KEHIDUPAN
Aku mencari
Oleh Haizam

Kehidupan sering dikaitkan dengan muka bumi ini. Kelahiran bererti bermulalah usia kehidupan kita, ianya terus berlalu dari turun menurun sejak Nabi Adam diturunkan. Tahun bila mulanya? Sukar bagi mendapatkan catitan sejarah ini. Menurut para pengkaji sejarah, pada zaman dahulu, dimuka bumi ini pernah didiami oleh dinasour. Mana yang dahulu menerokai muka bumi ini? Dinasourkah atau Nabi Adam?
Sukar bagi mendapatkan catitan sejarah ini.
Seterusnya kehidupan dibendung oleh peraturan tertentu, keinginan diri dan arus realiti. Insan juga punyai akal agar dapat berfikir, punyai tenaga agar dapat berusaha. Dalam mengharungi kehidupan ini kita saling memerlukan sesuatu, misalnya duit, harta benda, teman, kasih sayang dan sebagainya. Malah hidup juga memerlukan bertuhan atau beragama. Agama Islam misalnya. Cuba kita bayangkan jika kita terdampar dilautan berseorangan diri, kelengkapan dan keperluan telah habis atau tidak boleh digunakan, tentunya kita dapat merasakan serta mengharap pertolongan dari MAHA PENCIPTA. Dapatkah kita merasakan sedemikian pula diketika kita senang, atau sedang bergembira, atau diwaktu kita kaya raya? Bertuahlah kehidupan ini, jika sentiasa dapat merasakan/mengharapkan pertolongan dari MAHA SUCI PENCIPTA bagi setiap saat, yakni hidup bertuhankan ALLAH.
Pendidikan juga beperanan bagi mencorak kehidupan. Ianya berupaya membentuk fikiran terhadap perbuatan serta amalan hidup. Dapat dipahami sejelas-jelasnya, agar amalan menjadi ikhlas dan budaya hidup harian. Sudah pastinya proses ini memerlukan pemimpin. Para nabi dan rasul silih berganti diturunkan ke muka bumi ini. Dari nabi Adam dan beberapa nabi lagi termasuklah Nabi Isa AS yang dilahirkan pada 1.1.0001 bagi membawa umat manusia hidup beragama. Seterusnya pada 23.4.0571 lahir Nabi Muhammad SAW yang membawa Al-Quran bagi membimbing umat, hidup beragamakan Islam. Maka ujudlah kehidupan beragama dari langit iaitu agama kristian dan Islam. Disamping itu ada juga pemimpin-pemimpin yang membawa insan kepada kehidupan beragama dari bumi seperti agama budda, hindu, confucian dan lain-lain di bumi ini.
Kehidupan Islam percaya di suatu masa nanti, ianya akan menjadi keseluruhan kehidupan di muka dunia ini.
Kira-kira 400 tahun setelah wafatnya Baginda Rasul saw. terbit pula tafsir Al-Quran dan Al-Hadis yang disusun dari Al-Quran dan sunnah Rasul SAW oleh para ulama, yang membawa kehidupan Islam kepada pendapat empat mazahab, iaitu Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafie.
Kini perpecahan dalam kehidupan sesama Islam telah mula menular, pendapat Wahabi, Islam Syiah, Islam Sunnah Al-Jamaah dan Islam sekular.
Adakah ianya merupakan suatu cabaran bagi kehidupan Islam kini?
Atau tunggu sahaja munculnya Imam Mahadi, Nabi Isa AS.......
Perlukah ianya dibuat kajian dan disusun lagi oleh ulama kini setelah lebih 1000 berlalu, untuk disejajarkan dengan suasana kehidupan kini?
Para pengkaji dikhuatiri terbelenggu dengan tuduhan gulungan anti-hadis, penentang ulama atau Wahabi?
Mungkinkah ianya telah tercemar oleh para cendiakawan (musuh Islam), yang membawa arah terkongkongnya dengan kebijaksanaan yang terhad?
Yang pasti, kehidupan ini penuh dengan membentuk keyakinan diri dan belajar menerima ketentuan dari Maha Pencipta.
Para pengamalnya mestilah setara/setanding dengan pengamal kehidupan insan lain yang maju di dunia ini.