KOMET
Juga dikenali sebagai tahi bintang. Komet terdiri daripada tiga bahagian iaitu:
Kepala komet
terdiri daripada nukleus dan koma.
Nukleus mengadungi batu-batan kecil yang dipegang bersama oleh
ais, metana, karbon dioksida, ammonia dan air.
Koma terdiri daripada habuk dan
gas yang mengelilingi nukleus. Komet hanya
mempunyai ekor apabila ia mendekati matahari. Ada
setengah-setengah komet yang mempunyai lebih daripada satu ekor.
Ekor komet mungkin berbentuk lurus, bengkok, tipis atau lebar.
Apabila komet menghampiri matahari, bahan beku di dalam nukleus
mencair dan mengewap. Ini menyebabkan bahagian koma kelihatan
lebih besar dan nekleus lebih jelas. Tekanan sinaran matahari
yang kuat akan menolak habuk dan gas di dalam nukleus ke arah
belakang. Akibatnya ekor komet menjauhi matahari.
Koma kelihatan terang kerana:
Komet tidak wujud selama-lamanya. Apabila nukleus komet diwapkan dan serpihan batu-batan tertinggal di belakang, komet akan kehilangan sebahagian daripada serpihan batu-batan kecilnya. Lama kelamaan komet itu akan semakin menyusut sehingga ia hilang, contohnya komet Biela telah lenyap akibat penyepaian komet.
Komet-komet beredar
mengelilingi matahari mengikut orbit-orbit yang tertentu.
Biasanya bentuk orbit sebuah komet adalah lebih panjang dan
sempit berbanding dengan orbit planet. Bentuk-bentuk orbit komet
ialah:
Komet-komat mengambil masa
yang lama untuk membuat satu orbit yang lengkap iaitu daripada
beberapa tahun sehingga berjuta-juta tahun. Komet Enke mempunyai
masa peredaran yang paling singkat iaitu 3.3 tahun.
Komet Halley yang merupakan
komet yang terkenal mengambil masa 76 tahun untuk membuat satu
peredaran lengkap menglilingi matahari.