Pengenalan Kepada Kalendar
Kalendar adalah suatu
sistem yang dicipta untuk menentukan masa. Pada zaman purba,
perubahan atau kejadian yang berlaku di sekitar digunakan
mengetahui bilangan hari yang telah berlalu. Kejadian-kejadian
yang digunakan untuk menetukan masa ia-lah:
(a) perubahan kedudukan bulan, bintang dan
matahari.
(b) musim hujan dan musim kemarau.
Orang-orang Sumeria di Babylon telah mencipta kalendar pertama yang berdasarkan kepada perubahan fasa yang berlaku pada bulan. Orang Mesir pula merupakan orang pertama yang menggunakan kalendar yang berasas matahari.
Kalendar Berasaskan Bulan - (Kalendar Qamari).
Kalendar Qamari adalah berdasarkan kepada
perubahan fasa bulan. Perubahan fasa dari satu rembulan muda
kepada yang berikutnya mengambil masa 29½ hari. Dalam satu tahun
luna (bulan), terdapat 12 kejadian fasa bulan. Ini bermakna
terdapat 12 bulan dalam satu tahun luna. Oleh kerana
setiap fasa bulan mengandungi 29½ hari, maka satu tahun luna
mengandungi 354 hari. Dalam setiap empat tahun, satu hari
ditambah kepada kalendar supaya bersesuaian dengan perubahan
musim berlaku.
Kalender Islam, Cina dan Yahudi moden adalah
contoh-contoh kalendar Qamari. Dalam kalendar Islam pula, satu
hari adalah ditambah kepada bulan terakhir selepas tiap-tiap 3
tahun iaitu dikenali sebagai tahun lompat.
Kalendar Berasaskan Matahari
Satu tahun solar ditakrifkan sebagai masa yang
diambil oleh bumi untuk beredar mengelilingi matahari. Kalender
yang digunakan pada masa kini berasal daripada kalender Rom.
Julies Caesar telah menyatakan bahawa terdapat 365¼ hari dalam
satu tahun. Kini satu tahun dikira ialah 365 hari dan satu hari
ditambah pada setiap empat tahun, iaitu tahun lompat (366 hari).
Kalendar Julius adalah tidak tepat kerana sebenarnya dlam satu
tahun terdapat 365.24219 hari.
Kalendar Gregory
Kalender Gregory ialah yang popular masa kini
ianya mengandungi 12 bulan. Nama bagi setiap bulan yang telah
diberikan oleh orang Rom digunakan sehingga kehari ini.
Bilangan hari | Bulan |
28/29 | Febuari |
30 | April, Jun, Septembar dan November. |
31 | Januari, Mac, Mei, Julai, Ogos, Oktober dan Disember |
Perbezaan antara Kalendar Gregory dan kalender Qamari
Kelendar Gregory. | Kalendar Qamari |
* Berasaskan peredaran bumi mengelilingi
matahari * Dibahagikan kepada 12 bulan yang mengandungi 30 atau 31 hari sebulan kecuali bulan Februari yang mengandungi 28 hari - tahun biasa dan 29 hari - tahun kabisat. * Satu tahun mengandungi 365 hari - tahun biasa atau 366 hari - tahun kabisat. |
* Berasaskan peredarn bulan
mengelilingi. * Dibahagikan kepada 12 atau 13. * Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari. * Kalender Qamari mempunyai bilangan hari yang berlainan setiap bulan dan setiap tahun. |