui perkahwinan Aminah
dengan Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim. Baginda adalah
keturunan Nabi Ismail as. bin Nabi Ibrahim as. Nabi Muhammad SAW
adalah insan termulia melebihi tingkat dan darjat dari seluruh
nabi-nabi dan umat manusia, bahkan seluruh makhluk-makhluk Allah
SWT. Sebab itu Rasulullah (Nabi Muhammad SAW) bergelar
"Rahmatan Lil Alamin". ertinya "Rahmat bagi
seluruh alam".
Rasulullah diberi kitab Al Quran, diutus oleh Allah untuk seluruh
bangsa di dunia ini. Seperti nabi-nabiá atau rasul-rasul Allah
terdahulu baginda pun mengajar dan menyeru manusia supaya
menyembah Allah. Nabi Muhammad SAW adalah penutup dari sekalian
nabi dan rasul, jadi agama Allah yang diwahyukan semenjak nabi
Adam secara bertahap-tahap lagi teratur dilengkapi dan
disempurnakan Allah pada kenabian Muhammad SAW. Sebab itu tidak
akan ada lagi nabi dan wahyu sesudah baginda. Bahkan dalam
kitab-kitab yang sebelumnya menyatakan tentang kelahiran Nabi
Muhammad SAW sebagai rasul yang terakhir. Dalam hal ini Nabi Isa
as. sendiri menjelaskan kepada kaumnya tentang akan munculnya
seorang nabi terakhir sesudahnya. Di dalam Al Quran dijelaskan
ungkapan Nabi Isa as tersebut sebagai berikut.
Firman Allah SWT maksudnya: "Dan (ingatlah juga
peristiwa) ketika nabi Isa Ibni Maryam berkata: Wahai Bani Israil
sesungguhnya aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan
kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab taurat dan
memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang
akan datang kemudian daripadaku bernama Ahmad. Maka tatkala ia
datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas
nyata, mereka berkata: ini ialah sihir yang jelas nyata".
(As Saaf:6)
Firman Allah SWT lagi maksudnya: "Bukanlah Nabi Muhammad
itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar
bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul
Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah
Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". (Al Ahzab:40)
Ini bermakna syariat Muhammad SAW adalah penyudah atau pelengkap
atau 'Full Release Version' dalam menyempurnakan segala syariat
nabi-nabi terdahulu dan sesuai menurut keperluan dan keadaan atau
suasana manusia yang hidup di akhir zaman hinggalah ke hari
Kiamat (D'day). Berdasarkan keterangan ini jelas menunjukan agama
para rasul terdahulu adalah Islam kerana mereka menyeru manusia
ke arah ketundukkan dan kepatuhan kepada segala yang
diperintahkan oleh Allah SWT, sebagaimana juga nabi Muhammad SAW
diperintahkan menyeru manusia ke arah
ketundukan dan kepatuhan kepada segala yang diperintahkan oleh
Allah SWT.