Luar Tabi'ie: Satu
Persoalan Menuntut Direnungkan.
oleh Haizam
Liwat! Suatu persoalan yang asing lagi menjijikkan bagi membicarakannya. Namun, biarpun ianya terlalu asing dalam masyarakat melayu terutamanya dalam masyarakat yang beragama Islam namun persoalannya menuntut kita untuk merenungkan dan memikirkan apakah penyakit ini sudah menular menjadi barah dalam budaya tamadun masyarakat kita.
Liwat dalam bahasa sopan, ianya membawa maksud hubungan antara sesama jenis yang bertentangan dengan adab tamadun manusia itu atau melanggar adab tabie manusia. Menurut dalam bahasa sainsnya, hubungan kelamin yang tidak menuruti sex sejagat yang sah dalam ketamdunan dan tatasusila serta ketertiban fitrah manusia.
Dalam hal ini, Islam amat melarang keras terhadap umatnya yang melakukan perbuatan ini. Ini terbukti dalam Al-Quran, kisah zaman Nabi Lut di mana perbuatan itu telah dimurkai Allah swt sehingga seluruh umat Nabi Lut ketika itu ditimpa bala bencana akibat perbuatan yang menjijikkan.
Allah amat murka dan malah Nabi Muihammad saw juga dalam hadisnya tidak akan mengaku umatnya sekiranya umatnya terlibat dengan perbuatan terkutuk ini. Ini jelas kerana perbuatan ini amat bertentangan dengan amalan tamadun dan tatsusila kemanusiaan dan perbuatan itu juga mirip memiliki kepada ciri-ciri kehaiwanan.
Persoalannya mengapa perkara ini boleh terjadi? Apakah manusia sudah hilang nilai dan ciri-ciri kemanusiaan? Atau apakah manusia sudah kehilangan akal budi yang boleh membezakan antara kebenaran, kesesatan dan kebatilan?
Atau apakah ini menandakan tamadun manusia hampir runtuh dan gelap di mana sejarah keruntuhan dan kemusnahan zaman Nabi Lut akan berulang lagi? Atau umat akhir zaman ini cuba mencabar amaran Allah dan memandang remeh pengakuan Nabi untuk menerima sebagai umatnya?
Sememangnya sukar untuk memberikan jawapannya. Mengapa penyakit ini boleh terjadi? Adakah perbuatan ini berlaku berleluasa disebabkan ianya satu penyakit yang tidak boleh dielakkan ? Atau adakah perbuatan ini berpunca dari persekitaran alam, pengaruh budaya dan menuruti semata-mata nafsu serakah yang sedia tumbuh dalam diri seseorang itu.
Jawapannya barangkali
menurut teori sainsnya mungkin perbuatan itu terdorong oleh
kehendak sex gila yang dikatakan abnornal atau super-extra terbit
dari jiwa seseorang itu. Atau akibat daripada ketandusan kaum
wanita, seperti alam banduan, kelasi dan lain lain keadaan yang
setara dengannya. Islam membenarkan sex yang secara sah, iaitu di
antara isteri (perempuan) dan lelaki (suami). Kita juga tahu
setiap aktiviti sex bermula dari keinginan yang memberahikan yang
akan meningkatkan keinginan lalu menegangkan alat jantina lelaki.
Aktiviti sex tidak akan berlaku jika alat (lelaki punye) tersebut
tidak tegang......
Tertanya-tanya lelaki yang bagaimana boleh memberahikan lelaki
lain?
Atau pun lelaki yang bagaimana dapat menimbulkan keinginan lelaki
lain untuk melakukan sex dan meliwatinya.
Ramai yang berpendapat lelaki yang lemah lembut (tabi'ie macam
perempuan) atau pun pondan........
Agaknya mereka yang suka meliwat ini, pasti akan meliwat
isterinya juga............