KAABAH
Apabila
Nabi Adam AS dan Hawa diturunkan ke muka bumi, Allah
memerintahkannya membina sebuah tempat/rumah untuk berzikir
kehaderat Ilahi sebagaimana Malaikat di langit melakukannya, dan
ini pernah disaksikan oleh Nabi Adam. Bagi menyahut perintah ini,
Nabi Adam pun membina Kaabah bertempat seperti yang terdapat
sekarang iaitu di kota Mekah.
Di zaman pemerintahan Syeth anak Nabi Adam Kaabah di perbaiki
semula binaannya.
Semasa tenggelam banjir besar, di zaman Nabi Nuh, kedudukan
Kaabah tidak jelas kelihatan, cuma yang nampak bertanda merah
disekelilingnya. Air banjir tidak mengalir melintasi Kaabah.
Sebelum banjir surut, bahtera Nabi Nuh telah tawaf menggelilingi
kawasan Kaabah selama 40 hari sambil berdoa ke hadrat Ilahi.
Meski pun Kaabah telah musnah akibat banjir. namun tempat
tersebut amat mustrajab berdoa. Ramai manusia yang datang berdoa
dan diperkenankan permintaannya di tempat asal Kaabah itu.
Nabi Ibrahim berkahwin dengan dua orang isteri dan tinggal di
Juruselam, menurut ceritanya Siti Sarah isteri pertama nabiamat
cemburu dan meminta agar madunya Siti Hajar yang berbadan dua
dipisah/pindahkan jauh. Susulan permintaan tersebut setelah Siti
Hajar melahirkan anaknya Nabi Ismail, maka Nabi Ibrahim
menghantarkannya ke Mekah. Di ketika itu Kaabah telah pun roboh
akibat banjir besar zaman nabi Nuh.
Maka tinggallah Siti Hajar seorang diri di Mekah dengan penuh
sabar dan redha Semasa bekalan dan air minumannya habis suatu
peristiwa yang menyayatkan hati berlaku dimana Siti Hajar telah
meninggalkan anaknya yang menanggis kehausan di tapak Kaabah
untuk mencari air. Beliau berlari ke bukit Safa bagi meninjau
kawasan yang berair sambil melihat anaknya di tapak Kaabah
kemudian berlari pula ke Bukit Marwa bagi meninjau lagi kawasan
berair di sana sambil juga melihat anaknya di tapak Kaabah,
begitulah seterusnya berulang-ulang di antara kedua-dua bukit
tersebut. Setelah penat beliau berulang alik dengan takdir Allah
swt keluarlah air dari pasir tempat gesekan tumit kaki anaknya
ditapak Kaabah tersebut. Air ini lah di kenali sebagai air Zam
Zam sehingga kini. Nabi Ibrahim datang ke Mekah bagi menemui
keluarganya dan seterusnya membina semula Kaabah. Dari
keturunan-keturunan Nabi Ismail inilah lahirnya Nabi Muhammad
saw.
Seterusnya Kaabah dibaiki/ bina semula oleh beberapa pemimpin di zamam pemerintahan mereka iaitu: Amaliqah, Jurhum, Qusoyi bin Kilab, Abdul Muttalib, Al-Walid bin Al-Mughirah (Quraisy), Abdulah bin Al-Zubir (cucu Saidatina Abu Bakar), Hajjaj bin Yusuf Assaqafi, dan Sultan Murad Khan (Raja Turki). Pada masa pemerintahan Jelalat Al-Malik Saud bin Al-Malik Abdul Aziz Al-Saud (kurun 14) Kaabah diperelokkan seperti memasang marmar, membaiki dinding, atapnya dan lain-lain.
Sehingga kini Kaabah dikunjungi ramai oleh umat Islam dari seluruh dunia.