Melayu dan PDRM
Oleh Haizam
Berita bahawa tiga anggota Polis Di Raja
Malaysia (PDRM) terlibat dalam beberapa kes rompakan dan peras
ugut, benar-benar memberi tamparan hebat kepada imej PDRM Malah
yang terlibat adalah yang berpangkat Chief Inspektor. Ramai dikalangan masyrakat
tertanya-tanya, mengapa ianya boleh berlaku? "Harapkan
pagar, pagar makan padi."
Masyarakat memahami bahawa PDRM bertanggungjawab menguatkuasakan
undang-undang, memelihara ketenteraman awam, mengekalkan keamanan
dan keselamatan, mencegah dan mengesan jenayah dan mengumpul
maklumat keselamatan.
Apakah idealisme serta halatuju PDRM
sekarang ini pratikal dan objektifnya boleh dicapai?
Benarkah PDRM masih membawa obor aspirasi agama, bangsa dan
negara sebagai penaung serta penguatkuasa undang - undang dan
keamanan negara?
Masyarakat juga tahu bahawa lebih daripada 80 peratus anggota
PDRM di negara, penjawatnya adalah terdiri daripada kaum Melayu,
sedikit sebanyak ianya melibat kredibiliti pemipin dari kalangan
kaum Melayu. Kita juga sudah menerima rata-rata kaum Melayu di
negara ini, beragama Islam. Memandangkan pengalaman dan
tanggungjawab anggota PDRM kita mengharapkan lahirnya 'Model'
kaum Melayu dari bekas anggota PDRM. Pada logiknya mereka yang
berkhidmat dalam sesuatu bidang, semakin lama mereka berkhidmat,
semakin ianya berpeluang menjadi insan yang mahir dan pakar,
misalnya mereka yang bertugas di dalam PDRM ianya mampu menjurus
kepada 'Model' yang penuh penghayatan pengaman atau pimimpin yang
berupaya menjaga keselamatan manusia lain.
Persoalannya, apakah yang mendorong sehingga bekas pegawai tinggi
PDRM sanggup menjadi ahli lembaga pengarah pusat perjudian?
Dan bagaimana pula ada yang bersikap samseng dan kaki pukul?
Mengapa anggota boleh terlibat dengan kes rasuah, kes rompak, kes
peras ugut dan berbagai lagi?
Mengapakah ianya boleh terjadi dan apakah yang mendorongnya?
Mereka sepatutnya mempengaruhi pelanggar undang-undang/penganggu
ketenteraman awan supaya tidak berbuat demikian, tetapi
sebaliknya ada pula anggota yang terpengaruhi dengan sikap
pelanggar undang-undang/penganggu ketenteraman awam.
Kita khuatir kuasa yang diberikan kepada setiap anggota PDRM
tidak sejajar dengan nilai pertugas penjaga keamanan. Sejauh mana
pihak mereka mengeducate masyarakat?
Paparan yang jelas diakhbar-akhabar dan media TV, tugasan yang
berbentuk mencari kesalahan masyarakat, sembunyi dicerok-cerok
pakai kamera, scan kenderaan di lebuh raya, buat sekatan
mencari kesalahan pemandu, keluarkan surat saman kepada mereka
salah parking dengan tidak mengambil kira tempat parking
yang mencukupi dan berbagai lagi yang berbentuk mencari kesalahan
masyarakat.
Dimanakah aplikasi motto 'Sedia Berkhidmat' dan 'Mesra Cekap
& Betul' terhadap masyarakat? Sejauh mana kebenaran ini?
Adakah motto tersebut, hanya digunapakai terhadap pelanggar
undang-undang dan penganggu ketenteraman awam?