| |
AL-HADIS
Oleh HAIZAM Islam
Biasa juga dikenali
sebagai al-Sunnah. Merupakan sebagai ucapan, perbuatan ,
pengakuan, akhlak dan sifat-sifat kejadian Rasulullah saw. yang
diriwayatkan. Sumber yang terpenting selepas Al-Quran dalam
pegangan dan kepercayaan Islam.Telah diterima sejak lebih seribu
tahun yang lalu secara menyeluruh iaitu semenjak kewujudan Islam
itu lagi.
Bentuk-bentuk Al-Hadis & Al-Sunnah
Kedudukan Rasulullah saw dan tugasnya
terhadap manusia
Perbuatan/Amalan Rasulullah saw
Perbezaan diantara Al-Hadis dengan
Al-Hadis Qudsi
Pembahagian Al-Hadis yang
diriwayatkan
BENTUK-BENTUK AL-HADIS & AL-SUNNAH
1. Ucapan
Rasulullah saw.Mengandungi berbagai-bagai bentuk pengajaran dan
nasihat. Contoh: "Sesungguhnya amalan itu dikira dengan niat
dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seseorang itu mengikut apa yang
diniatkan.
2. Perbuatan
Rasulullah saw. Megandungi jenis-jenis perbuatan/amalan yang
dapat dilihat pada solat, puasa dan lain-lain ibadat \tab \tab
\tab yang dilakukan oleh Nabi saw sebagai menerangkan hukum dan
diperhatikan oleh para sahabatnya.Contoh: solat.
3. Takrir
Mengandungi
kebenaran Nabi saw dengan keadaan berdiam diri terhadap apa yang
dibuat oleh sahabat dengan tidak mencegah atau menyalahkan serta
tidak pula menunjuk keredhaannya.
KEDUDUKAN RASULULLAH DAN TUGASNYA
TERHADAP MANUSIA
1. Kewajiban
mentaati Rasulullah saw.
Ayat suci
Al-Quran yang bermaksud: "Sesiapa mentaati Rasul
sesungguhnya ia mentaati Allah
2. Pentafsir
Al-Quran.
Ayat suci
Al-Quran yang bermaksud: "Dan kami turunkan kepada engkau
Al-Quran supaya kamu menjelaskan kepada manusia apa yang telah
diturunkan kepada mereka mudah-mudahan mereka berfikir."
An-Nahl, 16:43.
3. Penggubal
Undang-undang
Ayat suci
Al-Quran yang bermaksud: "Mereka yang mengikuti Rasul, Nabi
yang Ummi, yang mereka dapatinya tertulis disisi mereka dalam
Injil dan Taurat. Dia menyuruh mereka dengan kebajikan dan
melarang mereka membuat kemungkaran, dan menghalalkan untuk
mereka barang-barang yang baik, dan mengharamkan atas mereka
barang-barang yang buruk, dan menghilangkan dari mereka
keberatan-keberatan dan belenggu-belenggu mereka yang
membebankan. Maka orang-orang yang beriman kepadanya,
memuliakannya dan menolongnya, serta mengikuti cahaya yang
diturunkan bersamanya, mereka itu orang-orang yang mendapat
kemenangan. Katakanlah hai manusia sesunguhnya aku seorang utusan
Allah kepada kamu semua, yang mempunyai kerajaan langit dan bumi,
tidak ada Tuhan melainkan Dia. Dia yang menghidupkan dan
mematikan. Oleh itu maka berimanlah kepada Allah dan perintahNya
dan ikutilah \tab dia mudah-mudahan kamu mendapat petunjuk
Al-A'raaf, 7:157-158.
4. Sumber
Al-Quran dan Al-Sunnah.
Ayat suci
Al-Quran yang bermaksud: "Dan tidaklah dia bercakap dari
kemahuannya melainkan ia adalah wahyu yang diwahyukan."
An-Najm, 53:3-4.
PERBUATAN/AMALAN RASULULLAH SAW
Ahli usul
Fiqh membahagikan kepada 4 bahagian:
1. Perbuatan
yang biasa dilakukan oleh Rasulullah saw dan umatnya, seperti
cara makan, minum, tidur dan sebagainya Hukumnya, harus melakukan
atau meninggalkan.
2. Perbuatan
yang diamalkan secara khusus bagi Rasulullah saw. seperti
mewajibkan atas dirinya solat sunat dhuha, sunat tahajjud dan
lain-lain. Hukumnya, amalan tersebut khas untuk Nabi sahaja,
kecuali hal-hal yang ada nas yang melibatkan umatnya.
3. Perbuatan
Rasulullah saw yang wajib diikuti oleh umatnya yang ditetapkan
hukumnya berdasar nas-nas Al-Quran, seperti solat fardhu, puasa,
zakat, haji dan lain-lain.
4.
Perbuatan-perbuatan yang tidak jelas hukum sunat atau wajib bagi
diri nabi saw atau sahabatnya.
PERBEZAAN DIANTARA AL-HADIS DENGAN
AL-HADIS QUDSI
Menurut
penyelidikan oleh para penyelidik Al-Hadis Rasulullah saw,
terdapat dua bentuk al-Hadis iaitu;
1. Al-Hadis
Al-Qudsi iaitu Al-Hadis yang bersandarkan kepada Allah swt
2. Al-Hadis
ia-itu Al-Hadis yang bersandarkan kepada Rasulullah saw.
(Al-Hadis Al-Nabawi)
PEMBAHAGIAN AL-HADIS YANG DIRIWAYATKAN
Pada awal
perkembangan Islam Al-Hadis telah diriwayatkan secara
lisan/ingatan, dan selepas kira-kira 100 tahun kemudian ianya
dikumpulkan dan dibukukan oleh para penyelidik Al-Hadis. Hasil
daripada pengumpulan tersebut Al-Hadis terbahagi pula beberapa
bahagian mengikut riwayat/periwayatnya:
[1.] Al-Hadis
Mutawatir
Al-Hadis yang
diketahui/diriwayatkan oleh beberapa bilangan orang yang sampai
meyampai perkhabaran (Al-Hadis) itu, dan telah pasti dan yakin
bahawa mereka yang sampai menyampai tersebut tidak bermuafakat
berdusta tentangnya
[2.] Al-Hadis
Mashyur
Al-Hadis
utama yang diriwayatkan dari berbilang periwayat Al-Hadis.iaitu
sekurang-kurangnya tiga sanad (jalan kepunca Al-Hadis) atau dari
tiga periwayat Al-Hadis yang berbeza.
[3.] Al-Hadis
Sahih
Al-Hadis yang
berhubung/bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan
periwayat-periwayat tersebut bersifat berikut:
i. Adil
ii. Kuat
Ingatannya.
iii.
Sejahtera dari keganjilan dan
iv. Sejahtera
dari Kecederaan yang memburukkan.
[4.] Al-Hadis
Hasan
Al-Hadis yang
berhubung/bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan
periwayat-periwayat tersebut bersifat seperti Al-Hadis Sahih,
tetapi mereka tidak mempunyai ingatan yang kuat.
[5.] Al-Hadis
Dho'if
Al-Hadis yang
tidak diketahui periwayat atau pun periwayatnya tidak bersifat
seperti periwayat Hadis Sahih atau Hasan.
[6.] Al-Hadis
Marfuk'
Al-Hadis yang
diriwayatkan bersandarkan kepada keinginan Nabi saw sendiri, sama
ada ucapan,perbuatan atau pun takrirnya.
[7.] Al-Hadis
Mauquf
Merupakan
kepatuhan atau perkataan sahabat sendiri yang diriwayatkan kepada
kita.
[8.] Al-Hadis
Mursal
Merupakan
perkataan yang diucapkan oleh tabi'ie (mereka yang tidak pernah
bertemu Nabi saw) secara lansung atau terus kepada Nabi saw
dengan tidak melalui perantaraan sahabat.
[9.] Al-Hadis
Muttasil
Al-Hadis yang
berhubung/bersambung sanadnya dan setiap mereka yang
meriwayatkannya mendengar terus dari orang yang meriwayatkan
kepadanya sehingga sampai kepada Nabi saw atau kepada para
sahabat.
[10.]
Al-Hadis Mahfuz
Al-Hadis yang
terpelihara, iaitu mereka yang meriwayatkan Al-Hadis tersebut,
adalah mereka mempunyai kepercayaan yang tidak bertentangan
kepercayaan dengan kepercayaan terhadap gulungan lainnya (tidak
ada kepentingan peribadi).
[11.]
Al-Hadis Jaiyid
Al-Hadis yang
dikatakan baik dan Sahih oleh ahli atau para penyelidik Al-Hadis.
[12.]
Al-Hadis Mujawwad dan Tsabit
Merupakan
nama lain bagi Al-Hadis Sahih dan Hasan.
[13.]
Al-Hadis Maudhuk'
Al-Hadis yang
diriwayatkan oleh mereka dengan mendustakannya dari Nabi saw pada
halnya nyata tidak. Juga dikenali sebagai Al-Hadis
Palsu.(Diriwayatkan berdasar kepentingan tertentu).
|