Pengantin Tampar imam di majlis akad nikah
Mingguan Malaysia 2.4.2000
Kota Bharu 1.April - Seorang pengantin lelaki
didakwa menampar seorang imam dalam majlis akad nikahnya yang
diadakan di sebuah masjid disini, Khamis lepas.
Ketua Daerah Polis Kota Bharu, ACP Mohd. Fauzee Awang berkata,
pengantin berusia dalam linkungan 20-an itu menampar imam
berkenaan selepas disuruh menyucap dua kalimah syahadat sebanyak
empat kali dan beliau gagal mengucapkannya.
Mohd. Fauzee memberitahu Bernama disini hari ini, dalam
kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu seorang lelaki yang
menjadi saksi pada majlis itu turut ditumbuk oleh pengantin
terbabit.
Beliau berkata akibat tumbukan lelaki berkenaan, saksi pihak
pengantin terbabit lebam di muka dan kaki.
Selepas kejadian itu lelaki berkenaan terus meninggalkan masjid
dan upacara akad nikah itu dibatalkan, katanya. - Bernama