BLACK HOLE
Black hole??
Lubang hitam. Menurut para pengkaji bintang, black hole ini
terdapat banyak di universe. Dari hasil pemerhatian mereka, ia
berbentuk kepulan gelap yang besar di dalam galaksi-galaksi.
Kelihatan padat dan mempunyai ketumpatan yang amat tinggi - yang
dapat dilihat hanyalah kesan adanya black hole itu - objek yang
dipanggil "debu" diorbit. Kita dapat melihatnya pada
jarak yang amat jauh - menurut para saintis jaraknya ialah 50
juta tahun cahaya. Tidak boleh nampak apa yang ada di dalamnya,
amat black (gelap). Tarikan gravitinya amat kuat dan menyedut
debu-debu disekelingnya masuk ke hole (lubang) sehingga hilang
lesap.
Black hole - di "tawaf" atau diorbit , dikelilingi oleh
"debu" yang banyak - mungkin sehingga menjangkau 300
kali berat sistem suria ini yang mengelilinginya - sebagaimana
planet mengelilingi matahari. Bezanya black hole ini lebih kuat
dan hebat kuasa tarikannya daripada tarikan matahari terhadap
planet-planetnya.
Ada di kalangan para saintis yang berpendapat jika matahari itu
boleh dipadatkan menjadi satu objek yang memiliki garispusat satu
batu panjangnya maka ia akan menjadi benda bercirikan "black
hole" - dimana semua planet masih lagi mengelilinginya.
begitulah "padat dan tumpatnya "black hole itu".
Kita tahu cahaya bergerak dalam gerakan yang lurus dan tiada yang
boleh membengkokkannya melainkan bila perantaraannya bertukar ,
misalnya antara air ke udara - tetapi cahaya itu tetap bergerak
lurus dalam perantaraan tersebut. Kuatnya tarikan graviti black
hole ini sehingga ia boleh melencongkan arah laluan cahaya ke
arahnya.
Black hole adalah satu fenomena yang cuba dihuraikan oleh ahli
sains - termasuk soalan mengapa "debu-debu" kelihatan
mengorbit satu titikatau pusat, termasuk sistem suria kita ini
sedang mengorbit satu pusat sentiasa bergerak merentasi
angkasaraya yang maha luas. Perkara ini disebut dalam Quran
sebagai "al-buruj" iaitu kumpulan bebintang di langit.
Sebarang kumpulan bebintang yang kelihatan di langit dipanggil
buruj.