FITNAH - Minta Direnungi
Bersama
oleh Haizam
Sedar atau tidak, bila kita rancak berbual dan
didengari oleh insan lain, berkemungkinan kita telah pun terlibat
sebagai penyebar fitnah. Berwaspada, ianya amat mudah berlaku,
inilah padah dan akibatnya apabila bercakap seenak-enaknya tanpa
memikirkan resiko dan bahayanya. Fitnah boleh di ertibahasakan
sebagai penyebaran/menyampaikan keburukan atau mengada-adakan
keburukan sesaorang kepada orang lain dengan tujuan supaya mereka
membenci atau memusuhinya. Ada juga yang memfitnah bertujuan
mempromosikan diri disamping memburukan pihak lawan.
Islam menganggap fitnah merupakan suatu sifat yang amat keji,
dosa besar malah ia tergolong sebagai sifat orang-orang munafik.
Ini diterangkan dibeberapa ayat Al-Quran. Malah baginda
Rasulullah saw melarang akan perbuatan ini. Perbuatan fitnah
lebih berbahaya daripada pembunuhan kerana boleh menyebabkan
masyarakat hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan permusuhan.
Beberapa petikan:
Pada adatnya memfitnah boleh berlaku kepada
setiap insan, kerana didorong oleh perasaan irihati, tamak,
mementingkan diri sendiri dan lainlain yang bersifat negatif.
Berkemungkinan juga ianya berlaku akibat kepentinagan kedunian
(harta-benda) sesaorang lebih utama daripada kepentingan
beragama. Ini boleh mendatangkan kesan yang amat buruk malah
boleh menjatuhkan keaiban seseorang yang menghalangnya dari
berbuat kebajikan seterunya. Islam membenarkan jika keaiban
sesaorang itu diceritakan bertujuan memberi manafaat kepada orang
lain, atau ianya dapat menolak kejahatan yang menimpa orang lain.
Dicertakan konon pada zaman dahulu ada seorang lelaki pergi ke
pasar hendak membeli hamba, kemudian ditawarkan kepadanya seorang
budak yang tidak ada aibnya kecuali ia gemar memfitnah, kerana
aib itu dianggap ringan, maka jadi dibelinya budak itu
Dan setelah beberapa lama dirumah mulalah budak itu berkata
kepada isterinya majikannya, bahawa suaminya ingin kahwin dengan
isteri muda, kerana itu lebih baik berusaha menggagalkan
perkahwinan suaminya dengan guna-guna, iaitu dengan mengambil
beberapa helai bulu roma leher suaminya. Ini harus menggunakan
pisau cukur yang tajam agar tidak terasa jika diambil sewaktu
tidur. Oleh kerana si isteri ini benar-benar percaya lantas ia
berusaha mendapatkan pisau cukur yang tajam.
Kemudian si budak bicara pada suami majikannya bahawa isterimu
akan membunuhmu diketika kamu sedang tidur, kerana itu tuan harap
berhati-hati dan tuan boleh buktikan pura-pura tidur.
Maka benarlah ketika si suami berpura-pura tidur, tiba-tiba si
isteri datang membawa pisau cukur, dan diketika memegang
lehernya, si suami segera bangun dan merampas pisau cukur dari
tangan isterinya lalu disembelihnya. Maka pada keesokan harinya
keluarga si isteri menuntut kematian tersebut dengan
bunuh-membunuh di antara kedua famili.
Abul-Laits As-Samarqandi berkata: "jika ada orang
memberitahu kepadamu bahawa Fulan memfitnhkanmu, maka harus
menghadapinya dengan enam perkara:
Perbuatan memfitnah ini dilarang oleh Islam.
Namun kita harus beringat bahawa, dalam kita menolak fitnah
tersebut, jangan pula kita turut memfitnah terhadap si
pembawa/pembuat fitnah. Kita harus jaga perpaduan Islam dan
bangsa.