Pastikan K-ekonomi mesra Melayu
Oleh Khairudin Mohd. Zain
K-Ekonomi bukan realiti yang baru. Selamanya dan semenjak
dahulu lagi ilmu telah menjadi asas kepada penguasaan ekonomi. K-
ekonomi adalah kaedah baru yang perlu diguna pakai bagi
memastikan kejayaan perniagaan dalam ekonomi serba terbuka pada
zaman globalisasi ini.
Malaysia menerima globalisasi dengan langkah yang sangat
proaktif. Kerajaan tidak melonjak secara terburu-buru untuk
memperkenalka K-ekonomi kepada rakyat terbanyak. Sebelum
mengenali K-ekonomi, rakyat telah lamam terdedah dengan kemampuan
sain dan teknologi (S&T). Industri automotif umpamanya telah
menjadi asas keoada pelaksanaan K-ekonomi.
Keperluan untuk mendalami teknologi yang berasas komputer telah
mula didedahkan kepada rakyat. Kepentingan melakukan aktiviti
penyelidikan dan pembangunan (P&P) telah juga dipertontonkan,
apabila model baru diperkenalkan dalam masa yang singkat.
Penggunaan komputer dan kepentingan budaya P&P adalah dua
asas utama ekonomi berteraskan pengetahuan.
Tidak siapa dapat menolak hakikat pengelibatan pekerja mahir dan
separuh mahir kaum Melayu dalam membangunkan industri automobil.
Ribuan anak kaum Melayu telah membuktikan bahawa mereka mampu
mendalami prinsip asas K-ekonomi dalam masa yang singkat.
Pemindahan teknologi daripada negara maju berlaku seperti yang
dicita-citakan.
Pengukuhan
Asas ini telah dijadikan sebagai batu loncatan untuk
menjadikan K-ekonomi sebagai agenda negara. Bagimanapun, asas
yang ada memerlukan proses pengukuhan bagi mempersiapkan kaum
Melayu menghadapi persaingan dalam dunia terbuka. K-ekonomi bukan
sahaja memerlukan ilmu pengetahuan komputer semata-mata, tetapi
juga minda kreatif dan inovatif untuk menjadi pencipta berbanding
pengguna semata-mata.
Tidak ada jalan singkat untuk mempersiapkan sebuah generasi yang
mempunyai ilmu dan daya saing selain daripada memantapkan tahap
pendidikan mereka. Usaha ini perlu dimulakan daripada peringkat
yang paling bawah agar pendedahan kepada ilmu asa bagi menghadapi
K-ekonomi diperolehi lebeh awal.
Langkah Kemeterian Pendidikan memperkenalkan subjek Sains pada
tahap satu pengajian sekolah rendah seharusnya dipuji. Ini
benar-benar selari dengan cita-cita negara melahirkan generasi
yang mempunyai asas sain dan teknologi yang kukuh.
Apatah lagi melihat kepada perkembangan sains dan teknologi yang
begitu pantas berlaku. Pemetaan genome dikatakan akan memberikan
ruang kepada kenbangkitan revolusi bioteknologi dalam masa yang
terdekat. Baru sahaja kita membina MSC yang berdasarkan Lembah
Silikon di Amerika; ada keperluan pula buat Malaysia membina
Lembah Biotek dalam beberapa tahun mendatang.
Apakah kedudukan kaum Melayu dalam segala perkembangan ini? Di
sinilah pendidikan memainkan peranan penting. Kelemahan pelajar
kaum Melayu peringkat rendah dan menengah dalam subjek-subjek
utama dan asas kepada K-ekonomi mesti diberikan perhatian.
Subjek-subjek seperti Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik adalah
antara yang perlu diberikan keutamaan.
Kelemahan pelajar Kaum Melayu dalam subjek-subjek teras kepada
agenda K-ekonomi boleh dilihat dengan jelas jika merujuk kepada
keputusan peperiksaan peringkat rendah dan menengah.
Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendak (UPSR) tahun 2000
umpamanya menunjukkan bahawa pencapaian pelajar-pelajar di
sekolah-sekolah rendak kebangsaan dalam subjek Bahasa Inggeris
dan Matematik turun sedikit daripada tahun sebelumnya.
Pencapaian Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dalam dua subjek
tersebut jelas lebeh baik.
Pencapaian yang kurang baik pada peringkat asas ini memungkinkan
sindrom yang sama berlaku di peringkat menengah. Prestasi pelajar
bumiputra dan bukan bumiputra dalam bidang Matematik dan Sains di
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia mampu menunjukkan pemasalahan
ini.
Bersaing
Jika sesuatu tidak dilakukan, kaum Melayu akan
menghadapi kesukaran bersaing dalam situasi K-ekonomi yang
sebenar. Tranformasi dasar pendidikan ke arah S&T mesti di
mulakan dengan pemantapan subjek utama dinyatakan. Dalam masa
yang sama, kuantiti dan kualiti guru Bahasa Inggeris mesti diberi
perhatian.
Situasi di institusi-institusi pengajian tinggi juga memerlukan
perhatian serius. Usaha untuk mencapai kegagalan sifar pelajar
bumiputra mesti diusahakan secara serius. Banyak pertolongan yang
telah dilakukan oleh kerajaan untuk membantu pelajar bumiputra di
universiti tetapi masih lagi mereka tertinggal di belakang. Tidak
keterlaluan jika kita menyatakan, kebanyakan mahasiswa kaum
Melayu gagal meletakkan prioriti kecermelangan mengatasi unsur
lain.
Berapa ramai pelajar kaum Melayu tajaan mana-mana agensi yang
dapat mencapai keputusan cemerlang, seterusnya menerima tajaan
penuh berbandingan pinjaman?
Agenda K-ekonomi tidak sewajarnya meminggirkan pelajar aliran
sastera, sebaliknya mereka perlu diberikan pengupayaan dengan
cara yang lain.
Subjek-subjek seperti Statistik, Pengurusan Organisasi, Pemikiran
Lateral, Pembangunan Perisian, Pembangunan Laman Web dan
sebagainya wajar ditawarkan sebagai sebahagian daripada kursus
yang perlu ditamatkan oleh pelajar aliran sastera. Ini
membolehkan mereka mempunyai nilai pasaran yang lebih baik,
beserta dengan kemahiran yang lebih mencapah.
Usahawan kecil dan sederhana bumiputra perlu juga memperteguhkan
daya tahan untuk menghadapi cabaran K-ekonomi. Keupayaan untuk
melakukan pembanguanan dan penyelidikan kepada sebarang produk,
ataupun cara memasarkan perkhidmatan mestilah dipertingkatkan
sesuai dengan kehendak pasaran sejagat.
Kualiti produk dan perkhidmatan jangan sesekali dikompromi
semata-mata untuk mengurangkan kos.
Dalam masa yang sama, jumlah usahawan kecil dan sederhana
buniputra mestilah ditambah dengan pesat. Penambahan kuantiti
golongan ini dengan sendirinya akan menjadi pemangkin kepada
kewujudan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian bumiputra.
Pelaksanaan K-ekonomi jangan melemaskan usahawan bumiputra.
Penggunaan teknologi informasi dan komunikasi sememangnya adalah
asas kepada pelaksanaan K-ekonomi. Bagaimanapun, K-ekonomi juga
turut mementingkan penyelidik dan pembangunan sebagai
penterjemahan kepada teras ilmu dalam ekonomi baru.
Bergantung
Survival kaum Melayu pada era mendatang akan bergantung
kepada keupayaan melakukan penyesuaian kepada cabaran dan realiti
baru. Kebergantung kepada politik semata-mata jelas tidak mampu
menyelamat umat kaum Melayu.
Gandingan mantap ekonomi dan politik akan memberi sedikit jaminan
bahawa kaum Melayu mampu bersaing dengan ekonomi yang
sebenar-benarnya terbuka.