Melayu dan Islam
oleh Haizam
Di negara kita ini, sudah menjadi sinonim pula,
bila sebut sahaja kaum Melayu, ramailah yang beranggap sudah
tentu ianya penganut Islam. Sejak bila perkara ini berlaku?
Menurut sejarah, agama Islam diperkenalkan kepada kaum Melayu
sejak abad ke 15 oleh pedagang-pedagang kaum Arab di Melaka. Di
ketika itu kerajaan Islam di tanah jajahan Arab telah mula
mengalami keruntuhan dan kegelapan, seolah-olah ia merupakan
detik peralihan pusat kerajaan Islam kepada kaum Melayu pada
zaman tersebut. Sejak daripada itu, kaum Melayu amat berpegang
kuat terhadap agama Islam yang dianutinya. Ini dapat dibuktikan
semasa penjajahan kaum Barat keseluruh dunia dan berjaya
mengkafirkan beberapa kaum yang sebelumnya beragama Islam seperti
kaum Sepanyol, tetapi mereka tidak berjaya mengkafirlkan kaum
Melayu semasa penjajahan mereka di rantau ini.
Islam mula disebarkan di negara Arab oleh baginda Rasulullah saw
pada tahun 610 masehi dan mendapat cabaran/tentangan yang amat
hebat dari kaum kafir Quraisy diketika itu. Nabi saw dan
penganut-penganut Islam diseksa, dihina, dikeji, diboikot dan
diserang. Namun diatas kegigihan mereka, Islam terus tersebar
luas dan dapat anuti oleh manusia hampir tiga suku dunia. Kita
harus sedar bahawa penyebaran Islam kepada kaum Melayu di abad ke
15, penganut-penganutnya tidaklah menerima cabaran sedemikian
rupa, mereka bebas berdakwah, menuntut ilmu dan melaksanakan
aktiviti Islam kerana ianya disokong oleh pemimpin (raja
pemerintah).
Kini kita berada di era 2000, dan telah pun termaklum bahawa
rata-rata penganut Islam, hampir diseluruh dunia diserang,
dihina, diboikot dan ditindas. Kita lihat apa yang telah berlaku
terhadap penganut-penganut Islam seperti Palestin, Algelria,
Iran, Bosnia, Chechen, Afghanistan, Pakistan dan baru-baru ini,
Indonesia, Timur Timur pula.
Persoalannya apakah serangan ini akan berlaku terhadap
penganut-penganut Islam kaum Melayu?
Cuba renung sejenak dan lihat apa yang sedang berlaku di negara
ini, pemimipin-pemimpin Islam negara (para ustaz) telah ada pun
yang diseksa(penjara), dihina. Senario politik negara
mengakibatkan penganut Islam dan penyokong parti pembangkang
telah tidak dapat dibezakan oleh kerajaan. Dalam memboikot
pembangkang, penganut Islam juga turut diboikotkan. Aktiviti
masjid disekat dengan alasan aktiviti Islam di negara ini,
menentang kerajaan. Seolah-olah Islam tidak sesuai lagi bagi
kerajaan. Aktiviti Islam yang dibenarkan hanya berbentuk lambang
Islam, hebat keduniaan orang Islam dan pemerintahan demokrasi
barat, tidak seperti yang disunnahkan oleh Baginda saw. yakni
mentauhidkan Allah, membentuk akhlak insan sejagat dan
pemerintahan Khalifah.
Pemimpin-pemimpin kaum Melayu berkemelut dengan agenda pepecahan
kaum Melayu, malah ada yang membenarkan mencarut dan menunjuk
syarat lucah di khalayak ramai!!!
Siapakah pemimpin yang layak bagi memimpin penganut-penganut
Islam kaum Melayu di era ini?
Adakah ini merupakan serangan/cabaran terhadap penganut Islam
kaum Melayu seperti yang berlaku kepada kaum Arab di zaman Arab
jahilliah dahulu berulang kembali?
Bilakah kemelut ini akan berakhir?