Martabat Melayu
oleh Haizam
Menurut sejarah, kehidupan kaum melayu di dunia
ini bermula sejak pemerintahan Kerajaan Melaka di abad ke 15.
Kini tahun 2000 telah pun menjelang, namun kaum melayu maseh
ketinggalan dari segi jumlah kaumnya, ilmu pengetahuan dan
pengalaman jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain seperti kaum
arab, inggeris, cina,india dan lain-lain di dunia ini. Jumlah
penyertaan kaum melayu diperingkat Antara Bangsa, seperti di
bidang perniagaan, teknoloji pelayaran/penerbangan, kedoktoran,
saintis dan lain-lain masih kurang. Juga ketrampilan pemimpin
kaum melayu diperingkat dunia masih diperingkat rendah.
Nilai-nilai inilah, yang dijadikan pengukuran terhadap nilai
memertabat sesuatu kaum di dunia.
Usaha bagi memertabatkan kaum melayu diberi perhatian oleh Y. B.
Perdana Menteri Malaysia. Kearah ini pendedahan-pendedahan
berbagai bidang dipertingkatkan, seperti bidang perindastrian
automobil, kedotoran, angkasawan, pelayaran/penerbangan dan
berbagai lagi. Ekonomi kaum melayu juga diselaraskan dengan
kaum-kaum lain di negara ini. Jatidiri beracuan sendiri dan
wawasan 2020 disarankan terhadap kaum melayu agar kaum ini setara
atau setanding dengan kaum-kaum lain di dunia.
Pemimpin-pemimpin Islam kaum melayu juga turut berusaha kearah
ini, saranannya, memertabatkan kaum melayu ialah dengan
mendaulatkan ciri-ciri Islam di dalam kehidupan mereka. Ciri-ciri
yang menurut sunnah Nabi SAW seperti akhlak, pendidikan,
perundangan, sistem ekonomi dan lain-lain. Penerangan serta
ceramah-ceramah kearah ini hebat dan giat dilaksanakan.
Lantaran perbezaan ini berserta dengan senario politik negara,
kaum melayu telah berpecah, ini dapat dilihat pada keputusan
pilihan raya ke10 di negara baru baru ini. Tidak dapat dinafikan
kerana sejarah ada mencatitkan, bahawa dalam proses ketamadunan
kaum-kaum di dunia ini, ianya tidak terlepas daripada fenomena
perpecahan. Kesan pepecahan di dalam kaum tersebut mengakibatkan
perang saudara, berpuak-puak kecil, negara berpecah dua dan
sebagainya.
Kaum Arab di zaman jahiliahnya, berpecah kepada puak-puak yang
bagitu banyak, permusuhannya menimbulkan kekejaman antara puak
sehingga berlakunya pembunuhan sesama sendiri dan keluarga,
terutama anak-anak perempuan mereka. Di dalam suasana pepecahan
ini lahirlah Nabi SAW yang mengislamkan serta memertabat dan
menyatupadukan kaum Arab, menjadi kaum yang berupaya mentadbir
hampir tiga suku dunia.
Kemelut pepecahan kaum melayu amat dirasakan, seperti pemecatan
pekerja, penyinkiran AJK masjid dan sebagainya. Suasana lebih
keroh dan menimbulkan perasaan benci membenci antara mereka yang
berbeza parti. Kita khuatir ianya terus menular kearah
perperangan saudara di dalam kaum melayu.
Atau pun adakan ini merupakan detik-detik pepecahan dan berulang
buat kali keduanya, kelahiran pemimpin Islam (Imam Mahadi) akhir
zaman dikalangan kaum melayu, yang mendaulatkan Islam serta
memertabat dan menyatupadukan kaum melayu di dunia ini.